Stockholm: Happy ending in Sweden!

2 Jun 2013

Bersambung daripada catatan yang sebelumnya, iaitu episod di restoran Lilla Karachi....

Kali ni aku dapat makanan yang begitu mengenyangkan, mana tak nya sebab dapat nasi kan. Siap makan 2 portion lagi tuh, standby tenaga untuk ke malamnya terus. Sambil makan aku jenguk-jenguk jugak ke meja sebelah yang ada 3 orang perempuan tadi. Dah siap makan, aku cuba menyapa diaorang... 

"Hi, where are you from?"

Salah seorang daripada mereka menjawab "I'm from Somalia, but currently living in Sweden for 20 years, and where are you from?" 

Lantas aku pun jawab je lah dari Malaysia. Aku bertanya lagi, "All of you are Muslim?" 

"Yes, we're Muslim", jawab perempuan yang tadi. 

Dah confirm semuanya Muslim, lantas aku pun bagilah salam dan menerima kembali ucapan salam daripada ketiga-tiga mereka. Alhamdulillah, tak sangka aku bertemu dengan saudara Islam di sini. 

Perbualan kami kat restoran tu berlanjutan agak lama. Selepas berkenalan dengan lebih dekat, rupa-rupanya mereka ni berketurunan Swedish-Somalian yang memang menetap di Sweden ni. Mereka bertiga adalah Leila, Fathima dan Isiya. Leila dan Fathima adalah adik beradik. Kedua-dua mereka masih belajar di salah sebuah universiti di Stockholm ni. Isiya pula sudah bekerja di salah sebuah syarikat di sini. Tak sangka, mereka mengenali Malaysia dengan lebih dekat juga, kata mereka selalu lihat kat iklan di TV tentang Malaysia. Leilla menaruh impian yang tinggi, katanya dia mau bekerja dan menetap di Malaysia. Aku harap impian Leilla itu tercapai suatu hari nanti, InsyaAllah...

Sedang kami rancak berborak, aku lantas mencelah "Do you know where can I find a mosque here?" 

Leilla, dengan penuh semangatnya menjawab "Yes, we have one big mosque here, I can show you if you want to visit the mosque, its nearby here" 

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat dipertemukan dengan saudara Islam yang baik budi pekertinya. Setelah selesai menjelaskan bil makanan tadi, kami mula bergerak untuk ke masjid yang dimaksudkan tadi. Lokasinya tak berapa jauh dari restoran ni, lebih kurang dalam 15-20 minit berjalan kaki. Tapi, sebelum kami bergerak ke masjid, aku terpaksa ke hostel dulu untuk ambik balik bagpack yang aku tinggalkan di luggage storage tadi. Kami sama-sama ke hostel dan lepas tu terus ke masjid. Fathima terpaksa meninggalkan kami kerana ada urusan, jadi Leilla dan Isiya sahaja yang menemani aku.

Selepas berjalan kaki hampir 25 minit, kami tiba di lokasi masjid. Alhamdulillah, aku tak sangka ada sebuah masjid yang agak besar di bandaraya Stockholm ni. Ketika kami sampai, masjid ni ditutup kerana bukan waktu solat. Untuk info, masjid-masjid di sini hanya dibuka pada waktu solat sahaja. Namun, Leilla dan Isiya pergi berjumpa dengan kakitangan yang menjaga masjid tersebut. Alhamdulillah, kami dibenarkan masuk ke dalam masjid dan sempat menunaikan solat di sini. 

Masjid Besar di Stockholm

Stockholm: What to expect in one full day?

2 Jun 2013:

Hari kedua di Stockholm. Hari ni aku bangun agak awal sebab effect jet lag masih terasa. Siap mandi-manda semua aku keluar untuk mencari bekalan makanan untuk breakfast pagi ni. Aku pusing-pusing di area Stora Nygatan ni je dan tak berapa jauh dari hostel yang aku stay ni aku ternampak sebuah kedai 7eleven. Pada fikiran aku mungkin ini je lah kedai yang aku mampu beli barangan makanan sebab faham-faham sajalah kat sini semua benda mahal-mahal. 

Untuk stok breakfast dan snek, aku beli 4 ketul croissant yang berharga SEK 49 (~RM 25) dan sebotol jus buah berharga SEK 20 (~RM 10). Ini adalah pilihan makanan dan minuman yang paling murah yang aku jumpa di kedai 7eleven ni.


Dah dapat semua bekalan makanan yang aku cari, aku terus balik ke hostel untuk breakfast di pantry hostel ni. Kat hostel ni korang boleh masak air dan buat kopi/teh sendiri. Selesai breakfast aku balik ke bilik untuk kemas barang-barang aku. Pagi ni jugak aku kena checkout dan tinggal bagpack aku di luggage storage. Hari ni full day aktiviti aku adalah untuk sightseeing di sekitar bandaraya Stockholm ni. Malam nanti aku perlu bermalam di airport, hehe...maklumlah nak jimatkan kos :p

Stockholm: Welcome to the Capital of Scandinavia!

1 Jun 2013: 

Due to jet lag, malam tadi memang aku tak lena sangat tidur. Jam 2 pagi aku dah sedar dan sampai ke siang tak dapat tidur dah. So awal pagi aku dah keluar ambil udara pagi di Warsaw nih dan terus ke restoran Kebab King yang aku pergi semalam. Misi kali ni adalah untuk tapau kebab sebagai makanan dan "snack on the go" aku bagi perjalanan ke airport nanti. Kali ni aku beli beef kebab roll berharga 11 zl (~RM 11). 

Selepas check out di Hostel New World St., aku terus bergegas ke bus stop "Foksal" yang tak jauh dari hostel. Aku perlu ambil bas #175 untuk ke Warsaw Chopin Airport semula. Tiket bas memang aku dah beli siap-siap semalam.

Pagi ni aku akan terbang ke Stockholm, Sweden, iaitu sebuah negara Scandinavia yang berjiran dengan negara Norway. Pada tahun 2011, musim autumn, aku pernah berkunjung ke Oslo, Norway, jadi sekurang-kurangnya aku dah ada idea sikit macam mana nak survive kat negara Scandinavia ni, even untuk 2 hari sahaja! haha.....

Untuk perjalanan Warsaw ke Stockholm, aku menggunakan penerbangan tambang rendah Wizz Air. Tiket dah aku tempah secara online di www.wizzair.com seawal 3 bulan sebelum dan harga yang aku dapat adalah EUR 44.34 (RM 177.35), termasuk charge bagi 1 large cabin bag. Wizz Air ni lain sikit, hand carry baggage pun kena charge sebanyak EUR 10 (~RM 40) kalau beg yang korang bawak naik tu lebih besar daripada dimensi yang dibenarkan. Tempat duduk dia pun adalah based on free seating. Penerbangan ke Stockholm pagi ni adalah pada jam 10.45 pagi dan tempoh penerbangan adalah 1 jam 30 minit. Tiada perbezaan waktu antara Warsaw dan Stockholm. 

Welcome to Sweden!
Aku tiba di Skavsta Airport, Stockholm on time iaitu pada jam 12.15 tengahari. Untuk info, di Stockholm ada dua buah airport utama iaitu Arlanda Airport dan Skavsta Airport. Skavsta Airport ni jauh sikit dari pusat bandar (~100 km) dan biasanya digunakan oleh low cost airline seperti Wizz Air dan Ryanair. Macam biasa, after arrival aku terus menuju ke Tourist Information Counter untuk dapatkan map dan guide pasal Stockholm.