2 Jun 2013
Bersambung daripada catatan yang sebelumnya, iaitu episod di restoran Lilla Karachi....
Kali ni aku dapat makanan yang begitu mengenyangkan, mana tak nya sebab dapat nasi kan. Siap makan 2 portion lagi tuh, standby tenaga untuk ke malamnya terus. Sambil makan aku jenguk-jenguk jugak ke meja sebelah yang ada 3 orang perempuan tadi. Dah siap makan, aku cuba menyapa diaorang...
"Hi, where are you from?"
Salah seorang daripada mereka menjawab "I'm from Somalia, but currently living in Sweden for 20 years, and where are you from?"
Lantas aku pun jawab je lah dari Malaysia. Aku bertanya lagi, "All of you are Muslim?"
"Yes, we're Muslim", jawab perempuan yang tadi.
Dah confirm semuanya Muslim, lantas aku pun bagilah salam dan menerima kembali ucapan salam daripada ketiga-tiga mereka. Alhamdulillah, tak sangka aku bertemu dengan saudara Islam di sini.
Dah confirm semuanya Muslim, lantas aku pun bagilah salam dan menerima kembali ucapan salam daripada ketiga-tiga mereka. Alhamdulillah, tak sangka aku bertemu dengan saudara Islam di sini.
Perbualan kami kat restoran tu berlanjutan agak lama. Selepas berkenalan dengan lebih dekat, rupa-rupanya mereka ni berketurunan Swedish-Somalian yang memang menetap di Sweden ni. Mereka bertiga adalah Leila, Fathima dan Isiya. Leila dan Fathima adalah adik beradik. Kedua-dua mereka masih belajar di salah sebuah universiti di Stockholm ni. Isiya pula sudah bekerja di salah sebuah syarikat di sini. Tak sangka, mereka mengenali Malaysia dengan lebih dekat juga, kata mereka selalu lihat kat iklan di TV tentang Malaysia. Leilla menaruh impian yang tinggi, katanya dia mau bekerja dan menetap di Malaysia. Aku harap impian Leilla itu tercapai suatu hari nanti, InsyaAllah...
Sedang kami rancak berborak, aku lantas mencelah "Do you know where can I find a mosque here?"
Leilla, dengan penuh semangatnya menjawab "Yes, we have one big mosque here, I can show you if you want to visit the mosque, its nearby here"
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat dipertemukan dengan saudara Islam yang baik budi pekertinya. Setelah selesai menjelaskan bil makanan tadi, kami mula bergerak untuk ke masjid yang dimaksudkan tadi. Lokasinya tak berapa jauh dari restoran ni, lebih kurang dalam 15-20 minit berjalan kaki. Tapi, sebelum kami bergerak ke masjid, aku terpaksa ke hostel dulu untuk ambik balik bagpack yang aku tinggalkan di luggage storage tadi. Kami sama-sama ke hostel dan lepas tu terus ke masjid. Fathima terpaksa meninggalkan kami kerana ada urusan, jadi Leilla dan Isiya sahaja yang menemani aku.
Selepas berjalan kaki hampir 25 minit, kami tiba di lokasi masjid. Alhamdulillah, aku tak sangka ada sebuah masjid yang agak besar di bandaraya Stockholm ni. Ketika kami sampai, masjid ni ditutup kerana bukan waktu solat. Untuk info, masjid-masjid di sini hanya dibuka pada waktu solat sahaja. Namun, Leilla dan Isiya pergi berjumpa dengan kakitangan yang menjaga masjid tersebut. Alhamdulillah, kami dibenarkan masuk ke dalam masjid dan sempat menunaikan solat di sini.
Masjid Besar di Stockholm |
Leilla dan Isiya membawa aku ke setiap ruang dan penjuru masjid. Ruang solat lelaki adalah di tingkat bawah, manakala untuk wanita di tingkat atas. Masjid ni lengkap dengan bilik kuliah, ruang kabinet dapur dan bilik seminar. Menurut mereka, ada lebih kurang 5 buah masjid di sekitar Stockholm ni, tapi masjid ni adalah yang terbesar di sini. Menurut mereka lagi, masjid ni dibina atas sumbangan daripada Raja Arab Saudi. Aku turut bersyukur kerana di sebuah negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam, tetapi terdapat sebuah masjid yang gah seperti ni. Buat masa ini, azan tidak dilaungkan secara terbuka dan hanya dilaungkan di dalam masjid sahaja.
Ini adalah antara gambaran di dalam masjid ni.
Ruang di hadapan pintu masuk |
Ruang solat lelaki di tingkat bawah |
Bilik kuliah & perpustakaan mini |
Kabinet dapur |
Aku sempat bertanya dengan mereka tentang kehidupan komuniti Muslim di sini. Kata mereka, orang-orang Islam di sini hidup aman damai, tiada diskriminasi daripada golongan penganut Kristian di sini. Kerajaan Sweden juga bersikap terbuka dan tidak pernah menghalang pembinaan masjid-masjid baru di sini. Menurut Leila lagi, pada 2 minggu yang lepas, terdapat sebuah masjid di sini telah dibenarkan untuk melaungkan azan secara terbuka. Alhamdulillah, masyarakat setempat sudah mulai memahami dan menerima cara hidup Muslim di sini.
Selain daripada tu, aku juga bertanya dengan mereka tentang persiapan mereka untuk menghadapi bulan Ramadhan pada tahun ni. Kalau ikutkan kalendar, mereka di sini akan berpuasa pada musim panas yang mana tempoh siangnya agak panjang iaitu hampir 18-20 jam! Ini respons daripada mereka; "We feel great, because Allah always be with us". Tersentuh rasa bila mendengar kata-kata mereka. Aku hanya mampu berdoa semoga komuniti Muslim di sini diberi kekuatan dan kecekalan dalam menghadapi bulan puasa yang akan datang nanti, InsyaAllah.
On my left: Leilla, right: Isiya |
Setelah hampir 2 jam berada di masjid ni, tiba masanya untuk aku meninggalkan rumah Allah ni. Semoga kehidupan komuniti Muslim di sini sentiasa aman dan damai. Plan aku seterusnya adalah mencari souvenir fridge magnet Stockholm buat kenang-kenangan diri sendiri. Dari masjid ni, aku perlu kembali semula ke area Gamla Stan untuk ke kedai souvenir. Leilla dan Isiya masih lagi menemani aku. Mereka berdua membawa aku ke salah sebuah souvenir shop untuk aku memilih fridge magnet yang aku nak. Kali ni aku sangat terharu sebab Leilla yang tolong bayarkan fridge magnet aku tadi. Ya Allah, beruntung nya nasib aku kali ni, hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik mereka.
Selepas beli souvenir, kami berjalan-jalan di sekitar Old Town ni. Kali ni aku amat terharu sekali lagi kerana Isiya pula yang belanja kami makan aiskrim. I am so lucky to meet both of them. Kami berjalan-jalan di sini hampir satu jam dan seterusnya aku perlu ke Cityterminalen untuk dapatkan bas ke Arlanda Airport pada malam ni. Mereka berdua masih lagi bersama dan menghantar aku sehingga ke Cityterminalen.
Now, its time to say good bye to both of them. Mereka berdua tersangat baik pada aku, semoga mereka terus berjaya dalam apa jua urusan kehidupan yang mereka lakukan. Hanya Allah sajalah yang mampu membalas jasa baik mereka. Aku berharap suatu hari nanti aku masih berkesempatan untuk bertemu dengan mereka lagi. InsyaAllah....
Bas aku ke Arlanda Airport adalah pada jam 10 malam, iaitu bas yang paling last dengan menggunakan bas Flygbussarna, iaitu bas yang sama seperti yang aku gunakan semalam dari Skavsta Airport ke Cityterminalen. Tiket bas dah aku book online dengan harga SEK 99 (~RM 50). Perjalanan dari Cityterminalen ke Arlanda Airport memakan masa lebih kurang 45 minit. Malam ni aku akan bermalam di airport memandangkan awal pagi esok around jam 6.40 pagi aku perlu terbang ke Helsinki, Finland.
Walaupun cuma berada di bumi Stockholm hanya 2 hari, namun banyak pengalaman baru dan kenangan manis di sini. Pertemuan dengan sahabat Muslim dan dapat berkunjung ke masjid di sini paling meninggalkan kesan kepada aku selama berada di Stockholm.
Good bye Sweden! |
Wassalam, Daaaa......
No comments:
Post a Comment