Keunikan Adat Rambu Solo Suku Kaum Toraja, Sulawesi Selatan

Sulawesi (yang dahulunya juga dikenali sebagai Celebes) merupakan sebuah kepulauan di Indonesia. Ia terletak di antara Kepulauan Borneo dan Maluku. Sulawesi ini pula terbahagi kepada enam bahagian (Provinsi) iaitu Sulawesi Utara, Gorontalo, Sulawesi Tengah, Sulawesi Barat, Sulawesi Tenggara dan Sulawesi Selatan. 


Peta Kepulauan Sulawesi, beserta dengan kedudukan Tana Toraja di utara Makassar.



Baru-baru ini saya berkesempatan membuat trip backpacking ke Sulawesi Selatan, iaitu ke Makassar. Makassar (atau nama lainnya ialah Ujung Pandang) merupakan ibu negeri kepada Sulawesi Selatan, malahan ia juga merupakan kota terbesar di Kepulauan Sulawesi ini. Untuk ke Makassar, AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus (satu penerbangan setiap hari) dari Kuala Lumpur. Penerbangan Kuala Lumpur-Makassar mengambil masa lebih kurang 2 jam 50 minit. Tiada perbezaan waktu antara waktu tempatan di Makassar dengan waktu di Kuala Lumpur.

Di Makassar, anda akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, yang terletak lebih kurang 17 km dari pusat bandar Makassar. Untuk ke pusat bandar Makassar, anda boleh menggunakan perkhidmatan Bus Damri, tiket sehala ialah IDR 20.000 (~RM 6.50). Selain itu, boleh juga menaiki teksi. Perjalanan ke pusat bandar mengambil masa lebih kurang 30 minit bergantung kepada trafik. Tahu-tahu sajelah Indonesia ni sangat terkenal dengan "kemacetan" jalan rayanya, hehe... 

Tujuan saya ke Sulawesi ini sebenarnya adalah untuk berkunjung ke suatu daerah tanah tinggi terpencil di Sulawesi Selatan, iaitu Tana Toraja (Toraja Land). Tana Toraja terletak kira-kira 328 km ke utara Makassar. Ia terkenal dengan nama jolokannya iaitu "Land of The Heavenly Kings".    

Bagaimana nak ke Tana Toraja dari Makassar?

Sebelum ini terdapat penerbangan di antara Makassar dengan Tana Toraja, tetapi perkhidmatan tersebut telah tamat kerana ia adalah atas dasar subsidi daripada Pemerintah Indonesia. Jadi, buat masa sekarang cara terbaik untuk ke sana adalah dengan menaiki bas. Terdapat banyak syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari Makassar ke Tana Toraja, antaranya Litha & Co., Bintang Prima, Bintang Timur, New Liman, Metro Permai dan beberapa lagi. Kebiasaannya tiket boleh dibeli secara terus di sana. Harga untuk perjalanan sehala adalah antara IDR 75.000 - 100.000 (tanpa penghawa dingin) sehingga IDR 120.000 - 150.000 (dengan penghawa dingin).

Perjalanan dari Makassar ke Rantepao (pusat bandar bagi Tana Toraja) mengambil masa lebih kurang antara 8 hingga 10 jam lamanya. Perjalanan akan melalui beberapa bandar utama seperti Parepare, Pinrang dan Makale. Pastikan anda membawa bekalan makanan dan minuman anda sepanjang perjalanan ini. Di sepanjang perjalanan, bas akan berhenti di beberapa tempat untuk persinggahan sementara ke kamar kecil (tandas), hehe...

Suku Kaum Toraja

Toraja, merupakan salah satu etnik pribumi di Sulawesi Selatan yang mendiami kawasan Tana Toraja. Majoriti daripada mereka beragama Kristian, iaitu selepas Kristian mula diperkenalkan di daerah ini sekitar tahun 1913. Sebelum itu, mereka berpegang kepada ajaran yang dikenali sebagai "Aluk To Dolo". 

Upacara Pemakaman Mayat Suku Kaum Toraja

Salah satu budaya unik yang dimiliki oleh suku kaum Toraja ini ialah upacara pemakaman mayat. Upacara ini biasanya dikenali sebagai "Rambu Solo" ("rambu" = asap, "solo" = turun), iaitu suatu situasi yang menggambarkan keadaan berdukacita di kalangan mereka. Satu lagi istilah yang diajar kepada saya ialah "Rambu Tuka" ("rambu" = asap, "tuka" = naik), iaitu situasi yang menggambarkan kebahagian, kesenangan dan keceriaan, dan biasanya dirujuk kepada upacara-upacara seperti pernikahan, menuai padi dan meraikan pembinaan sebuah rumah. 

Upacara pemakaman mayat etnik Toraja ini adalah salah satu adat yang sangat unik. Semakin tinggi taraf dan kedudukan seseorang itu, maka semakin tinggi kos yang diperlukan untuk menganjurkan upacara Rambu Solo ini. Tambahan juga, kehadiran tetamu ke upacara ini adalah dari seluruh pelusuk Indonesia dan ada juga kaum keluarga yang datang dari luar negara. Kebiasaannya, upacara ini diadakan antara bulan Julai hingga September dan pada bulan Disember, kerana waktu ini merupakan waktu cuti panjang dan membolehkan kaum keluarga yang tinggal jauh dapat hadir ke majlis ini. 

Dalam adat suku kaum Toraja ini, selepas seseorang itu meninggal dunia, mayatnya tidak akan dikebumikan secara terus. Pada mereka, "si mati" itu sebenarnya belum meninggal dunia, tetapi hanyalah "sakit". Maka, ia akan disimpan dahulu untuk suatu tempoh (berbulan-bulan hingga bertahun-tahun lamanya) sehinggalah upacara Rambu Solo itu diadakan. Sebagai contoh, upacara Rambu Solo yang saya hadiri pada kunjungan saya yang lalu diadakan selepas 7 bulan si mati itu meninggal dunia. Bayangkan! 

Kebiasaanya, upacara ini diadakan selama beberapa hari dan boleh juga berminggu-minggu lamanya. Tempat di mana upacara ini diadakan dikenali sebagai "Rante". Di sini, anda boleh melihat banyak kerbau diikat dan khinzir-khinzir juga bergelimpangan menunggu masa untuk disembelih. Di sekeliling "rante", terdapat pondok-pondok kayu yang dibina (dikenali sebagai "lantang") untuk menempatkan para tetamu yang hadir.

Suasana di tempat upacara
Kerbau-kerbau diikat sebagai persiapan untuk upacara Rambu Solo

Pada kunjungan tersebut, saya juga berkesempatan berbual-bual dengan ketua keluarga yang menguruskan Rambu Solo pada hari tersebut. Katanya, hari itu adalah hari "penerimaan tamu" (hari terbuka kepada kaum keluarga terdekat), iaitu salah satu daripada komponen upacara Rambu Solo. Pada hari sebelumnya telah berlangsung acara pemindahan mayat dari rumah duka menuju ke tempat upacara ini. 

Keranda ditempatkan di tingkat atas Tongkonan di tapak upacara




Kira-kira jam 10 pagi, kedengaran bunyi tumbukan lesung oleh sekumpulan wanita. Ia menandakan upacara akan dimulakan. Di penjuru yang lain pula, kelihatan tiga orang lelaki berpakaian merah bata dan berselempang putih menarikan tarian "pa'randing" sambil membawa perisai bersama mereka. Di belakang ketiga-tiga lelaki tadi, rombongan kaum keluarga akan mengikutnya dan bergerak menuju ke salah satu pondok tempat penerimaan tetamu.




Kaum kerabat keluarga menuju ke sebuah pondok tetamu


Kaum kerabat keluarga diiringi oleh Penari Pa'randing
Di Pondok Penerimaan Tamu

Setelah ahli keluarga tadi duduk di pondok tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki yang berpakaian serba oren dengan kain hitam yang menutupi paras pinggang hingga ke kaki masuk ke bahagian hadapan pondok tersebut. Kumpulan lelaki ini dikenali sebagai "To Ma'badong". Mereka membentuk sebuah bulatan dan berpegangan tangan, sambil menari dan menyanyikan mantera kematian. 

Kumpulan lelaki yang menyanyikan mantera kematian

Acara diteruskan lagi dengan pengumuman oleh juru acara yang membacakan pemberian hadiah (kebiasaanya khinzir & kerbau) yang dibawa oleh para tetamu. Sebenarnya upacara ini berlangsung sehingga lewat petang dan malam kerana terdapat beberapa lagi acara yang lain seperti acara laga kerbau dan jamuan makan, tapi saya tidak berkesempatan kerana harus ke tempat lain lagi. Jadi, setelah selesai upacara Rambu Solo ini, barulah mayat tadi akan disemadikan. Kebiasaannya, mayat tersebut akan disimpan di pondok khas atau akan dimakamkan pada dinding-dinding gua batu di sekitar kawasan Tana Toraja ini.


Mayat dimakamkan di dalam dinding batu selepas upacara Rambu Solo selesai

Itulah sebahagian daripada upacara pemakaman mayat yang begitu unik di kalangan suku kaum Toraja di Sulawesi Selatan ini. Semoga catatan saya ini dapat membantu member-member yang lain sekiranya ada yang ingin berkunjung ke sana nanti. 

Wassalam....

11 comments:

  1. TK. Paparan yang menarik. Pernah saya cuba overland drp Makassar ke Manado tetapi tidak dibenarkan atas faktor keselamatan.
    Jadi sekarang bagaimana ?. Masih adakah lagi sentimen perkauman diantara Islam dan Kristian dilokasi ?. Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far yg saya pergi hari tu tiada masalah yg melibatkan sentimen agama. Even di tempat upacara tu pun, mereka menghormati saya yg sedang berpuasa dan tidak menghidangkan minuman/makanan...

      Delete
    2. Hi prnh x gi indo guna jln Laut lgi best

      Delete
  2. Menarik pengalaman tuan! Bagus kalau dapat diberikan keseluruhan tambang perjalanan dari Malaysia ke sana dan pengangkutan di sana serta makan minum disana. Juga penginapan di sana. terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Waaa... ini agak menyeramkan ikut uapcara mcm tu.. tapi seronok jugak tgk budaya orang lain.. hehehee..

    Perjalanan yang baik.. tapi best juga jika diserta kan dgn kos2 dalam trip ni seperti kata AzaleaAyu tu.. by the way thumb up :D

    ReplyDelete
  4. asslm..crte yg mnrik..kebetulan sye ad darah org toraja

    ReplyDelete
  5. Datanglah ke tawau.disini lagi banyak tator black metal

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat tuan dengan perkataan "black metal" seperti merujuk bahawa bangsa toraja ini satu kaum yang bersifat ganas. seharusnya tuan mengenali lebih mendalam dalam suatu bangsa itu sebelum membuat sentimen seperti ini agar tidak membuat satu provokasi. Terima kasih.

      Delete
  6. saya pernah sampai ke Toraja, tapi masa tu tidak terkena ketika adanya Rambu Solo , untung Tuan dapat menyaksikannya..
    Masuk tak ke gua pengkebumian di Londa?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete