1 Jun 2013:
Due to jet lag, malam tadi memang aku tak lena sangat tidur. Jam 2 pagi aku dah sedar dan sampai ke siang tak dapat tidur dah. So awal pagi aku dah keluar ambil udara pagi di Warsaw nih dan terus ke restoran Kebab King yang aku pergi semalam. Misi kali ni adalah untuk tapau kebab sebagai makanan dan "snack on the go" aku bagi perjalanan ke airport nanti. Kali ni aku beli beef kebab roll berharga 11 zl (~RM 11).
Selepas check out di Hostel New World St., aku terus bergegas ke bus stop "Foksal" yang tak jauh dari hostel. Aku perlu ambil bas #175 untuk ke Warsaw Chopin Airport semula. Tiket bas memang aku dah beli siap-siap semalam.
Pagi ni aku akan terbang ke Stockholm, Sweden, iaitu sebuah negara Scandinavia yang berjiran dengan negara Norway. Pada tahun 2011, musim autumn, aku pernah berkunjung ke Oslo, Norway, jadi sekurang-kurangnya aku dah ada idea sikit macam mana nak survive kat negara Scandinavia ni, even untuk 2 hari sahaja! haha.....

Untuk perjalanan Warsaw ke Stockholm, aku menggunakan penerbangan tambang rendah Wizz Air. Tiket dah aku tempah secara online di www.wizzair.com seawal 3 bulan sebelum dan harga yang aku dapat adalah EUR 44.34 (RM 177.35), termasuk charge bagi 1 large cabin bag. Wizz Air ni lain sikit, hand carry
baggage pun kena charge sebanyak EUR 10 (~RM 40) kalau beg yang korang
bawak naik tu lebih besar daripada dimensi yang dibenarkan. Tempat duduk dia pun adalah based on free seating. Penerbangan ke Stockholm pagi ni adalah pada jam 10.45 pagi dan tempoh penerbangan adalah 1 jam 30 minit. Tiada perbezaan waktu antara Warsaw dan Stockholm.
Aku tiba di Skavsta Airport, Stockholm on time iaitu pada jam 12.15 tengahari. Untuk info, di Stockholm ada dua buah airport utama iaitu Arlanda Airport dan Skavsta Airport. Skavsta Airport ni jauh sikit dari pusat bandar (~100 km) dan biasanya digunakan oleh low cost airline seperti Wizz Air dan Ryanair. Macam biasa, after arrival aku terus menuju ke Tourist Information Counter untuk dapatkan map dan guide pasal Stockholm.
Untuk ke city centre (Cityterminalen) dari airport ni, cara yang paling convenient adalah dengan menaiki airport shuttle bus, Flygbussarna. Harga sehala bagi orang dewasa adalah SEK 129 (~RM 60). Untuk dapatkan harga yang lebih murah, book secara online di www.flygbussarna.se. Bus stop adalah berhampiran dengan Departure Terminal.

Flygbussarna airport shuttle bus |
Untuk info, matawang bagi negara Sweden ialah Sweden Kronor (SEK). Kadar tukaran SEK dengan MYR adalah lebih kurang SEK 10 ~ MYR 5.
Sweden currency ~ Kronor |
Perjalanan dari Skavsta Airport ke city centre mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Bas nya selesa dan ada free wifi. Aku tiba di Cityterminalen lebih kurang pada jam 2.30 petang. Bas ni berhenti di luar bangunan Cityterminalen. Bangunan Cityterminalen ni sebenarnya terletak dalam bangunan yang sama dengan World Trade Center Stockholm.
Tiba di Cityterminalen, aku terus ke Tourist Information Desk untuk mendapatkan info-info yang lebih lanjut tentang Stockholm. Berbekalkan map yang sedia ada, aku bertanya dengan staff yang jaga kat situ berkenaan arah untuk aku ke hostel berdasarkan alamat yang tercatat pada itinerari aku. Aku salute sangat-sangat dengan explanation yang diberi, cukup lengkap, padat dan tepat!
Seterusnya, aku ke Money Changer pula untuk menukar sikit duit euro kepada duit kronor. Tapi sebelum aku tukar, aku ada jalan-jalan kat food court dan kedai-kedai yang jual makanan kat dalam bangunan ni, at least aku dapat idea berapa harga makanan yang aku akan spend sepanjang berada di Stockholm ni. Untuk info, living cost di negara-negara Scandinavia ni adalah yang tertinggi. Jadi, kalau datang ke Sweden standby lah korang dengan budget yang agak lebih sikit. Everything is expensive! Sebagai contoh, aku beli croissant, sebotol jus buah dan air mineral untuk alas perut, kosnya dah SEK 89 (~RM 45)! Nak masuk toilet pun dah kena bayar SEK 10 (~RM 5), huhu....
Sebaik sahaja aku nak mulakan langkah ke hostel, tengok-tengok kat luar hujan lebat, terbantut niat aku nak berjalan kaki ke hostel. So, aku terpaksa lepak kat sini dan tunggu sehingga hujan reda sikit baru boleh gerak ke hostel. Tapi, lepak kat sini pun best gak sebab boleh dapat free wifi, jawabnya ber facebook aje lah :-)
Hampir sejam lebih gak aku tunggu hujan berhenti, tapi nampaknya bumi Stockholm terus dicurahi kehujanan. Aku terpaksa tunggu sikit masa lagi dan bila dah mulai reda sikit aku terus menapak menuju ke hostel mengikut direction yang dah aku catat pada map tadi.
Di Stockholm, aku menginap di Old Town Hostel di area Gamla Stan. Dari Cityterminalen, mengambil masa lebih kurang 20 minit berjalan kaki untuk sampai ke sini. Harga untuk seorang di bilik 6 katil yang aku dapat adalah EUR 24.86 (~RM 105). Bilik kat hostel ni agak unik, sebab terletak di bawah tanah dan rekabentuknya seperti gua atau rumah igloo, haha...
Masa yang berbaki petang ni aku just lepak kat dalam bilik, sebab tak dapat nak keluar jalan-jalan disebabkan hujan lebat kat luar. Kat bilik aku bersembang dengan sorang Backpacker perempuan, asal dari China tetapi study di Spain. Kami chit-chat pasal travel dan bertukar-tukar pengalaman tentang dunia Backpacker ni.
Untuk makan malam, aku just buat kopi di pantry hostel dan makan dengan bekalan snickers yang aku bawa dari Malaysia dan roti yang aku dah beli siang tadi. Cukuplah untuk alas perut malam ni, hehe....
Daaa......
Total expenses for today:
Cityterminalen |

1) Breakfast: zl 11 (~RM 11)
2) Snacks & drinks: SEK 89 (~RM 45)
3) Toilet: SEK 10 (~RM 5)
3) Toilet: SEK 10 (~RM 5)
No comments:
Post a Comment