Tips Trip Backpacking Budget: Di mana anda perlu bermula?

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua... 
Saya harap kita semua sihat walafiat dan terus diberikan nikmat kesihatan yang berpanjangan untuk kita terus mengembara di bumi yang fana ini :-) 

Sesuai dengan tajuk di atas, rasanya semua dah dapat agak apa yang saya nak cuba kongsikan dalam entry kali ni. Saya dapati ada di antara kita yang tertanya-tanya bagaimana untuk merancang sesebuah trip backpacking dengan teratur dari segi masa dan budget. Of coz lah seboleh-bolehnya kita semua nak berjalan-jalan ke luar negara dengan budget yang serendah mungkin kan. Jadi, kat sini saya nak cuba kongsikan sedikit sebanyak berkaitan pengalaman saya bagaimana saya merancang, melaksanakan dan menyempurnakan sesebuah trip backpacking saya. Bare in mind, saya akan lebih fokuskan berkaitan trip backpacking ke negara-negara di Eropah. Semua tips-tips ni saya simpulkan berdasarkan pengalaman saya sendiri dan mungkin ia berbeza-beza dengan pengalaman orang lain... (cewahhh dah macam announcement dalam flight pulak.."tatacara keselamatan dalam pesawat ini mungkin berbeza dengan pesawat yang lain"....hahaha)...layan aje lah!

Dah..dah..now back to the serious topic... Berikut saya senaraikan langkah demi langkah dalam merancang sesebuah trip backpacking.

Langkah 1: Tentukan satu "point of entry" di benua Eropah

Maksud "point of entry" di sini ialah korang kena tentukan sebuah negara Eropah yang mana berperanan sebagai pintu masuk dan pintu keluar korang ke sana. Antara perkara-perkara yang perlu korang consider untuk memilih negara "point of entry" ni adalah seperti:

1. Bandar/destinasi yang famous dalam senarai promosi tambang murah tiket penerbangan dari KL. Kalau dari pengamatan saya adalah seperti Paris (France), Istanbul (Turkey) dan Geneva (Switzerland). 

2. Bandar/destinasi yang terdekat (dari segi geografinya) dengan route trip korang. Sebagai contoh, sebelum ni saya pernah memilih Warsaw (Poland) sebagai "point of entry" untuk trip Scandinavia (Sweden & Finland) dan Baltic (Estonia, Latvia & Lithuania). 

*Ada juga sesetengah orang menggunakan negara yang berbeza sebagai pintu masuk dan pintu keluar. Sebagai contoh, perjalanan dari KL ke London dan balik menggunakan laluan Paris ke KL. Tapi kebiasaannya saya menggunakan "point of entry" yang sama sebab biasanya kalau kita beli return ticket lebih murah berbanding beli tiket sehala (kecuali beli secara multicity). Kelebihannya juga adalah untuk memudahkan urusan imigrasi jika ditanya tiket balik nanti. 

Korang kena ariflah map Europe ni kalau nak berbackpacking secara tegar ke Eropah :p

Langkah 2: Membuat tempahan tiket penerbangan pergi-balik ke "point of entry"

Bagaimana mendapatkan tiket penerbangan yang murah?

Kalau takde tiket kapal torobang macam mana nak sampai ke Eropah kan..(melainkan korang nak overland dari Malaysia ke Eropah, itu special case lah...ngeh..ngeh..ngeh). 

Saya rasa kebanyakan di antara kita tahu tentang aplikasi-aplikasi seperti Skyscanner, Kayak, Wego dan sebagainya. Aplikasi-aplikasi ni memang sangat berguna untuk cari tiket flight ke mana-mana destinasi seluruh dunia, tapi saya lebih suka guna Skyscanner :-). 

Selain daripada aplikasi-aplikasi yang saya nyatakan di atas, ada satu cara lagi macam mana nak selalu up-to-date dengan promosi-promosi harga tiket flight yang murah. Caranya ialah korang kenalah rajin register dan subcscribe dengan airline-airline yang utama yang ada menyediakan laluan penerbangan ke Eropah. Dengan cara ni, korang akan selalu dapat info lebih cepat berkaitan promosi-promosi harga tiket flight yang murah. 


Kalau nak ke Eropah pula nak guna airline apa? Nak terbang direct atau perlu transit? 
Buat masa sekarang, kebiasaannya airline-airline dari negara Timur Tengah yang selalu menawarkan tiket murah ke Eropah, contohnya Qatar Airways, Etihad Airways, Saudi Arabian Airlines dan Emirates. Pengalaman saya pernah naik Qatar Airways, Saudi Arabian Airlines dan Emirates, Etihad belum lagi (hope someday!). Jika korang menggunakan salah satu airline ni, of coz lah kena transit. Contohnya Qatar Airways transit di Doha, Etihad Airways transit di Abu Dhabi, Saudi Arabian Airlines di Jeddah/Riyadh dan Emirates di Dubai. 

Berapa pula harga tiket ke Eropah yang dikatakan sebagai "murah"? 
Hmmm.. soklan ni susah sikit saya nak jawab sebab takde pilihan A,B,C,D...hahaha. Well, terserah kepada koranglah nak judge berapa harga tiket yang dikatakan sebagai "murah", tapi kat sini saya nak share harga tiket penerbangan yang saya pernah dapat daripada pengalaman-pengalaman saya sendiri. 

1. Pada November 2011, point of entry saya adalah Oslo, Norway. Saya dapat tiket pergi balik KUL-OSL-KUL via Doha (Qatar Airways) dengan harga RM 1,293.00 sahaja!!! 

2. Pada Februari 2012, saya ke Tbilisi, Georgia (sebuah negara Eropah Timur) dan saya mendapat tiket pergi balik SIN-TBS-SIN via Doha (Qatar Airways) dengan harga SGD 418.90 / RM 1,050.00 sahaja!!! 

3. Bulan November 2012 pula, saya memilih Amsterdam, Belanda sebagai point of entry untuk trip saya ke Belanda, Italy, Spain dan France. Waktu ni saya naik Garuda Indonesia (jangan kita pandang rendah pada Garuda Indonesia sekarang ye sebabnya ranking diorang lebih baik daripada ranking Malaysia Airlines dalam senarai airline terbaik dunia), dan harga tiket pergi balik KUL-AMS-KUL via CGK yang saya dapat adalah USD 710.00 / RM 2,250.00.  

4. Pada musim summer tahun 2013, saya berjaya menggapai cita-cita saya untuk berkunjung ke negara-negara Baltik (Estonia, Latvia & Lithuania). Untuk itu, saya telah memilih Warsaw, Poland sebagai point of entry. Buat pertama kalinya saya naik Emirates dan tiket pergi balik SIN-WAW-SIN via Dubai yang saya dapat adalah SGD 956.10 / RM 2,400.00

5. Pada Oktober 2013, saya memilih Zurich, Switzerland sebagai point of entry untuk trip ke Iceland, Denmark & Ireland. Buat pertama kalinya juga saya terbang direct ke Eropah tanpa transit dengan penerbangan Swiss Air. Harga tiket SIN-ZRH-SIN yang saya dapat ialah SGD 703.60 / RM 1,759.00

Ni saya tepek satu contoh resit tiket flight ke Zurich, Switzerland yang saya beli dengan harga yang cukup murah. Nanti orang kate kite tipu plak, tak kan lah dapat tiket ke Switzerland dengan harga semurah macam tu kan :p

6. Yang paling terkini, bulan April 2014 yang lepas, saya ke Eropah untuk melengkapkan trip Balkan dan saya memilih Istanbul, Turki sebagai point of entry. Sekali lagi saya menaiki Qatar Airways dan tiket pergi balik KUL-IST-KUL via Doha yang saya dapat adalah RM 1,997.00

Kesimpulannya, setiap kali saya membuat trip ke Eropah saya tidak pernah membayar tiket penerbangan pergi balik lebih daripada RM 2,500.00. Jadi, sebagai penanda aras bagi diri saya sendiri, saya akan katakan "tiket murah" ke Eropah itu adalah tidak melebihi RM 2,500.00 (harga tiket pergi balik). Korang setuju atau tidak, itu terpulanglah...hehe... 

Langkah 3: Menyediakan pelan laluan (route map)

Saya kurang tahu sama ada kebanyakan di antara kita nih ada menyediakan pelan laluan atau tidak. Tapi bagi saya sendiri, saya akan menyediakan pelan laluan ni untuk memudahkan pergerakan saya di sepanjang tempoh backpacking saya. 

Antara kelebihan-kelebihan pelan laluan ni adalah seperti: 

1) Ia memberi panduan dan hala tuju perjalanan korang di sepanjang tempoh backpacking. 

2) Ia akan mencetuskan lebih banyak idea berkaitan destinasi-destinasi menarik di sepanjang laluan trip backpacking korang. 

3) Ia akan membantu mencambahkan idea atau memberi idea berkaitan laluan-laluan alternatif yang korang boleh sesuaikan dengan plan asal korang. 

4) Boleh digunapakai sebagai "alat bantu komunikasi" jika korang berkunjung ke negara-negara yang ada masalah language barrier. 
(I've tried it for my recent trip to Albania, waktu tu tengah melilau-lilau cari bas nak ke Ulcinj, Montenegro. Disebabkan masalah bahasa, jadi saya just show saja route map saya tuh dan menunjukkan laluan yang saya nak guna untuk ke Montenegro, and it works!). 

Macam mana nak buat pelan laluan ni? Sebenarnya banyak cara, kalau korang malas sangat, korang print je atlas map then korang sketch lah sendiri map tuh. Tapi kalau ada kerajinan sikit korang boleh juga guna program "Paint" kat komputer tuh untuk buat route map ni. Kalau malas tahap maksimum, korang buat je kat tripline (www.tripline.net). 

Ni saya share kan satu contoh route map trip saya ke Balkan baru-baru ni sebagai panduan korang. 

Contoh route map

Langkah 4: Membuat survei dan tempahan tiket penerbangan/keretapi/bas rentas sempadan

Pada pengalaman saya, kalau saya backpacking ke Eropah, saya akan cover beberapa buah negara. Pemilihan negara-negara ni bergantung kepada lokasi atau tujuan korang ke sana. Selain tu kena pertimbangkan juga aspek cost effective nya. 

Jadi, setelah korang dah confirmkan negara mana dan route mana yang korang nak guna dalam trip tu, next step nya adalah untuk settlekan hal-hal transportation pula. For info, korang jangan risau sangat tentang transportation di kebanyakan negara-negara di Eropah (terutamanya negara-negara Western Europe) kerana sistem pengangkutan mereka sangat canggih dan efektif. 

Persoalannya sekarang, nak pilih jalan udara atau jalan darat untuk bergerak dari sebuah negara ke negara yang berikutnya? Bagi saya, faktor utama yang saya pertimbangkan adalah kos dan masa. Jika jarak antara satu destinasi ke destinasi tu agak jauh, saya prefer untuk memilih jalan udara. Di Eropah terdapat banyak low cost airline yang korang boleh gunakan, dan jika book seawal yang mungkin korang boleh dapat harga tiket serendah 9 EUR!! Berikut adalah low cost airlines yang pernah saya cuba di Eropah:

1) Easyjet. Ni adalah low cost airline yang berpangkalan di London. Satu kelebihan naik easyjet ni adalah dia takde had berat untuk hand luggage dengan syarat saiz bagasi yang korang bawak naik atas tu adalah dalam had dimensi 56X45X25cm.

2) Transavia. Ni adalah low cost airline yang based di Amsterdam dan Paris. Weight limit untuk hand luggage adalah 10kg. 

3) Ryanair. Low cost airline yang berpangkalan di negara Ireland. Ryanair mungkin menawarkan tiket pada harga yang lebih murah berbanding dengan low cost airline yang lain tapi servisnya agak kureng. Saya tak suke!!! 

4) Wizz Air. Ni adalah low cost airline yang based di Hungary. 

5) WOW Air. Ni low cost airline yang based di Iceland. Saya pernah naik WOW Air ni untuk penerbangan dari Reykjavik ke Copenhagen. Walaupun dikelaskan sebagai low cost airline, tapi harganya agak mahal bagi saya. 

6) Norwegian Air Shuttle. Kalau korang travel between Scandinavian countries, ni lah pilihan terbaik untuk low cost airline di sana. Saya pernah naik dari Stockholm ke Helsinki dan yang paling bestnye ada free wifi onboard!!! 

7) Pegasus Airlines. Kalau korang mulakan journey korang dari Istanbul, pilihlah Pegasus Airline ni. Servis dia bagus jugak. 

Selain daripada low cost airline yang saya nyatakan di atas, ada juga beberapa low cost airline lain yang boleh korang pilih. Antaranya adalah:

1) SmartWings (based in Prague, Czech Republic) 
2) Niki (based in Vienna, Austria) 
3) Germanwings (based in Cologne, Germany) 
4) Air One & Blue Panorama Airlines (based in Italy) 
5) Vueling (based in Barcelona, Spain) 
6) Flybe & Jet2.com (based in UK)  

Adehhhh....muak dah saya cerita pasal low cost airlines nih. Ok, meh saya sambung sikit lagi. Kalau korang memilih jalan darat untuk travel antara sebuah negara ke negara lain, jadi train adalah pilihan terbaik. Kalau belah Eropah yang paling famous adalah Eurostar, TGV dan Thalys. Servisnya juga sangat bagus dan sangat menepati masa. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi macam mana nak travel by train di Eropah, korang boleh study di website Seat61 ni, memang lengkap dan detail dia explain. Jadi saya tak perlulah nak bersyarah pasal train lagi kat sini..keh..keh..keh...(nampak sangat aku dah malas nak menaip)...   

Baiklah kawan-kawan, untuk bahagian pertama ni saya kongsikan dulu 4 langkah pertama macam mana nak merancang sesuatu trip backpacking dengan teratur dan cost-effective. InsyaAllah di bahagian kedua nanti saya akan share pula macam mana nak buat itinerary bagi sesebuah trip. Saya juga akan sentuh macam mana nak buat pemilihan tempat penginapan yang bagus dan strategik jika berbackpacking ke Eropah. Setakat ni je dulu yang mampu jari-jemari saya menekan keyboard lappy nih....Daaa.

Happy backpacking! & Wassalam.





62 comments:

  1. wahh bestnye travel ke oversea..andai aku byk duit nk je berjalan ke seluruh negara..masa ni bleh berjalan dlm malaysia je lah..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mike yenki...sabar ye, ur time will come soon :-)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Really good info! tq for sharing..btw sngt murah ok tiket yg berjaya diperolehi, sy stakat ni up sket tiket europe RM 2.6k

    btw bila nak share info trip Balkan ? ;)

    ReplyDelete
  4. Hidayah, hmmm tggu roh rajin dtg dulu baru leh update trip balkan tuh...adoii malas tul lah...hihi

    ReplyDelete
  5. terbaik bro.. tq atas info berharga nya.... cant wait utk kelas2 seterusnya... hahaha

    ReplyDelete
  6. Kalau ada lagi trip saya minat nak join email saya yusli_nasrin@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh berhubung dgn saya di facebook utk update trip yg mendatang.

      Delete
  7. bleh x email sy shafinaz83@yahoo.com ...sy berminat nak ke spain,france,itally melalui amsterdam tu..so nak taw cmna..n byk gk la nk tnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudari, boleh berhubung saya di facebook senang sikit utk sy bantu.

      Delete
  8. murahnya u dapat airline tix... ceritakanlah mcmana caranya...

    ReplyDelete
  9. Assalam. Pada pandangan saudara, selamat tak kalau seorang perempuan travel cara back-packers sorang-sorang? Perempuan Islam-Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Pd pendapat peribadi saya selagi u buat persedian yg mencukupi insyaallah todak ada apa2. Dlm trip sy ada jgk sy pernah terserempak dgn backpackers perempuan muslim bertudung dr indonesia, she travel alone.

      Delete
  10. Salam bro, ter 'inspire' bila nengok journey2 bro ni. Mmg tabik. Sy plan nak ke europe after raya 2014 ni. Tp masih blurr dr segi route. Alhamdulillah belah asia dah hampir cover kbyakkannya so now sy cdg nak explore europe lak. Just penah smpai turki & greece - backpack. Amsterdam -conference. tu je pnah jejak. Lain zero. Mcm mana nak contact bro, apa email yer. harap dpt berhubung...nak berguru hehe.... email saya : yusoffahmad@plus.uemnet.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, cara mudah boleh berhubung dgn saya melalui facebook. Kat atas tu ada link facebook sy.

      Delete
  11. as-salam kenyalang celup. Teruja sgt membaca travel info yg saudara sudi nk share. btw tq very good tips yeahh almost mmg berguna.
    ok sy ni bru merancang utk trip motohomes New Zealand. tp xtau nk mula dari mana, bli tiket murah dkt mana pon sy x tahu. planning bulan mac 2015. family berempat.boleh tak saudara tlg bg tau "point of entry ' dan tiket mcm mana murah kami boleh dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm sy belum lg sampai ke NZ, tp hajatnya ada jgk nnt...hehe
      Klu sblum ni boleh guna Jetstar Airways naik dr Singapore ke Auckland, biasa harga the cheapest boleh dpt around RM1.2k for return trip. Unluckily Jetstar Airways dah tamatkan servis ni. So pilihan yg termurah saya rasa saudari cari tiket promo ke Sydney or Melbourne by AirAsia. Then dr sana amik. Jetstar Airways ke Auckland or Christchurch etc..

      Delete
  12. good info...tq

    ReplyDelete
  13. Menarik. Kami baru nak usha mengembara ke sebelah barat pula..;)

    ReplyDelete
  14. salam.saya bercadang na backpacking ke bulgaria dalam bulan 7 nie.tapi ta pernah keluar negara sejauh tu.setakat thailand je,jalan darat.kalau saya keluar dari bangkok airport tampa agent travel uruskan tiket.dimana saya boleh beli tiket...diairport itu bolehkah...da survey cadang na naik aeroflot.tolong e mail saya..abugarcia530@Gmail.com.minta penjelasan cepat ye,pening da ni..he he

    ReplyDelete
  15. ape name fb yer sy nk add

    ReplyDelete
  16. salam. kalau thru skycanner cthnya, macammana nak survey hrga tiket utk transit? (egypt-turkey-Malaysia-egypt) Transit Turkey for a few days

    ReplyDelete
  17. Perghhhh...suka saya baca info ni...sy pun suka jg jenjln cara ni..skrg tgh plan nk gi turki..dok survey tiket..mak aiiiii...mahalnya...dekat 3k sorang..so sy masih dok survey2 lg la kot dpt dlm rega yg dinyatakan less than rm2600 pun ok dah...oo kalo naik dr singapore murah ye...tp nk kena ambik multicity la mcm tu..ok..nanti sy try tgk mcmana..
    Thanks a million for sharing...

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum saudara...boleh share itenary tak? Sy plan untuk kembara europe maybe next year..sedang plan negara yang hendak dilawati.. hope to hear u soon..tq so much

    ReplyDelete
  19. Thanks for sharing. Really appreciate it as a new traveller.

    ReplyDelete
  20. Sungguh bermanfaat blog ni. Tq for sharing

    ReplyDelete
  21. So wonderful.kalau kalau ada yang sudi macam ni jadi tourism kan seronok hehe

    ReplyDelete
  22. So wonderful.kalau kalau ada yang sudi macam ni jadi tourism kan seronok hehe

    ReplyDelete
  23. salam.. 😁

    niat di hati nak ke denmark (june2016) nak pusing satu denmark..
    agak2 berapa budget untuk 10 days or more

    saya try survey flight tiket ke malaysia to copenhagen paling murah rm2800
    for your opinion murah tak?? i plan to purchase the tix on feb 2016

    thanks ☺️

    ReplyDelete
  24. Kalau ada yg berminat jalan2 sekitar london serta sehari ke paris dalam pertengahan november, sila komen sini dgn email.

    ReplyDelete
  25. sàlam..cari fb tuan x jmpa lak..huhu..mcm.mana follow fb

    ReplyDelete
  26. sàlam..cari fb tuan x jmpa lak..huhu..mcm.mana follow fb

    ReplyDelete
  27. sàlam..cari fb tuan x jmpa lak..huhu..mcm.mana follow fb

    ReplyDelete
  28. salam tuan...nk tny...utk tempah tiket kapal terbang melalui skyscanner tak memerlukan no passport kan? blh terus book kan

    ReplyDelete
  29. Kalu tuan nk ke europe lg thn dpn..sy nk follow..bleh?

    ReplyDelete
  30. Good info...16 feb 2016 i ke amsterdam..stay di leiden for 2 month...holiday...bleh bg tip n info sikit...weather sgt sejuk ker...tq

    ReplyDelete
  31. salam. kalau 20 hari di europe, negara mana ye boleh cover?

    ReplyDelete
  32. boleh email saya itinery awak yang dah ke europe tak ke lindanasir81@gmail.com. Saya ingat nak cover london, paris, Switzerland, Hiking swiss Alps, Italy, Rome, Venice, Austria, Czech republic, Parague, Germany & Amsterdam dalam masa 20 hari dengan cara backpacking.

    ReplyDelete
  33. Assalam, nk tanya, pernah tak transit di mana2 airport di saudi arabia. Saya dan parents nk pergi casablanca bulan 5 ni, and saudi air paling murah. Cuma transit dia sangat lama (20 hrs in riyadh pergi, 19 hrs di jeddah balik). Perlu tak apply transit visa walaupun x keluar airport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Transit di Riyadh tak perlu mohon visa kalau tak keluar airport.

      Kalu nak keluar airport pun memang tak boleh dpt visa

      Delete
    2. Transit di Riyadh tak perlu mohon visa kalau tak keluar airport.

      Kalu nak keluar airport pun memang tak boleh dpt visa

      Delete
  34. salam kenal.... saya lina dari Indonesia. saya ingin bertanya apakah waktu itu mengurus visa ke negara2 Balkan seperti Albania? saya ingin ke Albania bulan Juli. terimakasih

    ReplyDelete
  35. wah bestnya ...bmyknya duit tuan asyik travel je ..mcmna nk cari duit unt travel cam tu..ada cara ke tuan

    ReplyDelete
  36. wah bestnya ...bmyknya duit tuan asyik travel je ..mcmna nk cari duit unt travel cam tu..ada cara ke tuan

    ReplyDelete
  37. HAI nak tnye pndpat.
    amsterdam best x? saya ada 2 pilihan antara amsterdam atau jepun.rase2 mne ptt saya prgi antara 2 negara tu?

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Very good sharing.. Betullah.. antara perkara yang paling penting adalah tiket. Kalau tiada tiket pastinya tak sampailah sana. Saya dapati kebanyakkan tiket yang murah biasanya melibatlan multi-city. Tapi kena transitlah kan.. Boleh share itinerary KL-Paris-Milan? Ada promo tiket dari Oman Air
    abehar81@gmail.com
    TQ

    ReplyDelete
  40. Info terbaik...klu ada trip pi eropah...slp raya puasa bg th...email...
    qq2011kk75@yahoo.com..

    ReplyDelete
  41. ada tak sapa2 yg nk kembara ke Europe 2017? sy & rakan nk join..

    ReplyDelete
  42. selltiket.com menyediakan tiket pesawat, tiket kereta api dan voucher hotel dengan harga paling terjangkau
    dan jangan lupa di http://selltiket.com

    mau berbisnis dengan keuntungan tiket full langsung aja di http://selltiket.com

    ReplyDelete
  43. Bestnyaaaaa...byk sgt info from u..thanx 4 sharing 👍😊

    ReplyDelete
  44. Bestnya, akak rancang nak ke Balkan, masuk melalui Istanbul kemudian bergerak dengan train @ bas. nnti nk kaji juga yang lalui yang adik gunakan. jangan lupa bagi cadangan ya. bergerak bulan disember, cuaca doa2 tak sejuk sangat.

    ReplyDelete
  45. Bestnya, akak rancang nak ke Balkan, masuk melalui Istanbul kemudian bergerak dengan train @ bas. nnti nk kaji juga yang lalui yang adik gunakan. jangan lupa bagi cadangan ya. bergerak bulan disember, cuaca doa2 tak sejuk sangat.

    ReplyDelete
  46. As salam.nak tanya klu dr hungary ke greece transit di italy dlm 5jah.perlu visa ke?pls reply

    ReplyDelete
  47. Assalam saya nak tanya. Sya tak pernah travel. Tapi saya nak tanya. Kalau transit di doha atau lain2. apa kita kena buat ?

    Can you explain step by step ? Huhu

    ReplyDelete
  48. Bestnya....last year try pi Shanghai dengan family selalu pergi dengan pakej je this year nak try Europe la klu ada rezeki..nasib nmpk blog ni byk info dapat..tq ye....do update form time to time

    ReplyDelete
  49. Terima kasih sharing..Banyak info Saya dapat..😁

    ReplyDelete
  50. Salam Admin, Tumpang Iklan Di Sini. Tq Admin.

    Kami ada menjual sambal ikan bilis kering. Kami berniaga secara online dan offline dan berniaga di kuala lumpur.

    Sekiranya berminat untuk order/beli, bole ke facebook page kami.

    Kunjungi page FB kami


    https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/
    https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/
    https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/
    https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/
    https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/

    *** copy link atas dan paste di web browser ***


    Sesiapa yang tak sempat nak masak.
    Sesiapa yang nak bawak travel/camping/naik gunung
    Sesiapa ada anak/kenalan yang belajar di asrama.
    Sesiapa yang suka ratah sambal ikan bilis.
    Sesiapa yang nak berjimat sikit
    Sesiapa malas kopek ikan bilis.
    Dan sesiapa sahaja.


    Penyelesaian nya adalah sambal ikan bilis.

    ReplyDelete