Pontianak: "Kota Khatulistiwa" Kalimantan Barat

Opocotttttttt... Pontianak!! 

Adakah di Pontianak itu memang betul-betul wujud hantu wanita yang digelar sebagai "Pontianak" atau "Kuntilanak"? Mungkin persoalan ini menjadi tanda tanya dikalangan segelintir daripada kita. Menurut sejarah, pada suatu ketika dahulu pendiri Kota Pontianak iaitu Syarif Abdurrahman dikatakan sering diganggu oleh hantu Pontianak semasa menyusuri Sungai Kapuas. Sebagai usaha untuk mengusir gangguan daripada makhluk tersebut, beliau telah melepaskan tembakan meriam dan di mana jatuhnya peluru meriam tersebut, maka di situlah wilayah kesultanannya didirikan. Dikatakan peluru meriam tersebut jatuh di persimpangan Sungai Kapuas dan Sungai Landak. Maka dari sinilah nama Pontianak wujud dan kekal sehingga ke hari ini sebagai ibu kota kepada Provinsi Kalimantan Barat (KALBAR) di negara Indonesia. 

Kali ni terdetik untuk aku berkongsi pengalaman trip aku ke Kota Pontianak dengan korang semua. Trip the latest baru-baru ni merupakan kali ketiga aku berkunjung ke Pontianak, tapi memang tak pernah lagi lah aku terserempak dengan real "Pontianak" di sini, hehe... Trip kali ni agak berbeza sikit daripada dua trip yang sebelumnya kerana kali ni aku mencuba untuk menggunakan jalan darat dari Kuching ke Pontianak dengan menggunakan bas. Jadi kali ni aku akan share pengalaman aku yang tak seberapa ni berkenaan dengan Kota Pontianak dengan korang. Harap ada yang berminat untuk membacanya...haha

Perkhidmatan Bas Kuching-Pontianak 

Terdapat beberapa buah syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas bagi laluan Kuching-Pontianak dan sebaliknya. Antaranya adalah seperti Bintang Jaya, Eva Express, Bus Asia dan 2 syarikat dari Indonesia iaitu Damri dan SJS. Perjalanan menggunakan jalan darat dari Kuching ke Pontianak mengambil masa lebih kurang 8 hingga 10 jam. Harga tiket sehala bagi dewasa adalah antara RM45-70 seorang bergantung kepada kelas. 

Jadual keberangkatan bas dari Kuching:

Bas Eva Express: 7.00 pg, 9.30 pg & 11.00 pg 
Bas Bintang Jaya: 7.30 pg & 10.30 pg (RM 60/one way)
Bas Asia: 7.15 pg (RM60/one way)
Bas Damri: 8.00 pg, 11.00 pg & 1.00 tgh (RM60/one way)
Bas SJS: 8.00 pg & 1.00 tgh (RM45/one way; Executive), 11.00 pg (RM70/one way; Super Executive)

Jadual keberangkatan bas dari Pontianak:  

Bas Eva Express: 7.00 pg, 9.30pg & 11.00 pg
Bas Bintang Jaya: 7.30 pg & 10.30 pg (RM 60/one way)
Bas Asia: 7.15 pg (RM60/one way)
Bas Damri:7.00 pg & 9.00 mlm
Bas SJS: 7.00 pg & 9.00 mlm (RM45/one way; Executive), 9.00 mlm (RM70/one way; Super Executive) 

Hari tu aku naik bas Bintang Jaya, beli tiket online KCH-PNK-KCH cuma RM90
Bas DAMRI (company Indonesia)

Jika korang memilih untuk travel by land dari Kuching, korang akan melepasi kawalan Imigresen di Tebedu (Malaysia) & Entikong (Indonesia). Dari Kuching, jadual keberangkatan bas adalah pada waktu siang sahaja, manakala dari Pontianak ada bas siang & malam. Sebabnya border Malaysia-Indonesia, iaitu Tebedu-Entikong ni hanya dibuka pada siang hari saja. (Jarak dari pusat bandaraya Kuching ke Tebedu hanyalah lebih kurang 2 jam perjalanan, manakala jarak kota Pontianak ke Entikong hampir 8 jam perjalanan).    

Pos Imigresen Entikong, Indonesia
Cuma berjalan kaki di antara kedua-dua Pos Imigresen Tebedu & Entikong
Masa ni pihak Imigresen Malaysia menahan & menghantar semula PATI dari Indonesia ke negara asal mereka

Dari Kuching, bas akan bertolak/berakhir dari/di Terminal Bas di Kuching Sentral yang berjarak hanya lebih kurang 2 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Di Pontianak pula, bas akan berakhir/bertolak di/dari Terminal Bas Sungai Ambawang yang terletak lebih kurang 15 km dari pusat bandar Pontianak. Sebaik saja melepasi kawalan kedua-dua pos Imigresen, bas akan melalui Jalan Lintas Malindo, seterusnya melepasi kawasan Sosok dan akhirnya melalui Jalan Lintas Kalimantan menuju ke Kota Pontianak. Di sepanjang perjalanan, keadaan jalan raya di sebelah Malaysia adalah baik tetapi di sebelah Indonesia terdapat beberapa area (seingat aku hampir 2 jam penyeksaan) di mana korang akan melalui jalan yang tidak berturap, so be prepared lah especially bagi sesiapa yang mabuk darat tuh...hehehe 

Bas akan berhenti untuk makan tengahari di Rumah Makan Roda Minang
Perhentian di Rumah Makan Roda Minang
Terminal Bas Ambawang, Pontianak

Penerbangan Kuching-Pontianak

Jika korang memilih untuk ke Pontianak menggunakan jalan udara dari Kuching, buat masa sekarang terdapat 2 syarikat penerbangan yang menawarkan laluan ini iaitu Maswings dan Express Air (syarikat penerbangan Indonesia). Penerbangan Kuching-Pontianak mengambil masa lebih kurang 30-45 minit sahaja. Maswings menawarkan penerbangan harian dengan menggunakan pesawat ATR 72-500 manakala Express Air mempunyai kekerapan penerbangan 5 kali seminggu (kecuali hari Selasa dan Sabtu) dengan menggunakan pesawat B737-300. Tiket sehala biasanya berharga lebih kurang RM150++. Di Pontianak, korang akan landing di Bandar Udara Internasional Supadio, yang terletak lebih kurang 17 km dari pusat bandar Pontianak. 

Supadio International Airport

Good news untuk korang semua, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia akan memulakan direct flight dari KL ke Pontianak bermula 27 Mac 2015 ni, tapi buat masa ni penerbangannya cuma 2 kali je seminggu iaitu pada hari Jumaat & Ahad, so sessuai sangatlah untuk sesiapa yang nak weekend getaway ke Pontianak ni. Harga promosi yang ditawarkan adalah RM187 ALL IN for return ticket (quite a good deal!).       


Penginapan di Pontianak

Jangan risau tentang tempat penginapan di Pontianak. Ada banyak pilihan mengikut bajet dan kemampuan korang. Rata-rata harga hotel di sini tak lah semahal berbanding kota-kota lain di Indonesia. Antara tempat penginapan yang strategik adalah seperti berikut:

1) Hotel Santika
2) Grand Mahkota Hotel
3) Orchardz Hotel Gajah Mada 
4) Hotel Kini 
5) Transera Hotel 
6) Kapuas Dharma Hotel 
7) Hotel Gajah Mada 
8) Hotel Aroma Inn 
9) Hotel Peony 
10) Star Hotel 

Orchardz Hotel di Jalan Gajah Mada
Book double room Orchardz Hotel ni via agoda.com, RM80/night include breakfast
Depan Orchardz Hotel ada satu kedai Murtabak Terang Bulan, memang famous la kat Indonesia. Tapi ni kita panggil apam balik kan? hehe...


Apa yang Ada di Pontianak?

Pontianak seringkali juga digelar sebagai "Kota Khatulistiwa" kerana kedudukannya yang terletak pada garis lintang Khatulistiwa atau equator of the earth. Di sini juga terdapatnya sungai yang terpanjang di Indonesia iaitu Sungai Kapuas yang mengalir sejauh 1,143 km.  

Jalan Gajah Mada, Pontianak
Orang-orang Pontianak ramai yang datang berubat di Normah Medical Centre di Kuching, Sarawak, sebab tu kat sini pun ada cawangan pejabatnya

Pontianak ni memanglah diakui tidak terkenal sangat sebagai kota wisata berbanding dengan kota-kota lain di Indonesia. Disebabkan lokasinya yang berada di garis lintang Khatulistiwa, maka di sini boleh dijumpai satu monumen yang dipanggil "Tugu Khatulistiwa" yang terletak di Jalan Khatulistiwa, luar dari pusat kota Pontianak. Tugu ni boleh dikatakan sebagai ikon kepada Kota Pontianak. Monumen di sini kelihatannya lebih baik dari aspek penjagaannya berbanding Monumen "Kilometer 0" yang terdapat di Sabang, Aceh.  

Monumen Tugu Khatulistiwa
Tugu Khatulistiwa
Tugu Khatulistiwa

Selain daripada kunjungan ke Tugu Khatulistiwa tadi, korang juga boleh sightseeing untuk melihat panorama kota Pontianak di sepanjang Sungai Kapuas sambil menyaksikan cara hidup masyarakat-masyarakat di sini. Bagi peminat sejarah pula, korang boleh berkunjung ke Muzium Kalimantan Barat & Istana Keraton Kadriah.  

Ayani Hypermall
Muzium Kalimantan Barat

Kalau ke Indonesia orang kata tak sah lah kalau tak berbelanja atau shopping kan? Jadi bagi yang nak shopping tu, korang boleh lah berkunjung ke toko-toko souvenir yang terdapat di Jalan Pattimura yang hanya terletak bersebelahan dengan Gereja Katolik St. Yoseph. Di sini korang boleh jumpa banyak produk-produk & hasil kraftangan masyarakat tempatan di sini seperti anyaman-anyaman, produk rotan, kain batik dan banyak lagi. Selain tu kat sini juga terdapat banyak produk makanan yang berasaskan lidah buaya atau aloe vera seperti minuman lidah buaya (sesuai untuk menyejukkan badan), dodol lidah buaya, gula-gula lidah buaya dan banyak lagi. 

Minuman aloe vera banyak dijual di sini, murah-murah kok
Kerepek-kerepek, snek-snek pun banyak
Ni mesti wajib beli
Toko jualan ole-oleh khas Pontianak di Jalan Pattimura
Haaaaa, takyah kau susah-susah gi Madrid kat Spain, kat Pontianak pun ada!
Ole-ole berupa replika Tugu Khatulistiwa
Pelbagai barangan ada dijual di Jalan Pattimura ni

Kalau korang nak cari tempat makan yang best pulak, di seberang jalan berdekatan dengan toko-toko souvenir di Jalan Pattimura tadi tu ada satu restoran yang terkenal dengan ayam kampungnya. Setiap kali aku ke Pontianak, ni memang satu tempat makan yang wajib aku singgah, pekena ayam kampung dia bersama-sama dengan jus alpukat dan teh botol sosro dingin memang terangkat sampai ke bulan katenyer....hahaha 

Makan kat sini pun sodap baq hang

Jus alpokat! Kegemaran zaman berzaman
Ni lah dia nasi ayam kampung tu
Nasi padang di Pontianak pun sungguh sedap
Selesai makan, sudahi dengan teh botol sosro dingin, mantappppp!!!

So buat korang yang ada hajat nak datang ke Pontianak, tak yah lah takut-takut ye, kat sini takde "Pontianak" yang hisap darah orang tu, yang ada cumalah "Pontianak" yang macam Maya Karin jer...hihihi



Happy backpacking! 

Wassalam. 

49 comments:

  1. pontianak rupa paras edward cullen ada tak?

    hihi...lapa serta merta tgk nasi padang tu!!

    ReplyDelete
  2. Pontianak memang tak seterkenal kota-kota wisata lain di Indonesia, ini mungkin disebabkan karena pemerintah tidak terlalu serius menggarapnya. Baik dari objek wisata itu sendiri maupun infrastruktur pendukung lainnya.

    ReplyDelete
  3. Umrah dah pergi? bukan apa saja tanya. Travel banyak2 negara seluruh dunia. Tapi sayang kalau Umrah yang wajib dan simple dan murah tu x g lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masa pula Umrah itu wajib? Kalau fardhu haji, saya fahamlah ia wajib.

      Delete
    2. Bodoh punya komen. Memalukan!

      Delete
    3. Engkau tu dah pergi ke? Kalau perlu mutawif aku boleh bawakan.

      Delete
    4. Hahahaha komen bodoh bitter busy body tanya pasal umrah. Dasar katak bawang. Biarlah org nk travel mana pun

      Delete
  4. Good bro...
    Tulisanmu mencetuskan inspirasi...
    Abaikan kata2 negatif sbb manusia mmg begitu sifatnya...
    Tulisan yang sangat berguna untuk orang lain...insyaAllah mendatangkn pahala yg berteruskn....
    Teruskan berkarya....

    ReplyDelete
  5. Good bro...
    Tulisanmu mencetuskan inspirasi...
    Abaikan kata2 negatif sbb manusia mmg begitu sifatnya...
    Tulisan yang sangat berguna untuk orang lain...insyaAllah mendatangkn pahala yg berteruskn....
    Teruskan berkarya....

    ReplyDelete
  6. Good bro...
    Tulisanmu mencetuskan inspirasi...
    Abaikan kata2 negatif sbb manusia mmg begitu sifatnya...
    Tulisan yang sangat berguna untuk orang lain...insyaAllah mendatangkn pahala yg berteruskn....
    Teruskan berkarya....

    ReplyDelete
  7. pontianak memang bagus. sesekali coba makanan seafood nya. sedap nya

    ReplyDelete
  8. Dulu dalam kepala ingat Pontianak ni tempat seram. Sgt berinformasi dan membuka matakuuu! Thanks bro sbb share. Yg duk kata pasai umrah tu, mohon terjun bangunan. Ni duk dalam gua mana zaman bila nak bash org traveling ni hihi

    ReplyDelete
  9. sy bercadang nak bacpack ke pontianak mei 2016.
    mcmna aspek keselamatan perjalanan di sana? sy akan naik bas dr kuching

    ReplyDelete
  10. agak2 mcm mana perjalanan pakai bas kalau musim hujan mcm nie ea?

    ReplyDelete
  11. good info, sy sekarang di serian, on the way nak ke pontianak dari bintulu, naik bas juga, sedikit hujan, tapi perjalanan setakat serian masih lancar, i will update my experience later

    ReplyDelete
  12. reached pontianak safely, moderate rain on the way, but does not hampers your journey, i stayed in Orchadz Ayani, 7-8 minutes walk to Ayani mall, but if you can, try to get hotels in the gajahmada district, central to everything, easy for u to move around, food is not a problem, plenty of choices, but seek local advice if u hv specific taste buds :) off to singkawang today, anybody wanna join me?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr bintulu straight to pontianak ke cik?

      Delete
    2. dari bintulu boleh, dari bandar lain pun boleh...

      Delete
  13. bro, transport dari terminal bas ambawang ke city centre macamana? apa option yang ada? thanks in advance

    ReplyDelete
  14. cheapest option pakai travel car Damry, just 35 ribu to city centre

    ReplyDelete
  15. Macamana pengangkutan di sana..ataupun memang jalan kaki sahaja..tugu khatulistiwa memang dekat ke dengan bandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengangkutan agak terhad, perlu pakai teksi, lebih elok kalau sewa kereta dengan supir, tugu khatulistiwa dalam 45-1 jam minit dari bandar bergantung pada keadaan traffic jalan raya

      Delete
  16. harga tiket basnye berlaku di kuching central atau ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiket bas boleh dibeli di semua kaunter jualan tiket cawangan bas, saya beli dari bintulu untuk tiket terus ke pontianak, harga berbeza beza ikut lokasi di mana tiket dibeli

      Delete
  17. Assalam
    Ada kedai bundle x d pontianak ni tuan?

    ReplyDelete
  18. You mesti cube semua makanan kat Pontianak. A lot of delicious food

    ReplyDelete
  19. saya dah banyak kali pegi sini. selalu guna bas je sebab saya ni memang takut nak naik kapal terbang. tp best gak naik bas sebab boleh tengok mcm2 time perjalanan tu. saya selalu guna bas damri so far okay sebab ada toilet kalau ada emergency tu blh laa guna toilet dlm bas tu. naik bas lain mcm sjs , eva dgn apa tah satu lagi tu lupa pulak nama dia pun saya pernah jugak. naik bas eva tu sbb nak try balik dr pontianak ke kuching. memang best sgt sbb sejuk je angin malam tambah lagi dgn aircond so saya pun tidur je sepanjang perjalanan celik je mata dh sampai kat imigresen. eva ni best sbb dia laju . ppengalaman naik bas sjs pulak aa nas ni sebijik mcm damri tp damri lg best sbb kerusi dia ada tmpt letak kaki mcm katil gitu tp sjs ni takde. tapi pun seronok juga sbb murah. saya tak stay kat mana2 hotel pun kat pontianak sbb ada saudara yg saya kenal kt sana saya salu je tumpang rumah dia. barang2 kat sana memang murah puas dh shopping ngehngehngeh. nanti 17 november ni nak pegi pontianak lagi ahahahah walaupun baru je pegi tahun lepas. tp jakarta tak pg lagi huhuhu

    ReplyDelete
  20. Kalau kawan2 perlukan transport yang murah kat pontianak boleh contact sya insyaAllah bs sy bantu +6281286115944

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercadang ke sana next month, harap dpt bantu. Sy pm nanti

      Delete
    2. boleh beri no contact supir kalao ada .mau liburan di pontianak.atau whasapp

      Delete
  21. Assalamualaikum n hai..sy tak berapa faham..kira nak masuk pontianak atau keluar dari pontianak kena stop utk imigresen..

    ReplyDelete
  22. Tak de jalan ke kraton kadariah pak cik?

    ReplyDelete
  23. Haiz, sy mau tnya, kalao guna bas Dr kuching ke pontianak, apakah bas itu lansung menghantar kita smpi ke pontianak??? Tak kira bas apa kita blepas Dr kuching, Atau berpindah bas setelah tiba di tembedu. MOHON di jawab nya ncik, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. langsung terus,hanya berhenti di Sempadan untuk pemeriksaan Immigration

      Delete
  24. Kalau kita beli brg di pontianak dan bwk balik guna bas, kena cukai tak kat kastam nanti?

    ReplyDelete
  25. Saya teringin benar utk backpacking dari Pontianak, melalui jalan darat ke penghujunh Sabah Tawau.
    Terima kasih banyak krn bnyk info yg saya dpt dari artikal utk ke Kuching.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari pontianak ke kucing, cuma 2/3 dari seluruh perjalanan... kalau nak ke tawau,perlu naik bas lagi dari kucing ke kota kinabalu, dan seterusnya dari kota kinabalu ke tawau... perlu dalam 2-3 hari kalau ikut jalan darat

      Delete
  26. Perjalanan menarik... Saya ingin berbagi article tentang Tokyo Towers di http://stenote-berkata.blogspot.hk/2018/03/tokyo-dilihat-dari-tokyo-tower.html
    Lihat juga video di youtube https://youtu.be/28hz6ndPV_g

    ReplyDelete
  27. saya teringin nak ke Pontianak, namun suami sentiasa mengatakan tiada apa di sana.. ingin pujuk dirinya untuk ke Pontianak.. boleh saya tahu, adakah jalan ke sana sudah semakin bagus? membawa kereta atau menaiki bas, yang manakah pilihan yang bagus?

    ReplyDelete
  28. Assaalm nak tanya..ni trip bulan berapa ye..langit biru

    ReplyDelete
  29. Assalam tq good info
    Saya dan suami bercadang kepontianak pertengahan nov 19 nanti by flight
    Sampai sana nak sambung perjalanan kekucing dgn menaiki bas

    ReplyDelete
  30. Terima kasih atas maklumat

    ReplyDelete
  31. Nk try pegi sana thn dpn habis mco.. Insya Allah

    ReplyDelete