Doha - Oslo - London

Seawal jam 4.30 pg aku dah bangun untuk bersiap ke Doha Airport untuk meneruskan perjalanan ke Benua Eropah. Selepas menjamah sedikit light breakfast, aku terus ke Doha Airport menggunakan teksi yang dah di book oleh Pak Su aku. (Tq to Pak Su & Mak Su for the great hospitality...hehehe). 

Aku tiba di airport kira2 jam 6.30 pg (waktu Doha). Kali ni aku tak perlu check in lagi di Doha Airport ni kerana petugas Qatar Airways di KLIA semalam dah check in kan untuk aku terus ke Oslo.
Boarding pass Doha-Oslo
Dengan boarding pass yang dah sedia ada pada aku ni, aku terus saja ke Immigration Control. Selepas clear semuanya, aku terus ke ruang menunggu di Departure hall. Sekali lagi penumpang dari bangunan terminal Doha Airport akan dibawa ke pesawat degan menggunakan bas. So jangan sesekali lewat sebab nanti akan tertinggal bas...hehehe... Ok, now clear for departure to Oslo, Norway :-) 

Penerbangan Doha-Oslo berlepas on time pada jam 8.25 pg dengan nombor penerbangan QR 953 dengan menggunakan pesawat Airbus A330-300. Pesawat kelihatannya agak penuh dengan rata-rata penumpangnya terdiri daripada mat salleh-mat salleh Norwegian yang nak pulang ke kampung halaman mereka, hehehe. Pesawat dijangka mendarat di Oslo Gardermoen Airport pada jam 2.40 ptg waktu Oslo.


Sebaik sahaja pesawat membelah awan nano Doha, aku cepat2 snap beberapa keping gambar panorama Bandaraya Doha dari udara. Nah aku share gambaran Bandaraya Doha dari view udara..cantik kan! 


Hidangan sarapan pagi yang menyelerakan
Snack
Setelah lebih 8 jam penerbangan, pesawat mendarat dengan selamatnya di Oslo Gardermoen Airport dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai. Keluar je dari perot kapal terbang, aku terus bergegas ke pemeriksaan imigresen. Nasib baik tak kena soal siasat banyak sangat...hehe...legaaaaa. 

Stamped!
Oslo Gardermoen Airport (Gardermoen Oslo Lufthavn dalam bahasa Norway) ni cantik, aku suka design dia. Kebanyakan ruang lantainya diperbuat daripada kayu yang berketahanan tinggi, simple but nice!


Selamat tiba di Oslo Gardermoen Airport
Dah clear semua, aku terus ke Information Counter nak tanya kat mana mesin untuk aku claim tiket train yang dah aku beli online sebelum ni. 

Btw, aku sebenarnya nak ke another airport iaitu Oslo Rygge Airport untuk terbang ke London. Untuk ke sana dari Gardermoen Airport ni aku perlu naik train yang terletak di tingkat bawah airport ni dan stop over kat Oslo Sentral/Oslo S (ala-ala KL Sentral). Di Oslo S nanti pula aku perlu tukar satu lagi train untuk ke Rygge. Untuk perjalanan menuju ke Rygge Airport, aku guna servis NSB Regiontog Train. Perjalanan dari Gardermoen Airport ke Rygge Airport mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kos tiket train sehala dari Gardermoen Airport ke Rygge Airport adalah NOK 240.00/RM 135.00. Train aku bertolak jam 5.08 ptg dan sementara tunggu train aku study map Oslo dulu sikit2..hehe 


Tiket Train dari Oslo Gardermoen Airport ke Oslo Rygge Airport
Train station terletak di bawah bangunan terminal Oslo Gardermoen Airport
Untuk makluman korang,  negara Norway ni adalah salah sebuah negara yang mempunyai kos sara hidup yang tertinggi di dunia. Pada tahun 2011, negara Norway menduduki tempat pertama dalam ranking negara2 dengan kos sara hidup yang tinggi, diikuti oleh Switzerland dan Denmark. So jangan terkejutlah kalau korang sampai sana tengok harga semua benda mahal-mahal..huhu. Sebagai contoh, air mineral bergas berisipadu 0.7L yang aku beli ni berharga NOK 60.00 / RM 35.00!!!! huhuhu 

Sebotol air mineral bergas berharga NOK60.00 / RM35.00
Jam dah pun menunjukkan hampir pukul 5.00 ptg. Suhu pulak bukan main sejuknya. Time tu suhu hampir mencecah 4'C. Sebentar lagi train yang akan aku naiki akan tiba di sini. Untuk perjalanan dari Oslo Gardermoen Airport ke Oslo Sentral, aku perlu menaiki train No. 324 menuju ke Skien. Di Oslo Sentral nanti, aku perlu transit selama 26 minit sebelum menaiki train No. 127 yang menuju ke Gothenburg untuk ke Oslo Rygge Airport. 

Di sepanjang perjalanan dalam train, aku sempat bersembang dengan seorang penumpang yang duduk di sebelah aku, seorang Norwegian women bersama anak angkat dia yang berasal dari China. Melalui perbualan tu lah aku tanya serba sedikit kat mana tempat2 yg wajib aku lawati di Oslo ni nanti setelah kembali dari London. Bagi aku, orang2 Norway ni memang sangat peramah dan sangat membantu pelancong2 luar yang datang ke negara mereka. 

Dalam train NSB Regiontog menuju ke Oslo Rygge Airport
Setelah hampir 2 jam perjalanan, akhirnya aku tiba di Oslo Rygge Train Station. Sampai je aku terus menuju ke bus stop yang dah sedia menunggu untuk bawa penumpang2 yang nak ke Rygge Airport. Untuk info, ini adalah shuttle bus free dari Oslo Rygge Train Station ke Rygge Airport. Jarak dari stesen ni ke Rygge Airport tak jauh pun, lebih kurang 5-7 minit perjalanan je. Waktu tu hujan turun agak lebat dan aku sangat kesejukan....grrrrrrrrrrrrrr

Sebaik saje tiba, aku terus masuk ke dalam bangunan terminal Oslo Rygge Airport ni sebab tak tahan kat luar tersangatlah sejuk. Aku tiba di airport sekitar jam 8.00 mlm waktu tempatan. Flight aku ke London jam 9.50 mlm. Untuk ke London ni, aku menggunakan penerbangan tambang murah Ryanair, ala-ala AirAsia. Tapi aku cakap terus terang lah, servis diorang sangat teruk berbanding AirAsia... hahahahaha...


Pesawat Ryanair di Oslo Rygge Airport
Penerbangan dari Oslo Rygge ke London mengambil masa lebih kurang 2 jam. Di London nanti, aku akan mendarat di Stansted Airport sekitar jam 10.45 mlm waktu tempatan di London. (Perubahan zon masa merupakan salah satu cabaran ketika travel merentasi benua yang berbeza, so pastikan korang study betol2 local time tempat yg korang nak lawat tu ye).

Tiba di Stansted Airport, aku tergamam seketika melihat lautan manusia di Immigration Control, ramai gile orang wehhhh, sah2 lah lambat turn aku nih..adoiiii la, jam dah pun menunjukkan hampir pukul 12.00 tgh mlm, mata aku pun dah layu sehari suntuk travel. Sampai turn aku, kecut perot jugak lah nak mengadap pegawai imigresen London nih. Adoiii la banyak betol dia tanya aku...dah la susah aku nak paham slange English orang2 British nih...huh! 

Akhirnya setelah selesai sesi bersoal jawab dengan pegawai imigresen tadi, aku dapat menarik nafas lega sebab dah lepas imigresen...huh! Tanpa membuang masa lagi, aku terus bergegas ke Coach Terminal yg terletak di aras bawah airport untuk dapatkan bas ke Victoria Coach Station. Aku guna Terravision Bus untuk ke Victoria Coach Station. Tiketnya berharga £ 7.00 / RM 38.00 seorang bagi perjalanan sehala yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Bas aku bertolak dari Stansted Airport jam 12.30 tgh mlm dan tiba di Victoria Coach Station jam 1.45 pg!!!!...Time nih mata dah ngantuk tahap gabang dah!! 

Tiba di Victoria Coach Station, aku terpaksa study map yang aku dah print untuk cari jalan ke hostel yang aku akan stay selama 3 hari di London ni. Pusing punya pusing sampai tersesat aku, kat 30 minit jugak lah baru jumpa hostel tu. Aku book Astor Victoria Hostel di Belgrave Rd. dalam kawasan Victoria. Kosnya £ 46.00 / RM230.00 untuk 3 malam. Aku biasanya book hostel melalui website www.hostelworld.com ataupun boleh juga book melalui www.hostelbookers.com. Di Astor Victoria Hostel ni, aku duduk bilik berenam bersama dengan geng2 backpackers dari Australia, Perancis dan Finland. 

Akhirnya hampir jam 3.00 pg baru aku dapat merehatkan tubuh aku yang dah tak bermaya nih. Walaupun fizikal aku sangat penat tapi mentally aku bersemangat, dalam kepala otak ni asyik pikir mana nak jalan esok...hihi.. Akhirnyaaaaa aku sampai jugak di Kotaraya London ni.. London! Aku Datang!

No comments:

Post a Comment