Kembara Artik: Kiruna-Abisko-Narvik-Tromso

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua... 

Memandangkan minat member-member travel yang semakin membuak-buak untuk merasai pengalaman berbackpacking ke artik, lebih-lebih lagi bagi mereka yang teringin sangat nak pergi untuk tengok cahaya di langit yang dikenali dengan nama “aurora borealis” ni, maka aku cuba sedaya upaya aku untuk menjadi “pemudah cara” dalam memberi gambaran macam mana untuk merancang trip ala backpacker ke sana. Semoga info dan maklumat yang dikongsikan di sini boleh membantu dan melancarkan lagi plan korang untuk ke sana. Alhamdulillah selepas kali pertama aku melihat fenomena aurora borealis ni di Reykjavik, Iceland pada tahun 2013 yang lalu, sekali lagi aku dapat menyaksikan cahaya misteri ini di langit artik di utara Sweden dan Norway. Untuk cerita aurora borealis di Iceland, boleh baca kat entry Iceland Part I ni.      

Dalam entry ni, aku akan berkongsi pengalaman dan tips-tips hasil daripada kembara solo aku ke artik mengikut kronologi route berikut: Kiruna – Abisko – Narvik – Tromso. Jika korang nak guna route yang sebaliknya iaitu Tromso – Narvik – Abisko – Kiruna pun boleh jugak, tak de masalah. Supaya lebih jelas, aku akan ceritakannya leg by leg supaya lebih mudah untuk digambarkan.   

Route map kembara artik ku: Kiruna-Abisko-Narvik-Tromso


Leg #1: STOCKHOLM, SWEDEN

Korang cari mana-mana tiket penerbangan untuk ke Stockholm, Sweden. Jika perlu bermalam di Stockholm, aku amat sarankan untuk menginap di City Hostel, Stockholm. Lokasinya amat dekat dengan Cityterminalen (Central Station) dan boleh dicapai dengan hanya berjalan kaki sekitar 10 minit sahaja. Bilik tidurnya sangat selesa, bersih dan yang penting ada free wifi. Kalau korang nak masak, kitchen dia pun besar. Kalau nak ronda-ronda di Bandar Stockholm pula, boleh pergi jalan-jalan di area old town dia iaitu di Gamla Stan. Semuanya walking distance, so dah save duit transportation. Kalau korang nak makan kat luar memang agak mahal la kat Scandinavian countries ni. Kalau nak baca entry pasal Stockholm, boleh baca kat sini.

Costing:

No.
Perkara
Kos
MYR
1
Transportation dari Arlanda Airport ke Cityterminalen (Flygbussarna bus; 45 minit, free wifi)
SEK 105/one way
50
2
Hostel (City Hostel; 6-beded dorm, shared toilet & bathroom)   
SEK 300/night
140
3
*Makan minum
SEK 200/day
90
 *Sebagai contoh di Stockholm, 1 set nasi+daging kebab+salad+air kosong ~ SEK 100/plate. So biasa kalau di Sweden, aku letak maximum SEK 200/day untuk bajet makan, tapi jarang terusik bajet ni sebab biasa aku masak sendiri je.

Recommended length of stay: 1 – 2 nights  


Leg #2: STOCKHOLM – KIRUNA, SWEDEN  

Kiruna merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di utara Negara Sweden, kira-kira 150 km ke utara Garisan Artik. Cara termudah dan paling jimat masa untuk ke Kiruna dari Stockholm adalah dengan pengangkutan udara. Terdapat 2 airlines yang menyediakan perkhidmatan penerbangan Stockholm-Kiruna iaitu Norwegian Airlines dan Scandinavian Airlines/SAS Airlines. Dalam trip aku hari tu, aku guna penerbangan Norwegian kerana harganya lebih murah masa tu. Penerbangan Stockholm-Kiruna mengambil masa hampir 1 jam 30 minit dan part yang paling best adalah pilot akan announce apabila sebaik sahaja kita terbang melepasi Garisan Artik, hehehe (dah rasa macam satu kejayaan besar je).   

Jika masa tidak menjadi halangan, korang boleh cuba naik train dari Stockholm ke Kiruna. Perjalanan mengambil masa hampir 17 jam dan tiket sehala paling murah pun lebih kurang SEK 550 (~RM 250). Korang boleh check schedule dan book tiket train ni secara online di website SJ Train ni.

Dari Kiruna Airport untuk ke Kiruna town pula, korang boleh naik Horvalls airport bus. Biasanya schedule airport bus ni dah match dengan flight arrival time. Perjalanan ke town dia tak jauh pun, cuma 7 km je dan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit je. Perlu diingatkan schedule airport bus ni sangat limited dan hanya beroperasi pada musim-musim tertentu sahaja. 

Mendarat di Lapangan Terbang Kiruna dengan hamparan salji.
 
Biasanya Kiruna ni terkenal kerana menjadi tempat persinggahan untuk para pelancong mengunjungi Ice Hotel yang terletak di Jukkasjarvi. Aku hari tu tak sempat nak berkunjung ke Ice Hotel gara-gara public transportation yang limited sebab diorang masih cuti Krismas masa tu, huhu.... Nak naik teksi bapak mahal SEK 450/one way (~RM 210). Kalau nak naik bas, boleh naik bus #501 dari stesen bas Kiruna, tapi jadual bas sangat limited dan hanya beroperasi pada musim-musim tertentu je. Untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan pengangkutan dan aktiviti-aktiviti yang boleh korang lakukan sepanjang di Kiruna, korang bolehlah berkunjung ke Folkets Hus (Tourist Office) di tengah-tengah Kiruna town tu. Kalau nak buat research awal pasal Kiruna pula bolehlah lawat laman web Kiruna Tourism ni.

Kiruna Town
Kiruna Town
Kiruna Town

Untuk penginapan di Kiruna pula, aku stay kat STF Hostel Malmfaltens di area Campingvagen, kira-kira 10-15 minit berjalan kaki ke town Kiruna. Biliknya selesa, ada LCD TV, free wifi, toilet kat dalam tapi bilik mandi kat luar.

Costing:

No.
Perkara
Kos
MYR
1
Transportation dari Cityterminalen ke Arlanda Airport (Flygbussarna bus)
SEK 105/one way
50
2
Flight ticket Stockholm-Kiruna (Norwegian airlines; free wifi onboard, 20kg luggage)
EUR 67/one way
285
3
Transportation dari Kiruna Airport ke Kiruna Bus Station/Folkets Hus (Horvalls airport bus; 20 minit)  
SEK 100/one way
45
4
Hostel (STF Hostel; single room with ensuite toilet, LCD TV, shared bathroom) 
SEK 500/night
225
5
*Makan minum
SEK 200/day
90
 *Rate maximum per day 

Recommended length of stay: 1 – 2 nights


Leg #3: KIRUNA – ABISKO, SWEDEN 

Dari Kiruna aku meneruskan perjalanan ke Abisko, yang terletak hampir 250 km ke utara Garisan Artik dengan menaiki “Arctic Circle Train”. Korang boleh book online di sini. Perlu diingatkan terdapat 2 stesen di Abisko iaitu Abisko Ostra dan Abisko Turistation. Dari Kiruna, train akan melewati Abisko Ostra terlebih dahulu kemudian barulah Abisko Turistation. Macam aku hari tu aku memilih untuk stay di Abisko Turistation. Perjalanan Kiruna-Abisko Turistation hanyalah mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit. Di sini aku menginap di STF Mountain Station.  

Di Kiruna, train station nya terletak lebih kurang 2 km dari Kiruna town. Tapi jangan risau, korang boleh naik free shuttle bus dari Kiruna bus station ke train station dan sebaliknya. Biasanya schedule shuttle bus ni dah match dengan waktu ketibaan/perlepasan train. Korang boleh check schedule di Folkets Hus/Tourist Office yang tak jauh dari bus station ni. Bila sampai di Abisko Turistation, korang perlu jalan kaki je untuk ke hostel. 

Arctic Circle Train

Aurora Borealis / Northern Lights

Bagi pendapat aku, Abisko adalah lokasi terbaik kalau nak tengok northern lights (aurora borealis). Sebab apa? Lokasinya yang terletak dekat dengan Abisko National Park menjadikannya jauh daripada pencemaran sumber cahaya dari kawasan penempatan, bangunan-bangunan atau jalan raya. Ini merupakan salah satu faktor yang penting untuk kita melihat aktiviti aurora borealis ni.

Berikut aku list kan syarat-syarat penting yang menentukan keberhasilan untuk melihat aktiviti aurora borealis: 

Darkness – tidak ada masalah di bahagian artik bermula daripada pertengahan bulan September hingga akhir bulan Mac. Biasanya untuk tempoh akhir November hingga pertengahan Januari, kawasan-kawasan di artik ni tidak menerima cahaya matahari yang sepenuhnya kerana matahari tidak berada pada horizon. Kawasan-kawasan di sini mengalami fenomena "polar night" dan biasanya pada pertengahan bulan December terdapat waktu "siang" sekitar 2-3 jam sahaja.  

Clear sky – ini tidak boleh dijangka kerana cuaca seringkali berubah-ubah. Untuk melihat cahaya aurora ni, langit mestilah clear daripada awan. 

Aktiviti di atmosfera – ini juga tidak boleh dijangka macam faktor cuaca tadi. Tapi cara terbaik adalah dengan memantau “kp value” yang menunjukkan tahap keaktifan aktiviti aurora. Untuk ramalan status aktiviti aurora terkini berdasarkan kp value ni, boleh rujuk ke website www.aurora-service.eu. Di bahagian artik, kp value yang paling minimum diperlukan adalah antara kp1-kp2, yang mana tidak menjadi masalah sangat di sini. Sebab tu lah kawasan di artik ni merupakan lokasi terbaik untuk menyaksikan aurora borealis ni. 

Selain daripada tu, perlu juga ada ilmu tentang cara nak shoot aurora ni. Aku mengaku aku bukanlah pakar dalam bab fotografi ni, tapi aku cuba share berdasarkan ilmu dan pengalaman yang aku dapat daripada trip kali ni. Untuk shoot aurora ni, perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut: 

Jenis kamera – mesti menggunakan kamera digital, sebaik-baiknya DSLR. Jangan harap kalau nak snap cahaya aurora dengan menggunakan kamera handphone, memang tak akan nampak!   

Mesti setting DSLR camera dalam mode manual 

Lens kamera juga perlu dletakkan dalam mode manual dan focus ring mestilah berada pada infiniti 

Guna “aperture” yang paling terendah seperti F/2.8, F/3.5 bergantung kepada kamera masing-masing 

Set kan ISO antara 400 – 1600, bergantung kepada jenis kamera (but I think ISO 1600 is better)   

Untuk shutter speed, bergantung kepada ISO yang diguna. Kalau guna ISO 400 boleh cuba set kan shutter speed kepada 20/30 seconds, tapi kalau guna ISO 1600, set kan kepada 10 seconds atau kurang 

Perlu guna tripod 

Sebaik-baiknya guna cable release/remote shutter untuk mengelakkan sebarang bentuk gegaran 

Disarankan untuk set file capture kepada RAW atau RAW+JPEG

Kalau di Abisko ni, aku sarankan tak perlu ambil mana-mana tour untuk chasing aurora, sebab biasanya boleh dilihat dengan jelas even dari hostel je. Kalau nak lebih adventure lagi, korang boleh jalan kaki masuk ke hutan pergi ke lokasi yang berdekatan dengan sebuah tasik. Kalau tak sure route dia, tanya receptionist kat hostel tu, nanti dia kan bagi map. Tapi cabarannya adalah kesejukan. Time aku masuk masa tu suhu mencecah hampir -25’C kau! Bayangkan korang duduk dalam hutan tengah-tengah malam untuk tempoh hampir 3 jam dengan suhu sejuk yang melampau macam tu, tak ke beku!!! hahaha.... So be prepared with proper winter attire ok. Aku masa tu pakai baju sampai 6 layer termasuk winter jacket, glove 2 layer dan stokin 4 layer...(kalau aku timbang berat badan aku masa nih mesti dah cecah 80kg kot....hahaha).    

Aurora borealis captured in Abisko Turistation
Di Abisko Turistation ni juga ada aurora skystation, yang mana kita boleh naik ke atas mountain untuk melihat fenomena aurora ni, tapi aku tak naik pun sebab agak mahal harganya iaitu sekitar SEK 695 (~RM 315) for non members dan jumlah pengunjung yang dibenarkan untuk naik ke atas juga adalah limited. Selain daripada aurora chasing, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang korang boleh lakukan seperti dog and reindeer sledding, ice climbing, snowshoeing, skiing dan banyak lagi. 

Abisko Turistation
Abisko Turistation
Abisko Turistation
Costing:

No.
Perkara
Kos
MYR
1
Train Kiruna-Abisko Touristation (SJ train)  
SEK 125/one way
60
2
Hostel (STF Mountain Station; 5-beded dorm, shared toilet & bathroom)   
SEK 525/night
235
3
*Makan minum
SEK 200/day
90
*Rate maximum per day.

Recommended length of stay: 2 – 3 nights


Leg #4: ABISKO – NARVIK, NORWAY   

Selepas Abisko, aku meneruskan perjalanan dengan Arctic Circle Train ke destinasi yang seterusnya, iaitu Narvik, Norway. Narvik ni merupakan terminal terakhir bagi laluan Arctic Circle Train ni. Perjalanan dari Abisko Turistation ke Narvik mengambil masa 1 jam 45 minit. View untuk laluan Abisko-Narvik ni lawa gile sebab dia melalui lereng-lereng gunung yang agak curam.

Dari Narvik Train Station, hanya perlu berjalan kaki sekitar 15-20 minit untuk ke Narvik town. Sila bawa map (print dari google map) untuk membantu korang ke Narvik town, kalau tak sure tanya je orang-orang local kat sini. Seriously, orang-orang local di Scandinavian countries ni memang sangat friendly dan membantu, so korang jangan malu dan risau untuk bertanya.

Kalau korang nak bermalam di Narvik ni ada satu hostel kat sini, iaitu Spor1Gjestegard. Hostel ni terletak betul-betul di seberang AMFI Mall. Belakang AMFI Mall ni pula terletaknya Narvik bus station. So dari sini, boleh lanjutkan perjalanan ke Tromso. Bagi pendapat peribadi aku, kat Narvik ni tak de apa-apa sangat pun. 

Narvik town
  
Costing:

No.
Perkara
Kos
MYR
1
Train Abisko Turistation-Narvik (SJ train) 
SEK 123/one way
55
2
Hostel (Spor1 Gjestegard; 6-beded dorm, shared toilet & bathroom) 
NOK 300/night
140
3
*Makan minum
NOK 150/day
70
 *Rate maximum per day. 

Recommended length of stay: 1 night or just transit for connecting bus to Tromso


Leg #5: NARVIK – TROMSO, NORWAY   

Dari Narvik, aku meneruskan kembara artik ni ke destinasi yang terakhir iaitu Tromso, yang terletak kira-kira 350 km ke utara Garisan Artik. Perjalanan Narvik-Tromso dengan menggunakan Bas #100 mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 min. Tapi jangan risau, perjalanan 4 jam lebih ni tak terasa boring langsung sebab ada free wifi dalam bas, hehehe... Untuk schedule bus #100 ni boleh check kat website ni, www.177nordland.no

Di Tromso, bas #100 ni akan berhenti di bus station Prostneset, yang terletak di Kaigata, iaitu bersebelahan dengan Tourist Office sahaja. So bila dah sampai Tromso, better korang terus ke Tourist Office ni dan ambil walking map. Kat sini juga korang boleh dapat banyak info berkaitan pengangkutan dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di Tromso. 

Tromso town
Tromso town

Tromso ni juga dikatakan antara lokasi paling strategik untuk melihat aurora borealis kerana ia terletak di tengah-tengah zone aurora. Memandangkan Tromso ni adalah sebuah bandar yang agak besar, jadi peluang untuk melihat aurora di tengah-tengah town dia ni adalah rendah, mungkin chances dalam 30% sahaja. Untuk itu, memang disarankan untuk mengambil tour kalau nak tengok aurora kat sini. Banyak pilihan tour yang ditawarkan di sini, so jangan risau sangat. Semua booking boleh dibuat di Tourist Office dan tak perlu book in advanced. Bergantung kepada keadaan cuaca, sekiranya cuaca baik pada hari tu, korang boleh buat confirmation booking pada hari yang sama sahaja. Harga tour pula bergantung kepada group size dan duration. Ada tour yang dijalankan dalam saiz kumpulan yang besar sehingga maksimum 40 orang dengan menggunakan bas dan ada yang dijalankan dalam small group (maximum 8 persons) dengan menggunakn minivan. Kadang-kadang jika faktor cuaca di Tromso ni tak berapa bagus, korang akan dibawa sampai ke border negara Finland untuk chasing aurora. 


Aurora borealis captured in Tromso near to Finnish border

Kat Tromso aku tak jumpa any hostel kat sini. Aku stay di ABC Hotell yang terletak di Parkgata 4, lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari Tourist Office ni. Biliknya selesa, ada LCD TV, telefon, minifridge dan kalau nak masak pun kitchen dia sangat besar. Korang boleh book hotel ni kat www.expedia.com   

Costing:

No.
Perkara
Kos
MYR
1
Bas Narvik-Tromso (Bus #100)    
NOK 375/one way
175
2
Hotel (ABC Hotell; single room, shared toilet & bathroom) 
NOK 535/night
250
3
Aurora chase tour
NOK 950
445
4
*Makan minum
NOK 150/day
70
 *Rate maximum per day.

Recommended length of stay: 2 – 3 nights  


Leg #6: TROMSO – OSLO, NORWAY   

Ni merupakan final leg dalam kembara artik aku baru-baru ni. Aku terbang ke Oslo dengan penerbangan Norwegian. Penerbangan Tromso-Oslo memakan masa lebih kurang 2 jam. Untuk ke Tromso Airport, korang boleh naik Flybussen dari bus station, lebih kurang 15 minit perjalanan je.

Di Oslo, korang akan tiba di Oslo Gardermoen Airport/Oslo Lufthavn. Untuk ke Oslo Central Station/Oslo S, boleh naik NSB train atau express train Flytoget train. Perjalanan dari Oslo Airport ke Oslo S dengan menggunakan train cuma memakan masa lebih kurang 23 minit sahaja.  

Kalau korang perlukan penginapan di Oslo, boleh stay di Hostel Sentrum Pensjonat, yang terletak kira-kira 10-15 minit berjalan kaki dari Oslo S dan kawasan shopping yang paling happening di sini iaitu di Karls Johan Gate. Kalau nak jalan-jalan di Oslo, boleh baca kat sini.

Costing:

No.
Perkara
Kos
MYR
1
Transportation dari Tromso city ke Tromso Airport (Flybussen bus)    
NOK 70/one way
35
2
Flight ticket Tromso-Oslo (Norwegian airlines; free wifi onboard, 20kg luggage)
EUR 55/one way
235
3
Transportation dari Oslo Airport ke Oslo S (NSB train)
^Kalau naik flytoget train, NOK170/one way
NOK 90/one way
45
4
Hostel di Oslo (Sentrum Pensjonat, 3-beded dorm, shared toilet & bathroom) 
NOK 260/night
120
5
*Makan minum
NOK 150/day
70
 *Sebagai contoh di Oslo, 1 set kebab+soft drinks (small size) ~ NOK 55/set. So biasa kalau di Norway, aku letak maximum NOK 150/day untuk bajet makan.

Recommended length of stay: 1 – 2 nights 


Perlu diingatkan juga, Sweden dan Norway adalah 2 buah negara Scandinavia yang dikategorikan antara negara dengan kos sara hidup yang paling tinggi di dunia, so jangan hairanlah kalau kos untuk menyempurnakan trip artik ni memang agak tinggi sikit berbanding kalau korang buat trip kat negara-negara Europe yang lain. Jadi, sebagai langkah penjimatan, macam aku hari tu aku dapat cut banyak kos makan kerana hampir 90% trip ni aku masak sendiri. Semua kelengkapan macam travel cooker, container, sudu garfu serta bahan-bahan makanan seperti beras, serbuk cili, makanan dalam tin, minyak masak, garam dan sos semua aku hangkut dari Malaysia, hehehe...

Selain daripada tu, kalau korang pergi waktu winter ni pastikan korang bersedia dengan proper clothing. Sila bawak thermal wear/long john dalam 2-3 pasang, long sleeved cotton shirt/fleece, winter jacket, stokin tebal dalam 5-6 pasang, scarf, snow cap, glove dalam 2-3 pasang dan winter boot yang sesuai. Macam aku hari tu suhu di sepanjang kawasan di artik dalam range -7’C hingga -25’C dengan snow storm di beberapa kawasan terutamanya di Kiruna. Ubat-ubatan yang penting seperti panadol, vitamin C high dose, oral rehydration salt, minyak angin, minyak panas dan ubat-ubatan yang berguna yang lain juga amat penting untuk kegunaan di sepanjang trip ni sekiranya badan korang tidak tahan dengan suhu yang ekstrim macam ni.   

Rasanya sampai kat sini dulu perkongsian aku kali ni. So aku harap dengan perkongsian entry kali ni dapat membantu member-member yang ada plan nak buat trip ke artik nanti. All the best to you guys! Salam kesejukan daripada aku di Artik....errrrrrrrr :-)



Happy backpacking!

12 comments:

  1. Razali,

    Aku cemburu.. hahaha. Congrats bro.. Aurora idaman aku juga. Mungkin satu hari yan indah

    ReplyDelete
  2. berapa total kos ni? and berapa hari?

    ReplyDelete
  3. kalau nak ikut bro backpack satu hari nanti boleh ?

    ReplyDelete
  4. Tq... good info and well written....

    ReplyDelete
  5. Were you travelling alone or....????

    ReplyDelete
  6. Very informative article and I am so happy you shared with everyone cos I am preparing our trip to the scandinavian countries plus arctic circle as well.

    ReplyDelete
  7. Salam bro, leh bg contact info

    ReplyDelete