Tips Trip Backpacking Budget: Di mana anda perlu bermula?

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua... 
Saya harap kita semua sihat walafiat dan terus diberikan nikmat kesihatan yang berpanjangan untuk kita terus mengembara di bumi yang fana ini :-) 

Sesuai dengan tajuk di atas, rasanya semua dah dapat agak apa yang saya nak cuba kongsikan dalam entry kali ni. Saya dapati ada di antara kita yang tertanya-tanya bagaimana untuk merancang sesebuah trip backpacking dengan teratur dari segi masa dan budget. Of coz lah seboleh-bolehnya kita semua nak berjalan-jalan ke luar negara dengan budget yang serendah mungkin kan. Jadi, kat sini saya nak cuba kongsikan sedikit sebanyak berkaitan pengalaman saya bagaimana saya merancang, melaksanakan dan menyempurnakan sesebuah trip backpacking saya. Bare in mind, saya akan lebih fokuskan berkaitan trip backpacking ke negara-negara di Eropah. Semua tips-tips ni saya simpulkan berdasarkan pengalaman saya sendiri dan mungkin ia berbeza-beza dengan pengalaman orang lain... (cewahhh dah macam announcement dalam flight pulak.."tatacara keselamatan dalam pesawat ini mungkin berbeza dengan pesawat yang lain"....hahaha)...layan aje lah!

Dah..dah..now back to the serious topic... Berikut saya senaraikan langkah demi langkah dalam merancang sesebuah trip backpacking.

Langkah 1: Tentukan satu "point of entry" di benua Eropah

Maksud "point of entry" di sini ialah korang kena tentukan sebuah negara Eropah yang mana berperanan sebagai pintu masuk dan pintu keluar korang ke sana. Antara perkara-perkara yang perlu korang consider untuk memilih negara "point of entry" ni adalah seperti:

1. Bandar/destinasi yang famous dalam senarai promosi tambang murah tiket penerbangan dari KL. Kalau dari pengamatan saya adalah seperti Paris (France), Istanbul (Turkey) dan Geneva (Switzerland). 

2. Bandar/destinasi yang terdekat (dari segi geografinya) dengan route trip korang. Sebagai contoh, sebelum ni saya pernah memilih Warsaw (Poland) sebagai "point of entry" untuk trip Scandinavia (Sweden & Finland) dan Baltic (Estonia, Latvia & Lithuania). 

*Ada juga sesetengah orang menggunakan negara yang berbeza sebagai pintu masuk dan pintu keluar. Sebagai contoh, perjalanan dari KL ke London dan balik menggunakan laluan Paris ke KL. Tapi kebiasaannya saya menggunakan "point of entry" yang sama sebab biasanya kalau kita beli return ticket lebih murah berbanding beli tiket sehala (kecuali beli secara multicity). Kelebihannya juga adalah untuk memudahkan urusan imigrasi jika ditanya tiket balik nanti. 

Korang kena ariflah map Europe ni kalau nak berbackpacking secara tegar ke Eropah :p

Langkah 2: Membuat tempahan tiket penerbangan pergi-balik ke "point of entry"

Bagaimana mendapatkan tiket penerbangan yang murah?

Kalau takde tiket kapal torobang macam mana nak sampai ke Eropah kan..(melainkan korang nak overland dari Malaysia ke Eropah, itu special case lah...ngeh..ngeh..ngeh). 

Saya rasa kebanyakan di antara kita tahu tentang aplikasi-aplikasi seperti Skyscanner, Kayak, Wego dan sebagainya. Aplikasi-aplikasi ni memang sangat berguna untuk cari tiket flight ke mana-mana destinasi seluruh dunia, tapi saya lebih suka guna Skyscanner :-). 

Selain daripada aplikasi-aplikasi yang saya nyatakan di atas, ada satu cara lagi macam mana nak selalu up-to-date dengan promosi-promosi harga tiket flight yang murah. Caranya ialah korang kenalah rajin register dan subcscribe dengan airline-airline yang utama yang ada menyediakan laluan penerbangan ke Eropah. Dengan cara ni, korang akan selalu dapat info lebih cepat berkaitan promosi-promosi harga tiket flight yang murah.