Piramid Meroe Yang Dilupakan

Are you crazy to go to enter Sudan?
Is Sudan safe to travel?
You’re not afraid to get shot while you’re in Sudan?

Itu lah soalan-soalan yang sering diajukan kepada aku setiap kali aku bertemu dengan pengembara-pengembara lain sepanjang perjalanan aku dari Kaherah ke Aswan, Mesir. Mereka tidak pernah sesekali terfikir untuk memasuki negara Sudan, tapi aku masih setia dengan semangat aku untuk terus ke sana, tak kira apapun yang bakal terjadi. Kalau nak diikutkan Sudan ni memang langsung tak terkenal sebagai destinasi pelancongan, tapi niat aku tetap kuat nak ke sana. Pasti ada sesuatu yang mampu mengujakan aku di sana. 

Piramid Meroe

Aku memasuki negara Sudan menggunakan jalan darat dari Aswan, Mesir melalui sempadan Eshkeet dengan menggunakan bas. Destinasi yang aku nak tuju adalah Khartoum, ibu negara Sudan. Perjalanan dari Aswan ke Khartoum memakan masa selama hampir 2 hari. Di pertengahan perjalanan, aku harus bermalam di sebuah pekan terpencil yang diberi nama Wadi Halfa.

Dari Aswan ke Wadi Halfa kena cross Lake Naser
Lake Naser
Ini lah rupanya bas yang aku naiki dari Aswan menuju ke Khartoum.
Separuh manusia, separuh lagi dipenuhi dengan barang-barang seperti peti ais, TV,
perabot dan macam-macam lagi lah..
Bilik aku di Wadi Halfa
Wadi Halfa terkenal dengan ikan yang berasal dari Lake Naser 

Sebaik sahaja tiba di pintu masuk di sempadan Mesir-Sudan, aku dapat merasakan perbezaan yang sangat ketara sekali di antara orang Mesir dan Sudan. Benarlah apa yang aku baca sebelum ni yang mengatakan orang Sudan merupakan antara komuniti yang paling mesra dan sangat menjaga kebajikan para pelancong yang datang berkunjung ke negara mereka. Di pos kawalan imigresen, aku diiringi oleh seorang petugas imigresen sebaik sahaja aku turun dari bas hinggalah ke kaunter. Mereka juga memberi keutamaan kepada aku untuk pemeriksaan imigresen dan kastam. Alhamdulillah aku tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang proses kemasukan ke negara Sudan.

Alhamdulillah, Im officially in Sudanese land!
Muka aku pun dah sama kaler dengan warna padang pasir kat sini..hehehe

Untuk makluman juga, pemegang passport antarabangsa Malaysia perlu memiliki visa untuk masuk ke negara Sudan. Jika korang masuk ke Sudan melalui Lapangan Terbang Khartoum, visa on arrival boleh didapati pada harga $100. Disebabkan aku masuk menggunakan jalan darat, jadi aku perlu menguruskan visa semasa di Malaysia. Permohonan visa boleh dibuat di Kedutuaan Sudan di KL. Bayaran visa adalah sebanyak RM212 untuk single entry dan sah untuk tempoh maksimum 2 bulan. Sebaik tiba di negara Sudan, kita juga perlu mendaftar passport kita dengan pihak polis sekiranya kita berada di negara Sudan melebihi tempoh 3 hari. Bayaran bagi tujuan pendaftaran adalah sebanyak $50.

Proses imigresen dan kastam di sempadan mengambil masa yang agak lama iaitu sekitar 2 jam. Dari sempadan Eshkeet, bas yang aku naiki menuju terus ke Khartoum. Perjalanan kali ini juga banyak melalui pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis di sini. Sepanjang perjalanan aku kali ni aku tak nampak seorang pun pengembara dari negara lain melainkan aku seorang sahaja. Penumpang-penumpang yang lain adalah terdiri daripada orang Mesir dan Sudan sendiri. 

Berjanggut menunggu pemeriksaan kastam di sempadan...adeh!

Di sepanjang perjalanan kali ni aku dilayan ibarat seorang tetamu VVIP. Barangkali mereka jarang bertemu dengan orang Asia seperti aku ni. Walaupun masalah bahasa menjadi halangan, namun perbualan tetap juga rancak. Mereka juga tidak putus-putus belanja aku makan dan minum setiap kali kami berhenti di tempat rehat. Tapi janganlah bayangkan tempat rehat dan rawat mereka sama macam kita, hahaha….

Ni lah 2 orang mamat yang menjadi body guard aku
sepanjang perjalanan dalam bas...hehehe

Setelah mengharungi perjalanan sejauh hampir 930 km dalam masa 12 jam, aku pun tiba di Khartoum, ibu negara Sudan. Kat sini aku dijemput oleh seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pelajaran di sebuah universiti di sini. Sepanjang di Khartoum, aku menginap di rumah pelajar-pelajar Malaysia di sini. Kebanyakan daripada mereka mengambil jurusan bahasa Arab. Berbanding di Mesir, kat Sudan ni tak ramai pun pelajar kita yang belajar kat sini, ada lebih kurang dalam 20-30 orang sahaja.

Tujuan utama aku ke Sudan adalah untuk berkunjung ke sebuah piramid di sini, iaitu ‘Piramid Meroe’ yang terletak di sebuah perkampungan yang bernama Begrawiya. Piramid Meroe ini telah disenaraikan sebagai sebuah tapak warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2003. Ia terletak hampir 240 km dari Khartoum. 

Untuk ke sini, aku menaiki bas dari Khartoum ke sebuah pekan kecil, Shendi. Sebaik tiba di pekan Shendi, aku hilang arah untuk mencari pengangkutan ke Begrawiya. Dah lah masalah bahasa menjadi halangan utama untuk berkomunikasi dengan penduduk di sini. Tanpa segan silu aku melulu menjerit "Al-haram! Al-haram! Al-haram!" yang bermaksud "Piramid! Piramid! Piramid!"... Tak lama lepas tu, lantas datang seorang pakcik lalu dia memimpin tangan aku dan membawa aku ke tempat di mana terletaknya minivan yang mengangkut penumpang ke Begrawiya. Ya Allah, sekali lagi aku diperlihatkan dengan kemuliaan orang-orang Sudan di sini.  

Stesen minyak Petronas di Pekan Shendi
Menuju ke Begrawiya

Piramid Meroe yang terdapat di sini tidaklah terkenal seperti Piramid Giza di Mesir. Reka bentuk piramid di sini juga lebih kecil dan lebih runcing. Terdapat hampir 200 binaan piramid di sini yang dipercayai dibina sejak 2,500 tahun dahulu. Dikatakan di bawah setiap unit piramid ini terletaknya perkuburan raja, permaisuri dan golongan orang-orang atasan semasa pemerintahan di zaman Kerajaan Meroe dahulu. Kompleks piramid ini sebenarnya terletak di sebuah padang pasir yang cukup indah sekali. Tambahan pula, jarang sekali untuk melihat kelibat pelancong yang datang ke sini.









Banyak struktur piramid di sini yang telah runtuh dimakan usia. Ada juga sebahagiannya dibina semula untuk tatapan pengunjung ke sini. Kat sini juga kita boleh mengelilingi kompleks piramid ni dengan menaiki unta. Suatu pengalaman yang cukup berharga dapat berkunjung ke sini. Pada pendapat peribadi aku, setelah mengunjungi Piramid Giza di Mesir, aku lebih tertarik dengan Piramid Meroe yang terdapat di Sudan ni. 


Aku rasa unta tu lebih bijak posing daripada aku...hahaha
Aduhhhh cantik betul sand dunes kat sini

Selain tu, makanan di negara Sudan juga sedap-sedap semuanya. Makanan yang paling penjadi kegemaran aku sepanjang di sana ialah ‘khoruf’, iaitu spesies kambing biri-biri. Memang sedap giler weh, hari-hari wajib ada menu khoruf.

Ni lah khoruf, lebih sedap daripada kambing kot


Welcome to the Land where Arabs meets Africa! 

Terima kasih buat semua pelajar-pelajar Malaysia di Khartoum
kerana sudi memberi tempat tinggal kepada saya selama berada di Khartoum. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.



2 comments:

  1. Salam. Tahniah saudara Razali kerana telah jelajah Sudan, tempat saya belajar selama 2 tahun 1989 hingga 1991 tp ketika itu Sudan merupakan negara paling miskin di dunia.Orang Pakistan yg belajar bersama saya ketika itu ckp dia fikir negara dia sangat mission namun Sudan lbh dahsyat lagi. Ramai gelandangan yg tidak berupaya untuk menulis kalau yg menghurung mata dn anggota mereka kerana dah bnyk hari tak makan, mereka hnya mampu baring shj.
    Petrol di catu, begitu juga gula.Minyak masak susah di perolihi kami masak dn goreng ikan/daging kambing guna minyak sapi shj.Nak naik Teksi drebar kata tak cukup petrol utk sampai ke destinasi. Nak naik bas 1 jam sekali dn penumpang bas penuh sesak sehingga bergantung di pintu.

    Memang teruk waktu itu. Pelajar Malaysia ketika itu hnya 10 org shj.

    Setiap hari kami rasa tak sabar nak balik. Kalau saya seorg shj dari Malaysia besar kemungkinan tak sempat habis pengajian.

    Pantang shj cuti kami terus ke Mesir.
    2 thn di Sudan 3 kali kami ke Mesir.
    Nak ke Mesir bukan lah senang, tambang Mahal. Kawan saya ikut jln darat dari Khartoum ke Wadi Halfa Dan Aswan, macam saudara Razali lakukan.

    Awal Jan 1990 berlaku perang teluk, ketika itu kami di Mesir. Kami tak dpt tiket pesawat utk pulang. 1 mnggu kami ulang alik ke airport tp pesawat penuh.
    Akhirnya kami naik kapal dari teruskan Suez ke Port Sudan.

    Dari port Sudan ke Khartoum naik bas sejauh lbh 1000km. Mulanya ingatkan bas Express ok la tp bila bas nak berangkat ramai penumpang duduk atas lantai. Penuh sesak dgn manusia dn barang. Bas tiada aircon, tingkap tak blh buka, musim panas pula tu. Tak dpt nak bayangkan panasnya.

    Tengah mlm bas berhenti dkt surau. Ramai lelaki turun cari tempat luar surau utk tidur. Lps subuh bertolak.
    Perjalanan selama 27 jam. Sampai rumah di Khartoum demam.

    Walaupun kehidupan di Sudan ketika itu serba kekurangan namun budi baik rakyat Sudan sangat tinggi nilainya.Ia menjadi penawar bagi kita.


    ReplyDelete