Menyusuri Keindahan Rantau Balkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Belum terlambat juga rasanya saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada member-member yang beragama Islam di sini. 

Kali ni saya nak share sikit pasal trip Balkan saya tempoh hari, tapi entry kali ni saya tak nak berceloteh panjang sangat disebabkan tak berapa nak membuah idea kali ni..hihi. Jadi kali ni kita layan gambor-gambor aje lah ye... 

Secara geografinya, rantau Balkan ni terletak di bahagian Tenggara Benua Eropah. Nama Balkan diambil sempena nama sebuah gunung yang terletak di antara dua buah negara iaitu Bulgaria dan Serbia. Negara-negara yang terletak di dalam kawasan Balkan adalah Albania, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo, Macedonia, Montenegro, Romania, Slovenia, Serbia dan sebahagian kecil negara Turkey.

Pada trip backpacking saya yang lepas, saya berkesempatan menyusuri beberapa buah bandar/destinasi di sepanjang perjalanan saya di rantau Balkan. Antara bandar-bandar yang saya sempat lewati adalah seperti berikut: 

1) Istanbul, Turkey 
2) Athens, Greece 
3) Skopje, Macedonia 
4) Prizren, Kosovo 
5) Valbona, Albania 
6) Kotor, Montenegro 
8) Dubrovnik, Croatia 
8) Sarajevo, Bosnia & Herzegovina 
9) Nicosia & Kyrenia, Northern Cyprus 

Jadi entry kali ni saya akan ceritakan secara brief berkaitan destinasi-destinasi di atas beserta dengan tips-tips yang berkaitan dengan pengangkutan dan tempat penginapan. Bare in mind travelog saya kali ni akan diceritakan mengikut kronologi route seperti berikut:

Istanbul > Athens > Skopje > Prizren > Valbona > Kotor > Dubrovnik > Sarajevo > Nicosia & Kyrenia.  

(1) ISTANBUL 

"Istanbul Aku Datang" - tag line yang biasa kita dengar apabila berbicara pasal Istanbul. Saya rasa ramai di antara kita yang dah berkunjung ke Istanbul dan pada yang belum tu pasti Istanbul ni adalah salah satu destinasi dalam bucket list korang kan? Kota pertemuan di antara dua benua ni memang sangat terkenal di kalangan pelancong-pelancong seluruh dunia sehingga menjadikan Istanbul ni sebagai salah satu pilihan utama destinasi pelancongan dunia.

Antara tarikan utama pelancong-pelancong ke Istanbul ni adalah untuk berkunjung ke Haghia Sofia (Aye Sofia) dan Blue Mosque (Sultan Ahmed Mosque) yang terletak di kota tua Sultanahmet. Jarak di antara kedua-duanya adalah dekat dan terletak bertentangan di antara satu sama lain. First time saya sampai dulu pun agak keliru mana satu Haghia Sofia dan mana satu Blue Mosque...hahaha :-)

Haghia Sofia
Blue Mosque

Bagi pendapat peribadi saya, Istanbul bukanlah suatu destinasi bajet bagi para backpacker. Kos perbelanjaan di sini agak tinggi juga. Walauapapun saya suka minum jus buah delima dan beli buah tembikai yang dijual di sini...kihkihkih :-) 

Jus delima yang sedap!

Tips Pengangkutan:
Dari Istanbul Ataturk Airport, korang bolehlah naik metro ke Zeytinburnu station dan kemudian tukar kepada tram (arah Kabatas) untuk ke Sultanahmet station. Dari Sultanahmet tram station, hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke tempat penginapan di sekitarnya. Jika korang dari Sabiha Gokcen Airport pula, korang boleh naik shuttle bus Havatas ke Taksim dan seterusnya naik tram ke Kabatas dan ke destinasi-destinasi lain.   

Tips Penginapan:
Terdapat banyak hostel di sekitar kawasan Sultanahmet yang jaraknya begitu dekat dengan Haghia Sofia dan Blue Mosque. Antaranya adalah Orient Hostel Istanbul, Best Island Hostel, Avrasya Hostel dan banyak lagi.  

Matawang Digunakan:
Turkish Lira & Euro 

(2) ATHENS 

Athens merupakan ibu negara Greece, yang merupakan ahli dalam Schengen Agreement. Apa yang menarik minat saya datang ke sini adalah untuk melihat sendiri tinggalan sejarah Tamadun Yunani yang terkenal suatu ketika dahulu. 

Acropolis yang merupakan UNESCO World Heritage Site adalah kawasan yang menempatkan tinggalan sejarah Tamadun Yunani di sini. Saya sarankan korang beli pass yang berharga 12 euro untuk berkunjung ke sini. Dengan pass ni korang bukan saja dapat masuk ke Acropolis tapi juga boleh masuk ke Kerameikos, Temple of Olympian Zeus, Roman Agora, Ancient Agora dan juga Theatre of Dionysus. Kawasannya sangatlah luas dan laluannya berbukit. Semput juga nak sampai ke puncak dengan cuaca yang agak panas terik, so kalau boleh datanglah awal pagi ke sini ye. 

Tinggalan monumen di Ancient Agora
Ancient Agora
Museum of the Athenian Agora
Antara bahan artifak yang dipamerkan di muzium di Ancient Agora


The Acropolis
Athens panorama

Tips Pengangkutan:
Dari Istanbul, saya naik Aegen Airlines untuk ke Athens. Luckily dapat tiket murah masa tu, 35 euro one way, in flight meals juga disediakan. Korang juga boleh naik low cost airline iaitu Pegasus Airline dari Istanbul Sabiha Gokcen Airport untuk ke Athens. 

Dari Athens Eleftherios Venizelos International Airport, pilihan terbaik untuk ke city centre adalah dengan menaiki metro ke Syntagma atau Monastiraki station. Tambang sehala adalah 8 euro seorang dan mengambil masa sekitar 45 minit untuk ke pusat bandar Athens.  Stesen metro dia terletak di luar bangunan terminal airport dan korang kena jalan jauh sikit ikut jejantas untuk ke stesen ni. Selepas beli tiket jangan lupa untuk validate dulu tiket tu kat mesin yang disediakan sebelum naik train.

Tips Penginapan:
Hostel Zeus yang terletak di Sofokleous Street, lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari Monastiraki metro station adalah pilihan yang termurah. Selain daripada tu, korang juga boleh jalan kaki sahaja untuk mengunjungi Acropolis dari sini. For Muslim brothers and sisters, restoran halal juga tak berapa jauh dari lokasi hostel ni, lebih kurang 5 minit jalan kaki saja. Highly recommended! 

Matawang Digunakan:
Euro

(3) SKOPJE

Skopje adalah ibu negara bagi Republik Macedonia yang merupakan sebuah bekas negara Yugoslavia. Banyak tinggalan sejarah pemerintahan Ottoman di sini yang dapat dilihat dari aspek senibina bangunan dan masjid-masjid. Secara amnya bandar Skopje ni tak lah besar sangat dan boleh round-round di sekitarnya hanya dengan berjalan kaki saje. Suasana di sekitar bandar Skopje juga agak tenang dan tidak crowded. Antara tempat-tempat yang boleh dilawati di sekitar Skopje adalah seperti Alexander the Great statue, Kale Fortress, Old Bazaar, Stone Bridge dan Mustafa Pasha Mosque. 

Kale Fortress
Macedonia Square & Stone Bridge
Alexander the Great Statue
Macedonia Square
Porta Macedonia at Pella Square
Mustafa Pasha Mosque
Old Bazaar
Ingat kat London je ke ada bas merah 2 tingkat nih! Kat Skopje pun ada tau :-)
Tips Pengangkutan:
Dari Athens, saya overland dengan menaiki night train ke bandar kedua terbesar di Greece iaitu Thessaloniki. Dari Thessaloniki, saya naik minibus yang dikendalikan oleh company Simeonidis Tours untuk ke Skopje. Harga tiket sehala adalah 20 euro dan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Skopje. Border crossing juga tiada masalah, thanks to the red Malaysian Passport :-)  

Tips Penginapan:
Di Skopje saya menginap di Shanti Hostel. Hostel ni tak jauh dari bus station, cuma 7 minit jalan kaki je. Fasiliti dan servisnya juga baik dan memuaskan.  

Matawang Digunakan:
Macedonian Denar (MKD)

(4) PRIZREN

Prizren merupakan sebuah bandar yang terletak di bahagian selatan Republik Kosovo. Prizren terkenal dengan jolokon "City of Mosques & Monastries". Antara tarikan utama di Prizren adalah Kalaja (Prizren Fortress). Kedudukan fortress ni agak tinggi dan korang kena mendaki jalan yang agak curam melewati kawasan penempatan penduduk di sekitarnya, tapi pemandangan dari bahagian atas sangat awesome! Masjid yang paling terkenal di sini pula ialah Sofi Sinan Pasha Mosque. Bagi saya, orang-orang Kosovo sangat baik dan friendly. Mereka sangat membantu sepanjang perjalanan saya di sana.

Kalaja Fortress kelihatan dari roof top hostel
Old Stone Bridge
View of Prizren from Kalaja Fortress

Sinan Pasha Mosque
Prizren Bus Station

Tips Pengangkutan:
Dari Skopje, saya overland ke Prizren dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dan harga tiket bas sehala ialah 550 MKD / 9 euro. Keadaan bas juga selesa dan ada aircond juga. Tiket bas ni boleh dibeli di Skopje Bus Station sehari sebelum hari perjalanan dan mesti dibayar dengan matawang Denar, euro tidak diterima.

Tips Penginapan:
Di Prizren saya menginap di City Hostel Prizren. Dari Prizren Bus Station, kena jalan kaki lebih kurang 15 minit untuk ke hostel ni. Fasiliti dan servisnya sangat memuaskan. 

Matawang Digunakan:
Euro 

(5) VALBONA 

Valbona atau lebih tepat lagi Lembah Valbona (Valbona Valley) merupakan sebuah kawasan terpencil di utara negara Albania yang terletak di daerah Tropoja. Saya boleh katakan Valbona adalah salah satu destinasi yang paling cantik yang pernah saya kunjungi. Di sini korang akan berada jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar, yang ada hanyalah deruan air sungai dan air terjun yang menuruni lereng-lereng gunung berbatu yang ada di sini. 

Cantik tak????




Comelkan rumah orang kat sini...hihi
Kambing-kambing yang digembala oleh penduduk kat sini

Tips Pengangkutan:
Perjalanan untuk ke sini agak complicated kerana korang kena tukar-tukar banyak jenis pengangkutan. Kalau ikut route yang saya gunakan, dari Prizren (Kosovo) saya naik local bus ke sebuah bandar kecil yang paling dekat dengan border Albania iaitu Gjakova (Kosovo). Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit dan view di sepanjang perjalanan adalah sangat cantik kerana dipenuhi dengan landscape gunung-ganang yang diselaputi salji di puncaknya. Di Gjakova, korang kena naik minibus/furgon ke sebuah bandar kecil di Albania iaitu Bajram Curri. Tapi minibus/furgon ni bertolak dari Gjakova ke Bajram Curri pada jam 2.30 petang. Kalau tak nak naik furgon ni, korang boleh juga pakai teksi atau berkongsi mana-mana kereta penduduk di sini yang sama destinasi untuk ke Bajram Curri. Perjalanan dari Gjakova ke Bajram Curri mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih bergantung kepada proses imigresen di checkpoint Qafe-Morine. 

On my way to Bajram Curri
On my way to Bajram Curri
Yeyyy dah dekat nak sampai Bajram Curri dah...
Setelah tiba di pekan kecil Bajram Curri, korang kena naik another minivan/furgon lagi selama 1 jam lebih untuk sampai ke sebuah lembah yang sangat indah, Valbona. 

Ni lah dia rupa furgon..amacam kiut tak? Ada jerami kat atas tuh...hihi

Please, this time trust me...the journey from Bajram Curri to Valbona is super duper awesome!!! Pemandangan di kiri kanan jalan memang cantik tak terkata dan korang akan menyusuri sungai yang airnya jernih bewarna biru kehijauan...ye biru kehijauan...or I can say it clean blue greenish water..

Sungai Valbona di sepenjang perjalanan dari Bajram Curri ke Valbona Valley

Tips Penginapan:
Valbona adalah sebuah kawasan terpencil, jadi korang janganlah mengharapkan ada hotel-hotel mewah di sini. Ada beberapa buah guesthouse di sini seperti Farmhouse Guesthouse, Rezidenca, Rilindja dan Ademi Guesthouse. Oh ya sebelum korang masuk ke Valbona ni pastikan korang beli stok makanan awal-awal ye sebab kat sini takde kedai runcit untuk membeli-belah...hehe.. Macam saya hari tu saya menginap di Rezidenca, sangat selesa...buka je tingkap, wowww terbentang gunung-ganang yang diselaputi salji di puncaknya..tenang dan mendamaikan :-) 

Matawang Digunakan:
Albanian Lek, kadang-kadang euro juga diterima  

(6) KOTOR

Namanya agak menjengkelkan jika didengar sebab kita tahu apa maksud "kotor" dalam bahasa kita..hehe, tetapi realitinya tempat yang bernama Kotor di Montenegro ni sungguh indah dan cantik sekali. This place is one of my favorite old town I've ever visited. Kotor Old Town ni tersenarai dalam UNESCO World Heritage Sites.

Welcome to Kotor!!!
Bay of Kotor...cantikkan!!!
Bay of Kotor


Kotor Old Town
Triphon Cathedral
Kotor Old Town

Tips Pengangkutan:
Kali ni saya mencuba laluan yang agak berbeza sikit untuk cross border di antara negara Albania dengan Montenegro. Dari Valbona (Albania), saya melewati perjalanan melalui Lake Koman dengan menaiki bot selama lebih kurang 3 jam untuk sampai ke jeti Komani.

Lake Koman
Menyusuri Lake Koman dari Fierze ke Komani

Dari Komani, saya kena naik pula minivan/furgon ke sebuah pekan yang dinamakan Shkoder yang terletak tak berapa jauh dengan sempadan Albania-Montenegro. Dari Shkoder, saya teruskan perjalanan dengan menaiki public bus pula merentasi check point imigresen untuk ke sebuah bandar di Montenegro, iaitu Ulcinj. Dari Ulcinj saya perlu naik another bus ke Bar dan seterusnya dari Bar perlu naik lagi bas yang lain untuk sampai ke Kotor....huh...nampak macam best je kan turun naik bas...hihi...But it was an adventurous journey! Rasa teruja mengatasi segala-galanya...  

Tips Penginapan: 
Di Kotor, saya menginap di Montenegro Hostel yang terletak di dalam kawasan old town. Kawasan old town dia ni tak jauh sangat pun dari bus station, lebih kurang 10 minit jalan kaki je. Seriously old town Kotor ni antara old town yang paling cantik yang pernah saya lawati sepanjang mengembara di bumi Eropah. 

Matawang Digunakan:
Euro

(7) DUBROVNIK

Dubrovnik adalah sebuah bandar di bahagian selatan negara Croatia. Ia sangat popular sebagai destinasi pelancongan kerana kedudukannya di Adriatic Sea yang mempunyai pemandangan yang begitu cantik sekali sehinggakan diberi gelaran "Pearl of Adriatic". 

Pada trip saya yang lepas, saya tidak overnight di Dubrovnik tapi hanya sempat untuk sight seeing di sini semasa transit untuk ke Sarajevo. Dari Kotor, perjalanan ke Dubrovnik dengan menaiki bas mengambil masa lebih kurang 3 jam bergantung kepada kelancaran check point di sempadan Montenegro-Croatia. Tiket bas berharga 15 euro. Di sepanjang perjalanan, korang dapat lihat pemandangan pesisiran pantai Adriatic yang sangat cantik. 

Pemandangan Dubrovnik Old Town
Dubrovnik Old Town yang terletak di Adriatic Sea


Matawang Digunakan:
Kuna

(8) SARAJEVO 

Nama Sarajevo mungkin tidak asing lagi bagi kita yang berada di Malaysia. Kisah peperangan negara Bosnia & Herzegovina dengan Serbia masih lagi utuh dalam ingatan kita. Jadi apabila saya berkunjung ke sini, tidak hairanlah kebanyakan struktur-struktur bangunan di sini masih lagi ada kesan peperangan seperti lubang-lubang yang menembusi bangunan-bangunan di sini.











City Hall of Bosnia & Herzegovina

Saya juga sempat mencuba beberapa menu tradisi makanan Bosnia nih dan rasanya sedap jugak. Kalau boleh nak je saya tapau bawak balik Malaysia..hehehe...  


Coffee + candy...I like the presentation :)
Lupa apa nama menu ni, tapi dalam bawang dan spinach tu ada minced beef..sedap!

Apa-apapun kenangan terindah di hari terakhir di bumi Bosnia ni boleh pulak saya terserempak dengan krew penggambaran drama dari Malaysia yang pada masa tu tengah shooting di perkarangan Sarajevo Airport. So apa lagi, bergambarlah dengan retis Malaysia nih...kihkih..

Malu-malu kucing bergambar dengan Iqram Dinzly & Yana Samsudin...hihi

Tips Pengangkutan:
Dari Dubrovnik, saya ke Sarajevo dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Tambang sehala buat seorang ialah 163 kuna. Bas akan berhenti lebih kurang 20 minit di old town Mostar sebelum meneruskan perjalanan ke Sarajevo.

Tips Penginapan:
Di Sarajevo, saya menginap di Hostel City Centre Sarajevo yang terletak di tengah-tengah bandar Sarajevo. Kemudahan dan servisnya sangat memuaskan.

Matawang Digunakan:
Bosnian Convertible Marka, kadang-kadang euro juga diterima.

(9) NICOSIA & KYRENIA 

Nicosia (Lefkosa) merupakan capital city of Northern Cyprus, yang belum lagi mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara merdeka dan buat masa sekarang masih lagi berada di bawah pentadbiran Turkey. Di Nicosia, antara tempat-tempat bersejarah yang boleh korang lawati adalah seperti Girne Gate, Mevlevi Tekke Museum, Selimiye Mosque, Arabahmet Mosque dan Buyuk Hamam. Kyrenia (Girne) pula merupakan sebuah bandar pelabuhan yang terletak di bahagian utara Northern Cyprus.

Pintu masuk ke Venetian City Walls di Lefkosa
Girne Gate
Selimiye Mosque..suatu ketika dahulu ia merupakan sebuah Cathedral
Ruang solat di bahagian dalam Selimiye Mosque


Kyrenia Harbour
Kyrenia Castle
Sunset at Kyrenia Harbour
Agak malang bagi kita yang bukan pemegang pasport EU, kita tidak dibenarkan untuk mengunjungi Republik Cyprus (Southern Cyprus) sekiranya kita masuk melalui Northern Cyprus. Sebaliknya, jika perjalanan kita bermula dari Southern Cyprus, tidak ada masalah untuk kita cross border untuk masuk ke bahagian utaranya (Northern Cyprus). 

Ni adalah check point untuk border crossing di Lefkosa yang memisahkan Northern Cyprus dengan Republik Cyprus (Southern Cyprus)...jalan kaki je untuk cross border between two countries..hehehe 

Tips Pengangkutan:
Untuk ke Northern Cyprus ni, korang bolehlah menggunakan penerbangan tambang rendah Pegasus Airlines dari Sabiha-Gokcen Airport di Istanbul. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Di Northern Cyprus, korang akan mendarat di Ercan Airport. Untuk ke destinasi seperti Nicosia dan Kyrenia ni, pilihan termurah adalah dengan menaiki shuttle bus iaitu Kibhas Bus. Tambang dari Ercan Airport ke Kyrenia adalah 10 Lira. 

Tips Penginapan:
Di seluruh Northern Cyprus ni tak banyak pilihan hostel. Cuma ada satu sahaja di Kyrenia, iaitu Cyprus Dorm. Lokasinya sangat dekat dengan Kyrenia Castle dan Kyrenia Harbour, cuma 5 minit jalan kaki saje. 

Secara kesimpulannya, tahap keselamatan untuk berbackpacking ke rantau Balkan ni adalah terjamin. Cuma yang menjadi cabaran sikit adalah dari aspek pengangkutannya kerana rata-rata sistem pengangkutan di negara-negara Balkan ni tidaklah se-efektif sepertimana di negara-negara Western Europe. Orang-orang Balkan juga sangat friendly dan membantu terutama sekali komuniti di Albania dan Kosovo. Jadi jika korang ada peluang dan rezeki bolehlah berkunjung ke sana dalam mencari kelainan dalam journey backpacking korang.

Rasanya sampai sini saje dulu perkongsian untuk trip Balkan saya yang lepas. Sekiranya korang nak maklumat yang lebih lanjut bolehlah berhubung dengan saya melalui:

Email: zaliasrul@yahoo.com 
Facebook: www.facebook.com/razali.makhtar 

Happy backpacking & wassalam...

44 comments:

  1. Makumat yg sgt membantu... terbaik bro...

    ReplyDelete
  2. salam saya nk jumpa bro secara personal nk mitak advice.. boleh jumpa minum kopi area kl ke? 016-3359974

    ReplyDelete
  3. Salam, sy based di borneo sarawak...meanwhile blh berhubung thru my facebook. Unless kalau sy ada dtg kl insyaallah blh le kita jumpa :)

    ReplyDelete
  4. Well done... susunan cerita teratur n informative...

    ReplyDelete
  5. Salam....Bro...Tempat penginapan bro dah booking siap2 atau waktu sampai di destinasi baru cari ?


    -Ebru-

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, sy biasa book siap2, via hostelworld.com or hostelbookers.com

      Delete
  6. Salam. Sgt informative. Tmpg tanya Duit bukan euro tu ko tukar Kat mana ek.

    ReplyDelete
  7. Wsalam. Duit lira sy dah siap tukar kat Malaysia. Duit Macedonian Denar sy tukar kat bus station di Skopje sbb nk beli tiket bas Skopje-Prizren tu xleh guna euro. Albanian Lek pulak sy dpt masa beli bayar minum kat kedai sy bg duit euro n balance dia kasi duit lek....tp kena pandai2 la anggar ikut keperluan. Tp xperlu risau sgtlah asalkan ada euro should be ok.

    ReplyDelete
  8. Alahai..bestnya! Esp kat Albania tu, MashaAllah cantiknya. I'm planning nak pegi Bosnia meet up my friend there. Boleh la nak rujuk blog ni nanti. Tq for the info!

    ReplyDelete
  9. Thanks sooooo much! Too much useful info that I need to digest, if it is possible to have your routes mapped out and full itinerary published, sangat-sangattttt I appreciate. Macam your previous Balkan trip, I buat my own itinerary pun from yours jugak la (tak pegi pun lagi, still planning). Anyways, thanks a lot for this! Alhamdulillah, you are back, safe and sound. *off to read more of your posts*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Liyana,

      Serius kah nak pergi?? Nak ikotttttt

      Delete
  10. Salam tuan, nak tnya kat KL ni kat mana bleh tukar duit Lira?Ada sikit lebihan duit lira from my last trip..hehehehe.

    ReplyDelete
  11. Terbaik!!.. memang plan trip ke balkan.. info yang sangat berguna. bookmarks blog u ni.. :)

    ReplyDelete
  12. Subhanallah. Sungguh indah bumi Allah. Tengah berkira2 untuk menjejak negara2 Balkan ni. Thanks for sharing. Btw, salam perkenalan.

    ReplyDelete
  13. Nak tanya sikit. Serbia n Montenegro ni dua negara berbeza ke? Yg mana satu kene visa nk masuk? Pning dah...

    ReplyDelete
  14. Wah..terbaeklah bro...kena start menabung la gamaknya...hehe

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Bro , nak tanya pasal Athens. Makanan Halal senang ke nak cari? Yang mentioned area Monastiraki tu nama restoran dia apa?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Encik,nak mintak full iti and budget untuk trip ni boleh ke?

    ReplyDelete
  17. Salam Razali, nak contact u kat FB.. Apa nama... nak minta advice :)

    ReplyDelete
  18. Terima kasih.. complete balkan trip sebulan seperti itinerary saudara..

    ReplyDelete
  19. Terima kasih.. complete balkan trip sebulan seperti itinerary saudara..

    ReplyDelete
  20. As salam bro. Nak dptkan lbh maklumat ttg negara2 balkan ni. Mcmana nak contact kau bro? FB? email?

    ReplyDelete
  21. As salam bro. Nak dptkan lbh maklumat ttg negara2 balkan ni. Mcmana nak contact kau bro? FB? email?

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good information..sy pun kaki jln nk explore rata..tp xda kawan2 yg suka jalan ni. Sonok dpt tgk negara org..

      Delete
  23. Salam,good information..sy pun kaki jalan cuma kurang geng/partners..

    ReplyDelete
  24. Wow...memukau...terbaek bro.Keep it up!

    ReplyDelete
  25. Salam.
    Brp hari trip INI.
    Kami bercdg nak explore dlm 11 hari pergi balik.
    Minta advice ya

    ReplyDelete
  26. Salam.. nak tanye Msian perlukan visa tak pergi albania?

    ReplyDelete
  27. Salam, berapa hari saudara spend utk kesemua tempat

    ReplyDelete
  28. TQ, banyak sangat tips dan sangat informatif
    Saya memang tengah buat research utk negara Balkan
    Saya saved post from blog awak ni :)

    ReplyDelete
  29. Perkongsian yang menarik...bermanfaat bagi mereka yang merancang ke sana...

    ReplyDelete
  30. Salam..
    Boleh email full itinerary kpd sy. Iti di atas utk brapa ari ya?
    fantasy_fakhri@yahoo.com.

    ReplyDelete
  31. mule2 tgh mncari info sal tran siberian n jupe this blog.. lepas tu stalk sekejap. suddenly mcm nak tuka route plak wat route balkan.

    ReplyDelete
  32. Terima Kasih bayak membantu perjalanan kami merantau Balkan sekarang...tqtq

    ReplyDelete
  33. Salam . Thanks for sharing, sangat membantu utk saya tgh plan perjalanan. Boleh tak kalau agak agak share bajet kewangan kat sana? . thanks

    ReplyDelete
  34. hi, total berapa hari utk trip ni?

    ReplyDelete
  35. Possible x sewa kreta utk cross border?

    ReplyDelete
  36. Salam. Saya tengah plan and draft itinerary utk ke negara Balkan ni.. boleh share full itinerary jika tidak keberatan.. mazleen70@gmail.com
    Thanks

    ReplyDelete