3 in 1 Holiday: The Journey Begins...

Pada 8 hingga 15 Oktober 2011 yang lalu, aku berpeluang pergi bercuti secara backpacking ke 3 buah negara iaitu Qatar, Britain dan Norway. Sebenarnya trip kali ni adalah tidak dirancang sangat pun, semua persiapan hanya dilakukan seminggu sebelum aku berlepas!...gile ke tak gile tuh..ho ho ho... 

Ceritanya bermula apabila aku terima email daripada Qatar Airways (sistem penerbangan Nasional bagi negara Qatar) yang menyatakan ada promosi tambang murah ke Oslo, Norway. Qatar Airways (QR) ni baru mula buka laluan dari Doha ke Oslo. So dia buatlah promosi tambang murah...mak aii terkejut aku tengok promotion fare dia dari KL ke Oslo..tersangatlah murah! Aku dapat tiket dengan harga RM 1293.00 (all in return ticket)...so aku terus je beli tiket dari KL ke Oslo, tetapi aku harus transit di Doha International Airport terlebih dahulu. Untuk info, Qatar Airways adalah salah satu syarikat penerbangan antarabangsa yang bertaraf 5 bintang dan ia telah dinobatkan sebagai Airline of the Year 2011 by Skytrax. Untuk maklumat lanjut, korang semua bolehlah melayari laman sesawang Qatar Airways di www.qatarairways.com untuk mendapat maklumat berkaitan promosi-promosi tambang murah ke destinasi-destinasi tertentu. 

Masa beli tiket tu tengok2 aku kena transit di Doha selama 19 jam 40 minit!!! mak aii lamanye...tapi takpe, ini satu peluang untuk aku ronda2 di Doha dulu, sambil menghayati kehidupan di negara Timur Tengah. Apa yang lebih menggembirakan aku lagi, kebetulanlah pulak, sorang makcik aku memang duduk di Doha ikut husband dia kerja di Doha...dah lama jugaklah hampir 5 tahun dah dia kat sana. So apa lagi, aku terus mesej dia yang aku akan transit di Doha dalam perjalanan ke Oslo nanti. Makcik aku bagi greenlight sebab kalau ikutkan aku tiba di Doha hari Sabtu. Kalau korang nak tahu, di Qatar cuti hujung minggu diorang adalah pada hari Jumaat dan Sabtu (macam di negeri Terengganu dan Kelantan le). Pulak tu hari Sabtu Pak Su aku tu tak kerja so boleh la dia bawak aku jalan ronda2 bandar Doha..hehe... 

Lepas je beli tiket Qatar Airways tu aku terus buka world atlas nak kaji sikitlah kedudukan negara Norway ni. Lepas tengok map barulah clear sikit pasal negara Norway ni. Negara Norway ni terletak di sebelah Barat negara Sweeden. Ibu negara Norway adalah Oslo. Ia tergolong dalam negara Scandinavia. 

Kedudukan negara Norway di peta dunia


Lepas tu tengok2 Norway ni pulak tak berapa jauh dengan United Kingdom (UK). So aku pun berfikirlah jugak...alang2 aku dah ke Europe ni baik aku pergi London terus. Aku pun tanyalah dengan kawan aku yg baru balik dari bercuti di Eropah baru2 ni. Dia cakap kalau nak tiket flight murah di sekitar Europe guna RyanAir (ala2 AirAsia kitalah)..so aku pun check la website dia, www.ryanair.com. Pastu aku cuba la check tiket dari Oslo ke London. Tiket Oslo-London agak berpatutan dan aku terus je beli return ticket Oslo-London-Oslo. Aku dapat dengan harga NOK 350.00 / RM 195.00 (*NOK=Norway Kroner).  Di London nanti aku akan turun di Stansted Airport. Kalau korang nak tau di London ada beberapa buah airport seperti Heathrow Airport, Stansted Airport, Gatwick Airport dan Luton Airport. Dah settle beli tiket flight semua..arghhhhhh tak sabar rasanya nak terbang... 

 *Jauh perjalanan, luas pandangan, banyak pengalaman, tambah kenalan...hehehe...

3 comments:

  1. wow!!! sooo impressive with your travel plan....rezeki tu :)

    ReplyDelete
  2. Nice plan..Huhu..Kita pon rasa excited 😁

    ReplyDelete
  3. jauh berjalan tuuh., skrg dh covid xleh nk travel ., huhuhu

    ReplyDelete