Salju di Georgia

Georgia, merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Caucasus Euroasia, iaitu di sebelah Barat Benua Asia dan Timur Benua Eropah. Negara Georgia ini berjiran dengan negara Russia di sebelah utaranya, negara Turki dan Armenia di sebelah selatannya serta negara Azerbaijan di sebelah tenggara.

Kedudukan negara Georgia



Semasa winter 2012, saya berkesempatan mengunjungi negara yang begitu jarang menerima kedatangan pelancong asing ini. As a Malaysian, kita berpeluang mengunjungi negara Georgia ini tanpa visa untuk tempoh selama 360 hari! Lama tuh beb, and once again, Im proud to be Malaysian :-) 

Saya ke sana hari tu dengan menggunakan penerbangan Qatar Airways dari Singapore ke Tbilisi, transit di Doha dan melalui Baku, Azerbaijan. Matawang yang digunakan di sana adalah Georgian Lari (GEL). 

Georgian currency

Tbilisi, yang dahulunya juga dikenali sebagai Tiflis, merupakan ibu negara Georgia yang terletak di sepanjang Sungai Mtkvari. Semasa di sana, saya menginap di Rover Hostel yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Tbilisi dan berdekatan dengan Liberty Square.
The hostel
Di sepanjang tempoh 1 minggu berada di sana, salji turun agak lebat pada kebanyakan harinya. Ni saya kongsikan serba sedikit panorama-panorama indah Bandar Tbilisi semasa musim salji. 


Freedom Bridge
Giant Piano
The Masjid
Sulphur Bath; sauna ala Georgia
Fort Narikala
Panorama Bandar Tbilisi dari Fort Narikala
Freedom Square

For Muslims, kalau nak cari makanan halal di sana, bolehlah cari di mana-mana kedai Turki atau Azerbaijani. Kat area masjid terdapat beberapa kedai halal dan begitu mudah untuk dijumpai. Antara makanan tradisi Georgia yang mesti anda cuba ialah "Khinkhali", seakan-akan dumpling yang berintikan daging, kentang, cendawan dll.


Khinkhali
Azerbaijani Bakhlava

Selain Tbilisi, saya juga berkesempatan mengunjungi satu kawasan tanah tinggi yang sangat popular di sana bagi penggemar-penggemar sukan ski, iaitu Bakuriani. Bakuriani ni merupakan sebuah resort ski yang terletak di daerah Borjomi. Perjalanan menggunakan van dari Tbilisi ke Bakuriani mengambil masa lebih kurang 4 jam. 

Ni antara gambaran di sekitar Bakuriani. 

Budak-budak baru balik sekolah
Lihatlah betapa dalamnya salji nih!
Bersama keluarga di tempat penginapan di Bakuriani
Antara makanan berupa jeruk untuk musim dingin
Jom ski sekali!
Ini pula antara ole-oleh khas Georgia yang boleh dibawa pulang ke Malaysia untuk dihadiahkan kepada teman-teman kita.



Secara keseluruhannya, Georgia menjanjikan banyak tempat-tempat menarik yang jarang diterokai oleh kebanyakan pelancong asing. Anda tidak perlu risau tentang aspek keselamatan di sana kerana sepanjang pengalaman saya di sana, keadaan di mana-mana sahaja aman dan tenteram, cuma yang mungkin mendatangkan masalah adalah dari aspek bahasa. Kebanyakan mereka menggunakan bahasa local iaitu Georgian language atau Russian language, tidak ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Apa-apa pun, bagi saya masyarakat Georgia adalah salah satu komuniti yang paling baik dan friendly yang pernah saya jumpa di sepanjang pengembaraan saya setakat ini. One fine day, I wish to visit Georgia again, InsyaAllah. 

Wassalam.

5 comments:

  1. Replies
    1. Salam. Saya hari tu kat sana takde proper itinerary, main redah je. Kalau area city centre most places can be reached by foot only. Kalau gi time winter, its worth it to visit Bakuriani and ski di sana. Kalau nak lebih adventure lagi, try masuk Armenia by train and apply visa on arrival kat border.

      Delete
  2. done follow sini no. 17
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat jalan-jalan tengok negara orang dan keindahan ciptaan Allah ye Zali.

    ~Vitamin Hatiku

    ReplyDelete
  4. Gambar2 cenderahati yang ditunjukkan nampak sangat2 menarik dan unik..

    ReplyDelete