KL To Doha

Hari ni 8 Oktober 2011, iaitu hari untuk aku fly ke Doha. Seawal jam 6.30 pg aku sudah bersiap dan bertolak ke KLIA. Tiba di KLIA, aku terus check in di kaunter yang telah ditetapkan. Proses check in berjalan dengan lancar. 

Boarding pass
Pesawat Qatar Airways A330-300 di KLIA
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha, ibu negara Qatar, mengambil masa lebih kurang 7 jam 30 minit menggunakan pesawat Airbus A330-300. Penerbangan Qatar Airways QR621 yang aku sertai berlepas pada jam 10.20 pg dari KLIA dan tiba di Doha International Airport pada jam 12.50 tgh (waktu tempatan di Doha). Untuk info, waktu tempatan di Doha (GMT +3) adalah 5 jam lewat berbanding waktu tempatan di Malaysia (GMT +8). 



Penerbangan dari KL ke Doha sangat memuaskan dengan layanan bertaraf 5 bintang daripada cabin crew yg bertugas...hehehe...aku asyik mamam je dlm flight :p 
Hidangan makan tengah hari..nyumm
Snack time!
Oppps lupa pulak aku nak bagitau korang kalau di Doha International Airport ni, arrival dia mestilah mengikut warna sampul boarding pass korang. Kalau korang just transit, korang akan diberi sampul boarding pass warna kuning semasa check in di KLIA, kalau Doha adalah final destination, korang akan diberi sampul boarding pass warna biru. Macam aku diorang bagi warna biru sebab aku nak keluar dari Doha Airport tu untuk jenjalan..hehehe.

Setelah hampir 7 jam penerbangan, aku mula melihat ke bawah menerusi jendela "burung besi" ni. Kelihatannya di bawah adalah sebuah hamparan padang pasir. Ni sah2 aku dah nak sampai ni. Perasaan aku time tu memang sangat teruja kerana ini adalah pertama kali aku melawat ke sebuah negara di Timur Tengah yang begitu sinonim dengan padang pasirnya. Menghampiri detik untuk landing, sempat jugak aku capture beberapa panorama di bawah sana. Antaranya....


Finally...touched down!
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha ni, para penumpang yang tiba akan di bawa ke bangunan terminal ketibaan/transit oleh bas yang telah disediakan. Pastikan korang turun di bangunan terminal yang betul mengikut warna sampul boarding pass korang. Tapi korang jangan risau sangatlah, sebab bila bas berhenti di sesebuah terminal tu, ada petugas Qatar Airways yang akan menjerit-jerit "Transit Passenger!" apabila bas tiba di bangunan terminal transit, dan "Doha Arrival!" apabila bas tiba di bangunan terminal ketibaan.

Setelah tiba di bangunan terminal ketibaan, aku dengan langkah panjangnya terus menuju ke Immigration Control untuk pemeriksaan passport dan visa. Sebagai info, untuk keluar dari airport Doha ni, as a Malaysian, aku kena bayar untuk visa upon arrival, kosnya QR 100.00 (lebih kurang RM 100.00 la). For info jugak, untuk bayaran visa upon arrival ni, Imigresen Doha hanya terima bayaran menggunakan kad kredit sahaja, cash tidak diterima. Setelah selesai urusan imigresen, aku terus ke arrival hall menunggu Pak Su aku datang jemput. Alhamdulillah, Mak Su, Pak Su aku dan anak2nya telah setia menunggu ketibaan aku...hehehe...

Posing kat Arrival Lounge, hehehe
Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bangunan terminal yang begitu nyaman dengan kesejukan penghawa dinginnya, tiba2 aku dapat rasakan perubahan cuaca yang begitu mendadak, mak aiii panasnyeeeee... suhu waktu tu mungkin 40'C ++ kot... maklumlah negara padang pasir kan. 
Pemandangan di luar arrival hall Doha Airport
Untuk persinggahan di Doha ni, aku hanya ada masa selama 19 jam 40 minit sahaja untuk meronda-ronda sekitar Bandaraya Doha ni..hehehe.. Bandaraya Doha cantik jugak daripada aspek binaan pencakar langit diorang, tapi time tu belum siap sepenuhnya lagi. Antara tempat menarik yg aku sempat lawati adalah seperti Souq al Waqif Market, Museum of Islamic Art, Al Bida Park & Corniche, Palm Tree Island dan Khalifa Stadium (stadium yg digunakan semasa temasya Sukan Asia Doha 2006). Nah aku share beberapa panorama yang menarik di sekitar Bandaraya Doha ni untuk tatapan korang....

Museum of Islamic Art
Waterfront di Al Bida Park & Corniche
Oryx, mascot Sukan Asia Doha 2006
Zig Zag Tower
Macam ni je shopping complex diaorang
Stadium Khalifa
Setelah penat jenjalan, kami terus balik ke rumah Pak Su aku di Al-Yarmouk Street, Bin Omran untuk beristirehat kejap. Arghhhh...leganya dapat baring atas tilam empuk setelah mengharungi penerbangan panjang dan kepenatan jenjalan tadi. Walaupun penat, tapi aku rasa berbaloi kerana dalam masa yang singkat di siang hari tadi aku sempat juga melihat keindahan dan ketenangan di Bandaraya Doha ni. 

Tatkala malam menjelma, perut pun dah meminta-minta untuk diisi. Malam ni aku decide untuk ajak Pak Su aku kuar dinner. Teringin nak makan kebab dan kambing panggang..hahaha, mengidam katanya. Seperti biasa, Pak Su aku ni ok je orangnya. So untuk dinner kali ni, Pak Su aku bawak ke sebuah restoran Turkey di Souq al Waqif Market (ancient market) untuk makan kebab dan kambing panggang yang sedapppppppp...hehehe. Lihat sajalah saiz hidangan dia.. XXXXXL hahaha. Untuk dinner ni Pak Su aku yang belanja..hehehe, jimat duit aku :p 

Hidangan makan malam. Nyummmmm
Selesai saja dinner aku pi meronda2 kejap di sekitar Souq al Waqif Market ni, dapatlah jugak beli beberapa keping fridge magnet Qatar untuk dijadikan souvenir buat teman2 di Malaysia. Berada di Souq al Waqif Market ni buat aku rasa seakan-akan berada di zaman Aladdin pulak..hahaha, mana tak nya dengan reka bentuk senibina bangunan nya, irama muziknya dan persekitarannya yang betul2 ancient. Suasana malam di sini agak happening, mungkin boleh diibaratkan seperti di area Bukit Bintang kalau di Malaysia.


Suasana malam di Souq al Waqif Market
Setelah berpuas hati tawaf di sekitar ancient market ni, aku dan Pak Su aku terus pulang ke rumah. Aku perlu dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya kerana esok aku harus melalui perjalanan yang jauh lagi. Esok pagi aku perlu bangun awal kerana flight aku ke Oslo berlepas pada jam 8.25 pg. So, barangkali seawal jam 4.30 pg aku dah kena bangun. Hati dan perasaan aku semakin gumbira kerana esok aku dapat menjejakkan kaki di bumi Eropah, hehehe...

*Selamat malam*

No comments:

Post a Comment