Stockholm: What to expect in one full day?

2 Jun 2013:

Hari kedua di Stockholm. Hari ni aku bangun agak awal sebab effect jet lag masih terasa. Siap mandi-manda semua aku keluar untuk mencari bekalan makanan untuk breakfast pagi ni. Aku pusing-pusing di area Stora Nygatan ni je dan tak berapa jauh dari hostel yang aku stay ni aku ternampak sebuah kedai 7eleven. Pada fikiran aku mungkin ini je lah kedai yang aku mampu beli barangan makanan sebab faham-faham sajalah kat sini semua benda mahal-mahal. 

Untuk stok breakfast dan snek, aku beli 4 ketul croissant yang berharga SEK 49 (~RM 25) dan sebotol jus buah berharga SEK 20 (~RM 10). Ini adalah pilihan makanan dan minuman yang paling murah yang aku jumpa di kedai 7eleven ni.


Dah dapat semua bekalan makanan yang aku cari, aku terus balik ke hostel untuk breakfast di pantry hostel ni. Kat hostel ni korang boleh masak air dan buat kopi/teh sendiri. Selesai breakfast aku balik ke bilik untuk kemas barang-barang aku. Pagi ni jugak aku kena checkout dan tinggal bagpack aku di luggage storage. Hari ni full day aktiviti aku adalah untuk sightseeing di sekitar bandaraya Stockholm ni. Malam nanti aku perlu bermalam di airport, hehe...maklumlah nak jimatkan kos :p


Aku mulakan sightseeing di sekitar Gamla Stan. Gamla Stan ni merupakan area Old Town di Stockholm. Di Gamla Stan ni lah terletaknya The Royal Palace dan berhampiran dengannya di kawasan Helgeandsholmen pula terletaknya The Parliament House. 

Ni antara yang aku sempat snap di sekitar Gamla Stan. 

The Parliament House

Bagi aku, reka bentuk senibina-senibina bangunan di Stockholm ni sangat mengagumkan. Bandaraya nya juga bersih, tersusun dan kemas. Satu benda yang aku perasan adalah aku tak ada nampak satu wayar elektrik pun yang tergantung di bahagian atas yang menyambungkan dari satu bangunan ke satu bangunan. Ini menambahkan lagi kekemasan di bandaraya Stockholm ni. 

Dah habis round-round di area Gamla Stan, aku meneruskan langkah meninggalkan Kota Lama Stockholm ni. Dengan bantuan peta di tangan, aku bergerak menuju ke area Blasieholmen dan seterusnya menyusuri sepanjang jalan Strandvagen di pinggiran waterfront. Suasana kat sini sangat happening, dipenuhi dengan ramai manusia yang sedang berjemur, ada yang picnic dan lepak-lepak di restoran sambil menikmati cuaca di musim panas ni. Area ni juga menjadi jeti kepada bot-bot, feri-feri dan kapal-kapal bagi mereka yang nak ikut river cruise tour. 

Ni lah antara panorama-panorama yang sempat aku snap di sepanjang perjalanan.  
Nordiska Museet

Langkah aku akhirnya terhenti apabila tiba di sebuah taman yang dikenali sebagai Galarparken. Melihatkan tempat-tempat duduk yang ada kat sini telah mempengaruhi aku untuk berehat sejenak. Sambil berehat, aku makan snickers dan croissant yang aku bawa tadi. By the way, lepak kat taman ni pun cool jugak sebab berhadapan dengan sungai dan boleh melihat bot-bot yang lalu lalang kat situ.

View dari Galarparken tempat aku lepak, cool!

Hampir setengah jam aku berehat kat sini. Now, its time untuk aku bergerak balik ke area Gamla Stan. Merujuk kepada map, tiada jalan yang boleh aku menuju ke seberang dari taman ni. So, aku tiada pilihan lain selain daripada berpatah balik ikut jalan tadi. Di sepanjang perjalanan, aku cuba mencari kawasan yang ada internet connection untuk aku check restoran makanan halal di city centre. Menggunakan application zabihah.com, ada beberapa restoran halal yang disenaraikan. Aku tertarik dengan sebuah restoran ni, iaitu "Lilla Karachi", sebuah restoran Pakistan. Hajat aku nak makan nasi hari ni, hehe....

Restoran Lilla Karachi ni terletak di no.12 Lilla Nygatan. Bila check pada peta, rupa-rupanya lokasi nya tak berapa jauh dari hostel yang aku stay malam tadi. Tiba sahaja di restoran ni, aku memberi salam kepada sorang lelaki yang jaga di hadapan pintu masuk restoran ni, Alhamdulillah dia menjawab salam aku. Bila aku masuk ke dalam, aku tengok ada beberapa pelanggan lain yang tengah makan, lihat dari rupa macam orang-orang Arab. 

Kali ni aku order nasi (2 portion), beserta dengan prawn curry, air coca-cola dan sebotol air mineral. Nak tau berapa kosnya??????? Harga semua sekali adalah SEK 190 (~RM 95), hehe..well, this is Sweden! Takpelah, sekali sekala asalkan budget tak lari. 

Rice + prawn curry for lunch

Sambil makan, aku duk usha-usha meja sebelah aku. Ada tiga orang perempuan, sorang daripadanya memakai tudung. Tengok daripada rupa fizikal mereka, aku fikir diorang ni dari belah-belah South Africa yang study kat Stockholm ni. Rancak diorang sembang, tapi sepatah haram pun aku tak faham, hahaha.... Dalam hati aku tergerak untuk tegur diorang ni, tapi apa aku nak buat modal untuk tegur diorang ni? hmmmm...

So, samada kami bertegur sapa atau tak, tunggu episod seterusnya, hehe...

To be continued....

Total expenses for today:

1) Breakfast: SEK 69 (~RM 35)
2) Lunch: SEK 190 (~RM 95) 

No comments:

Post a Comment