Okinawa: The Japanese Hawaii

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... 

Kali ni saya tergerak untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua berkenaan kembara solo saya ke Pulau Okinawa, Jepun. Mungkin ada di antara kita yang pernah menonton drama "Ku Tinggalkan Cinta di Okinawa" sebelum ni kan. Jadi kali ni saya akan membawa korang lebih dekat lagi dengan sebuah pulau yang cukup indah ini. 

Bagaimana untuk ke Okinawa?

Okinawa merupakan sebuah pulau yang teletak jauh di bahagian selatan negara Jepun. Bandar utama Pulau Okinawa ialah Naha. Jadi kalau korang nak ke Okinawa ni, cara paling mudah adalah dengan menaiki penerbangan dari Tokyo ataupun Osaka. Kalau dari Tokyo, korang boleh menaiki penerbangan tambang murah seperti Peach Aviation, Jetstar Japan ataupun Vanilla Air. Dalam kembara solo saya ke Okinawa yang lalu, saya menaiki penerbangan Vanilla Air dari Tokyo-Narita ke Okinawa-Naha dan pulangnya pula dengan penerbangan Jetstar Japan ke Osaka. Biasanya ketiga-tiga airlines ni yang menawarkan harga paling murah untuk ke Okinawa jika kita berlepas dari Tokyo ataupun Osaka. Harga boleh didapati serendah RM300 untuk penerbangan pergi balik dari Tokyo/Osaka ke Okinawa. Penerbangan Tokyo-Okinawa mengambil masa selama lebih kurang 2 jam 45 minit manakala jika naik dari Osaka pula mengambil masa cuma 2 jam sahaja.

Menaiki penerbangan Vanilla Air dari Tokyo-Narita ke Okinawa-Naha.
Okinawa, aku datang!

Apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Naha, cara paling jimat untuk menuju ke pusat bandar adalah dengan menaiki monorail. Cuma ada satu laluan tren monorail sahaja di Naha ni. Ia menghubungkan stesen Naha Kuko (airport) hinggalah ke stesen Shuri. Tambangnya juga sangat berpatutan. Pada trip saya yang lalu, saya menaiki monorail dari airport Naha dan turun di stesen Kencho-mae, iaitu stesen yang terletak paling hampir dengan kawasan utama tumpuan pelancong di Kokusai Dori. Perjalanannya cuma mengambil masa 12 minit dan tambangnya pula cuma 260¥.

Betapa canggihnya negara Jepun, kat pulau pun ada monorail. 

Tempat Penginapan di Okinawa

Apabila kita sebut sahaja negara Jepun, sudah pastinya kita membayangkan kos yang mahal-mahal belaka. Sebenarnya itu semua silap! Sebagai seorang independent traveller, kita mesti pandai mencari jalan untuk mengurangkan kos kembara kita. Kalau di Tokyo, saya pernah bermalam di hotel kapsul yang sangat bagus servisnya pada harga cuma RM65/malam. Begitu juga di Okinawa, saya menginap di Hotel Grace Naha, tak jauh dari stesen monorail Kencho-mae, lebih kurang 5 minit jalan kaki sahaja. Pada ketika itu, harga yang saya dapat cuma RM60/malam bagi single room with shared bathroom. Fasiliti di hotel ini juga sangat bagus. Sekiranya saya berpeluang ke Okinawa lagi, sudah semestinya saya akan memilih untuk menginap di sini lagi. Jom ke Okinawa lagi!

Welcome to Okinawa!

Apa Uniknya Okinawa?

Pernahkah korang mendengar komuniti di Okinawa memilik populasi manusia dengan jangka hayat yang paling panjang di dunia? Berdasarkan kajian, individu wanita di Okinawa mempunyai jangka hayat selama 86 tahun manakala bagi lelaki pula 78 tahun. Mungkin faktor utamanya disebabkan oleh pemakanan. Komuniti di sini lebih banyak mengamalkan pemakanan yang berasaskan rumpai laut, goya (mirip seperti timun), tofu dan kunyit.

Ini pula snek utama yang banyak dijumpai di Okinawa, "beni imo tart" yang diperbuat daripada sweet potato. Makan ni boleh panjang umur kot. hahaha....
Halalan toyyiban ya...
Harga sekotak beni imo tart yang ada 12 ketol cuma 1,200
¥
Selain itu, Okinawa juga turut diberi gelaran sebagai “Japan’s Hawaii”. Kalau di Hawaii ada Honolulu, manakala di Okinawa pula ada Naha. Jadi kalau belum berkemampuan untuk ke Hawaii (macam saya…hehehe), apakata korang datang je Okinawa ni. Korang boleh merasai suasana ala-ala “Hawaii” ni di sepanjang laluan jalan utama tumpuan pelancong di sini iaitu di Kokusai Dori. Di pinggir jalan dihiasi dengan pokok-pokok palma. Udara dan suasana di sini juga sungguh tenang. 

Kokusai Dori
Kokusai Dori
Kokusai Dori
Kokusai Dori
Kalau di Tokyo ada Shibuya crossing,
kat Okinawa ada Kokusai crossing hehe...

Di Naha ini juga korang boleh berkunjung ke Makishi Public Market yang terletak di pinggir Kokusai Dori ni. Macam-macam ada dijual disini. 

Tengok market dia, bersih yang amat
Kedai Doraemon pun ada!

Okinawa juga mempunyai beberapa lagi pulau kecil yang mudah diakses dari Tomari Port di Naha seperti Pulau Tokashiki, Pulau Aka dan Pulau Zamami. Dalam trip saya yang lalu, saya sempat berkunjung ke Pulau Zamami. Korang boleh buat tempahan tiket feri ni di Tourist Information Centre yang terdapat di Kokusai Dori. Harga tiket feri pergi balik dari Naha ke Pulau Zamami adalah 4,030¥.

Si Malik & Maisarah (bukan nama sebenar) ni lah yang membantu saya membuat tempahan tiket feri ke Pulau Zamami. Mereka berdua ni sangatlah baik hati. 

Perjalanan dari Tomari Port ke Pulau Zamami dengan menggunakan slow ferry memakan masa selama 1 jam 30 minit. Dalam perjalanan, feri ni berhenti di Pulau Aka terlebih dahulu untuk menurunkan penumpang di sini. Rata-rata pulau di sekitar Okinawa ni air lautnya sangatlah biru dan cukup indah sekali. Bagi sesiapa yang memang sukakan aktiviti air seperti snorkeling tu, kat sinilah syurga korang. Di sini korang juga boleh sewa basikal untuk ronda-ronda di kawasan pulau ni. 

Tak boleh topless ye atas feri ni!
Welcome to Zamami Island!







Bagi pendapat peribadi saya, Okinawa adalah sebuah pulau yang cukup mendamaikan. Jika suatu masa nanti kalau korang nak mencari ketenangan jiwa tu, sesuai sangatlah datang ke Okinawa ni. Semoga suatu hari nanti saya berpeluang untuk berkunjung ke Okinawa semula.


Sayonara!


4 comments:

  1. best nye..... berape hari pergi okinawa dan nak get around cemner? bus or taxi or sewa kereta?

    ReplyDelete
  2. Pergh ! Layan bro cerita anda !

    Teruskan menulis !

    ReplyDelete
  3. tertarik dan menarik. rasa mcm nak join skaki la plak

    ReplyDelete
  4. bagusla bro, terbaik bro punya pengalaman.

    ReplyDelete