Bangkok: All You Can D.I.Y!

Sawadee karp.... Karp kum karp....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Amacam dengan raya korang? Best? Tak best? Apa-apa pun hidup ni kena enjoyyyyy!!! (aku dah takde idea dah nak wat intro jadi macam ni lah jadinya...hahaha) 

Baiklah, entry kali ni aku nak share sikit pasal trip solo aku ke Bangkok baru-baru ni. Trip ni merupakan kali ke-5 kunjungan aku ke Kota Bangkok, tapi baru kali ni tergerak rasa hati nak tulis blog pasal Bangkok ni..hihi. Dalam entry ni aku akan share sikit macam mana korang boleh ronda-ronda di Bangkok dan kawasan sekitarnya secara D.I.Y (Do It Yourself). Diharapkan juga perkongsian aku kali ni dapat membantu sedikit sebanyak especially kepada first time traveller yang nak travel ke Bangkok ni.

Bangkok atau dalam bahasa Thai nya "Krung Thep" merupakan ibu negara Thailand, jiran kita di bahagian Utara nun. Kota metropolitan yang dihuni hampir 10 juta penduduk ni memang sangat terkenal dikalangan pelancong-pelancong dari seluruh dunia.

Ketibaan/Pelepasan di Bangkok

Penerbangan dari KL ke Bangkok cuma memakan masa selama lebih kurang 2 jam. Waktu tempatan di Bangkok pula sejam lambat berbanding waktu di KL. 

Welcome to Bangkok!

Di Bangkok ada 2 airport utama iaitu, Bangkok Suvarnabhumi Airport (BKK) dan Bangkok Don Mueang Airport (DMK). Kalau korang naik premium airlines macam Malaysia Airlines atau Thai Airways, korang akan landing di Suvarnabhumi Airport, tapi kalau korang naik low cost airlines macam AirAsia dan Malindo Air korang akan landing di Don Mueang Airport.

Dari Airport ke Pusat Bandar

Memandangkan baru-baru ni aku ke Bangkok menggunakan penerbangan AirAsia, jadi aku akan ceritakan macam mana nak ke city centre dari Don Mueang Airport, i mean cara yang termurah, backpacker's style :-)

Sebaik sahaja korang melepasi pemeriksaan imigresen, korang kena turun ke bawah guna escalator di arrival hall. Kemudian korang keluar je dari bangunan terminal tu dan cari Pintu Ketibaan No. 6. Perhatikan kat situ ada dia letak board yang tulis "A1 Bus". Jadi korang tunggu je kat situ. 


A1 Bus ni akan connect DMK Airport ke Mo Chit BTS Skytrain station & Chatuchak MRT station. Tiket berharga 30baht (~RM3) dan dibayar kepada konduktor di dalam bas. Perjalanan pula mengambil masa lebih kurang 30-40 minit bergantung kepada keadaan trafik. Dari BTS Mo Chit/MRT Chatuchak station ni, korang bolehlah nak kemana-mana destinasi lain yang boleh dicapai dengan menggunakan BTS Skytrain atau MRT (underground) dengan begitu mudah sekali. 

Bangkok BTS Skytrain 

BTS Skytrain di Bangkok ni lebih kurang sama la dengan sistem LRT atau monorail yang kat KL tu. Coach nye sangat selesa dan bersih. Harga tiket mengikut jarak sesuatu destinasi. Tiket biasa boleh dibeli di mesin-mesin tiket tetapi hanya boleh dibeli dengan menggunakan coins sahaja. Kalau korang tak de coins yang mencukupi, boleh la tukar kat kaunter tukaran wang syiling kat situ. Kalau nak beli one-day pass pula boleh beli kat kaunter. Harga one-day pass adalah 130baht (~RM13). 

Ticketing machine

The skytrain

Bangkok BTS Skytrain ni ada 2 lines, iaitu Sukhumvit line dan Silom lines. Tempat pertukaran antara 2 lines ni adalah di Siam station. 


Kat belakang tiket ada route map kedua-dua line

Penginapan di Bangkok

Kalau nak ikutkan spot backpackers di Kota Bangkok adalah di kawasan Khao San Road, tapi aku tak begitu gemar untuk stay di kawasan ni sebab terlalu pack dengan tourist dan agak crowded. Aku kalau ke Bangkok biasa akan stay di area Sukhumvit. Reason utama aku suka stay di area Sukhumvit ni adalah sebab dia less crowded dan mudah untuk dicapai menggunakan BTS Skytrain. 

Di Bangkok, aku pernah menginap di Padi Madi Guesthouse, yang terletak hanya bersebelahan dengan stesen BTS Thong Lo dan yang the latest trip ni aku stay di Imm Fusion Hotel yang berdekatan dengan stesen BTS On Nut. Kedua-dua hotel ni sangat strategik kerana jaraknya yang dekat dengan BTS Skytrain jadi senang nak bergerak kemana-mana saja. 

Di Imm Fusion Hotel baru-baru ni aku dapat harga promo RM150 untuk 3 malam. Sangat berbaloi dengan harga sebab biliknya sangat selesa, ada mini fridge, safety box, flat screen TV, telefon, bilik air yang bersih dan yang paling penting ada free wifi....hehe..


Hotel interior
Selesa dah...
Ada mini fridge jugak
Bilik air pun bersih

Makanan Halal di Bangkok 

Di Bangkok korang tak perlu risau sangat pasal nak cari makanan halal ni. Ada beberapa tempat yang korang boleh jumpa makanan halal di sini seperti di area Petchaburi dan Pratunam. Tapi aku lebih suka makan di muslim area di sekitar Petchaburi, berdekatan dengan Masjid Darul Aman. Kat sini boleh dapat banyak pilihan makanan selera Thai dan Malaysia. 

Macam mana nak ke sini? Senang je...

Kalau korang naik BTS Skytrain Sukhumvit line, turun di stesen Ratchatewi. Kemudian keluar ikut Exit No. 3 dan jalan terus je (membelok ke kiri sikit) sehingga jumpa Thanom Petchaburi road. Korang lintas jalan ni pergi seberang dan berjalan ke arah kiri. Di sepanjang jalan ni ada beberapa buah restoran halal seperti Restoran Mak Yah dan Restoran Farida. (First time aku nampak signage restoran Mak Yah tuh dari jauh aku ingatkan "Restoran Maknyah" hahaha...adoiiii, maafkan saya Mak Yah...) 



Kalau nak lebih banyak pilihan, korang jalan terus lagi ke depan sehingga jumpa simpang lorong ke kanan iaitu Soi Petchaburi 7. Korang masuk je simpang ni dan terus nampak Masjid Darul Aman di sebelah kanan jalan. Di sepanjang Soi Petchaburi 7 ni banyak pilihan kedai-kedai makanan halal, korang pilih la sendiri. Harga makanan-makanan di sini juga sangat berpatutan dan yang paling penting sedap-sedap weh...hihi

Soi Petchaburi 7
Masjid Darul Aman
Menu sebegini 100baht (~RM10). Tomyam makcik ni memang terbaeekkkkk!

Kalau korang berfikir-fikir macam mana nak spend 1 whole day kat Bangkok nih? Meh sini aku share... Dalam 1 hari korang boleh buat trip ke luar area Bangkok. My suggestion korang boleh buat trip ke Maeklong Railway Market dan Amphawa Floating Market. Tak yah guna mana-mana pakej tour pun, gi sendiri je barulah adventure kan.... 

Maeklong Railway Market 

Maeklong Railway Market ni terletak di daerah Samut Songkhram, iaitu lebih kurang 70km dari kota Bangkok. Market ni dikenali sebagai salah satu market yang paling berbahaya di dunia, sebab apa? Sebabnya aktiviti jualan di pasar ni dijalankan di sepanjang landasan keretapi yang masih berfungsi yang berdekatan dengan stesen Maeklong. Nah korang tengoklah sendiri, adoiiiii.....



Maeklong Market ni dikatakan salah satu market yang paling terkenal untuk mendapatkan bekalan seafoods yang segar-segar. Macam-macam ada dijual kat sini, antaranya..... 

Pekasam diaorang kot
Buah ni nama dia "fuck kao" in Thai ;)

Ramai orang datang ke sini untuk tengok train melalui kawasan market ni. Nah aku share detik-detik ketibaan train ke kawasan market ni. Ibarat nak sambut ketibaan raja atau menteri pulak aku rasa, hahaha...

1. Urusan jual beli di market berjalan seperti biasa.  




2. Sebaik sahaja hampir dengan waktu ketibaan train di kawasan ni, bunyi hon akan kedengaran. Para peniaga akan menarik payung teduhan mereka ke tepi. Jadi kelihatan landasan akan lengang bagi memberi laluan kepada train untuk melalui kawasan ni. Para pengunjung pula bersiap sedia dengan gadget masing-masing bagi merakamkan detik-detik penting nanti. 


Para peniaga mula menurunkan payung teduhan masing-masing
Landasan pun dah lengang, para pengunjung siap sedia dengan gadget masing-masing

3. The most awaiting moment, the train is approaching, aku apa lagi, selfie time!!!...wahhhh so close you know! Selfie-selfie jugak, safety first ok! Korang hati-hati time train ni lalu, kita nampak macam jauh dari kita yang berdiri kat tepi tuh tapi sekali dia lalu mak aiiii aku rasa macam sejengkal je jarak dia dengan kita.

1.....
2.....
3.....

4. Sebaik saja train melepasi kawasan market ni, para peniaga menurunkan semula payung teduhan dan urusan jual beli kembali seperti biasa. Semuanya berlaku begitu pantas, rasa-rasanya tak sampai 5 minit kot..amazing!!!!!

Aktiviti jual beli kembali seperti biasa

Train akan stop di Maeklong Station selama lebih kurang 30 minit sebelum ia berpatah balik
Train meninggalkan Maeklong Railway Market, bye!

Oh ye mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana kita nak tau bila masa train akan lalu kawasan market ni? Sebenarnya jadual train tak tetap dan sentiasa berubah-ubah. Tapi yang pastinya train akan lalu 2 kali di sebelah pagi dan 1 atau 2 kali di sebelah petang. Macam aku hari tu sempat catch train yang lalu dalam jam 9.40 pg. So apa yang korang perlu buat sebaik saja sampai ke Maeklong ni, korang pergi dulu ke stesen dia. Kat stesen nanti korang boleh tengok waktu train lalu kat kawasan ni sebab diaorang ada letak kat board. Jadi sementara tunggu train sampai tu, korang jalan-jalan lah dulu di sekitar market ni. 

Macam mana nak ke Maeklong Railway Market? 

Senang je. Kalau dari Bangkok, korang naik BTS Skytrain Sukhumvit line dan turun di stesen Victory Monument. Keluar guna Exit No. 4, then korang akan nampak bangunan dealer Suzuki. Jalan depan sikit then korang akan nampak stesen minivan di sebelah kiri.

Stesen minivan untuk ke Maeklong/Amphawa/Damnoen

Kat stesen minivan ni ada beberapa kaunter tiket, macam aku hari tu beli tiket kat kaunter no. 1 yang ada tulis Maeklong/Amphawa/Damnoen. Harga tiket sehala ke Maeklong ialah 70baht (~RM7), murahkannnnn. Biasanya minivan ni akan bertolak jika van dah penuh, tapi macam hari tu kul 8.00pg even tak ramai orang pun dia jalan je. Perjalanan dari Bangkok ke Maeklong memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. 

Amphawa Floating Market 

Sekiranya korang melawat Maeklong Railway Market pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, aku cadangkan selepas selesai tour di Maeklong Railway Market, korang terus sambung ke Amphawa Floating Market, sebab lokasi kedua-duanya berdekatan. 

Make sure korang ke sini dalam tengahari sikit sebab aktiviti di sini bermula seawal jam 12.00 tengahari tapi tak berapa crowded sangat lagi. Lagi lewat petang lagi happening kat sini. Kalau korang nak bermalam kat sini pun boleh sebab ada guesthouse juga kat sini. Malam-malam biasa orang datang ke sini untuk tengok kelip-kelip. 

Ni gambar-gambar di sekitar Amphawa Floating Market. Malas aku nak cerita sejarah dan latar belakangnya, korang tanya encik google je lah...hahaha.




Macam mana nak ke Amphawa Floating Market dari Maeklong Railway Market? 

Ok, kat Maeklong Railway Market tu korang akan nampak ada satu kedai Seven Eleven. Korang gi je kat 7e tu dan korang akan nampak ada kenderaan-kenderaan warna biru (local peoples call it songthaew) bersusun kat situ. Korang tanya je orang-orang kat situ yang korang nak gi Amphawa, nanti diaorang akan tunjuk nak naik songthaew yang mana. Tambangnye murah jer, cuma 8baht (~80sen) dan perjalanan ke Amphawa memakan masa lebih kurang 20 minit. Kalau korang tak sure mana nak turun, suruh je orang-orang local yang naik sekali tu tekan butang bila dah sampai ke Amphawa. Jangan risau, orang-orang local kat kawasan ni sangat peramah dan membantu even tak boleh cakap omputeh...hihi 

Dah habis round-round kat Amphawa Floating Market ni, macam mana pulak nak balik ke Bangkok semula? Jangan risau, senang je. Kat tepi main road (berdekatan dengan jambatan) kat Amphawa tu ada perhentian minivan, jadi korang beli tiket minivan balik ke Bangkok kat situ. Harga sehala ialah 80baht (~RM8). Minivan yang paling last ke Bangkok pukul 8.00 malam. 

Minivan stop at Amphawa


Jadi selesailah aktiviti untuk sehari di Bangkok dengan kunjungan ke Maeklong Railway Market dan Amphawa Floating Market ni. The best thing is I only spent *242 baht (~RM24.20) untuk segala macam transportation pada hari ini...yeahhhhhhhh. Nothing is impossible right, you can Do.It.Yourself!!!!! 

*BTS skytrain Hotel-Victory Monument (return): 84 baht 
*Minivan Bangkok-Maeklong: 70 baht 
*Songtheaw Maeklong-Amphawa: 8 baht 
*Minivan Amphawa-Bangkok: 80 baht  

Sampai sini dulu lah story part 1 aku di Bangkok. Next entry aku akan share kan pula macam mana nak ronda-ronda di sekitar Kota Bangkok termasuk mengunjungi Chatuchack Weekend Market. So, please bear with me...hahaha

Happy backpacking, daaaaa....

Wassalam. 

17 comments:

  1. That hotel look amazing! RM 150 for 3 night is wayyyyy reasonable. Berbaloi baloi sangat! Btw, untunglar dapat selfie kat Maeklong. Masa gi Maeklong tue, tak wujud lagi benda alah nama Monopod tue. :D

    ReplyDelete
  2. Bagus sekali experience you nie and worth it travel cam nie.

    ReplyDelete
  3. nak tanya mcm mne dpt promotion hotel 3 malam rm150 tu? saya tgk harga 1 malam pon dah cecah rm150.

    ReplyDelete
  4. hebat experience u olssss...akan di gunakan masa travel ke bangkok next week..thanks for sharing!

    ReplyDelete
  5. Info yg sangat2 membantu, please sambung Part 2, pls!!! thanks a lot

    ReplyDelete
  6. Good Info.,Thanks a lot...tapi for part 2 ???still waiting ...pls....Barakallah

    ReplyDelete
  7. SALAM..

    PASAR NI ADA WEEKEND SAHAJA OR WEEKDAYS PUN BUKA?

    ReplyDelete
  8. Sape2 nak pi Bangkok by train December ni jom?

    ReplyDelete
  9. Terima kasih banyak atas info yg sangat baik...saya akan ke san 15 dis 2015 ni

    ReplyDelete
  10. hi, salam I nak Tanya.. boleh tak dari tempat you naik van tu building Suzuki,hantar ke amphawa je? if I tak nak pergi maeklong railway market.

    ReplyDelete
  11. kalau nak pergi choypraya river, kena berhenti kat bts mana yang terhampir

    ReplyDelete
  12. Berhenti kat bts saphan thaksin. Turun je dah jumpa jeti boat

    ReplyDelete
  13. salam bro.. part 2 bangkok bleh update x.. mintk jasa baik utk tulis blog pasal bangkok part 2.. please.. kami rancang pergi sana bulan 9 nanti.. so skng tngh nk mencari dan kumpul iti selengkap mungkin.. tq

    ReplyDelete
  14. Info terbaik...mgu dpn pi solo...bljr...

    ReplyDelete
  15. Good sharing bro. Bila nk g lagi bleh joint hehe

    ReplyDelete
  16. Hai , ada yang full part ke? saya jumpa part 1 saja di blog ni.

    ReplyDelete
  17. Sukhumvit dan silom....mana lagi best? Untuk golongan pertengahan...belanja yg sederhanaa...

    ReplyDelete