Mendapat Layanan "VIP" di Negara Kuwait

Pernah kah korang mengimpikan sebuah percutian mewah dengan berbekalkan bajet yang seciput? Menginap di rumah agam, dibawa bersiar-siar dengan kenderaan mewah, makan dan minum juga ditanggung beres? Hmmmmm…. apabila didengar macam tak logik je kan? Tapi ia tidak mustahil untuk direalisasikan. Mari saya kongsikan pengalaman saya dan rakan-rakan yang menjadi “tetamu VIP” semasa pengembaraan kami ke negara Kuwait.  

Di sini bermula.... 

“Ko nak pergi Kuwait? Ada apa kat sana weh? Padang pasir? Kepanasan? Buang duit je lah kau nak pergi sana, bukannya ada apa-apa menarik pun kat sana” – Itulah kata-kata yang meluncur keluar dari mulut beberapa orang rakan apabila aku cakap nak pergi backpacking ke negara Kuwait.

Kuwait merupakan sebuah negara di bahagian Timur Tengah yang mungkin tidak mendapat perhatian ramai orang untuk berkunjung ke sana, apatah lagi untuk pergi bercuti ke sana. Tapi atas dasar ini lah yang lebih menguatkan azam aku untuk berkunjung ke sana. Pada mata orang, mungkin Kuwait tiada apa-apa tarikan tetapi aku percaya, di setiap inci muka bumi ini pasti ada sesuatu yang boleh memuaskan nafsu kembara aku ini.  

Kuwait Tower; mercu tanda negara Kuwait

Perjalanan menuju ke Kuwait

Berbekalkan tiket penerbangan pergi balik Manila-Kuwait-Manila dengan syarikat penerbangan tambang rendah Cebu Pacific Air yang berharga RM60 (Ya, korang membacanya dengan betul, Ringgit Malaysia Enam Puluh sahaja, bukan RM600, bukan RM6,000), aku dan 6 orang rakan yang lain berjaya menjejakkan kaki di bumi Kuwait. Pada asalnya, seramai 30 orang telah berjaya membeli tiket murah tersebut akan tetapi pada saat-saat akhir, cuma 7 orang sahaja yang dapat pergi termasuk aku. Rugi betul lah mereka-meraka yang tak menyertai trip ke Kuwait baru-baru ini, hehehe…..

7 orang backpackers "Sang Penindas" siap sedia ke Kuwait!

Kami bertujuh bertemu di Ninoy Aquino International Airport, Manila. Ada beberapa orang teman yang baru pertama kali aku kenal – Syareena, Hafiz, Wafi dan Syamsul. Sebelum ni kami hanya mengenali di laman facebook sahaja, manakala Noorina dan Kak Sam memang aku dah sedia kenal mereka sebelum ni. Disebabkan penerbangan kami ke Kuwait berlepas seawal jam 3 pagi, maka kami berada di Manila sehari sebelumnya. Jadi peluang masa yang singkat ni kami gunakan untuk keluar cuci mata kejap di Kota Metro Manila ni. Kami sempat berkunjung ke sebuah penempatan penduduk Muslim di sana dan menikmati makanan halal di sana.  

Tabah bergelandangan di Ninoy Aquino Airport
No trolley bags are allowed!

Penerbangan dari Manila ke Kuwait mengambil masa hampir 10 jam. Apa yang syoknya, penerbangan yang kami naiki kali ni tidak ramai penumpang, maka kami semua dapatlah merebahkan tubuh kami di tempat duduk yang tidak berpenghuni itu. Setiap orang dapat satu baris kerusi untuk beradu…hehehe… Dah la bayar tiket 60 hengget saje, dapat “flat bed” pulak tu….hahahaha…. Disebabkan ini merupakan penerbangan tambang rendah, maka kalau nak makan kena beli lah. Tapi korang jangan risau sebab Cebu Pacific ada menjual makanan halal dalam penerbangannya, cuma bagi aku harga menu nasi nya agak mahal berbanding dengan AirAsia.

Dibuai mimpi-mimpi indah...

Setelah masing-masing mendapatkan mimpi-mimpi yang indah di sepanjang penerbangan Manila-Kuwait, maka tibalah kami di Kuwait International Airport sekitar jam 4 pagi waktu tempatan. Untuk makluman, waktu tempatan di Kuwait adalah 5 jam lewat berbanding waktu Malaysia. Sebaik tiba di sana, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menguruskan visa on arrival (VoA). Bayaran sebanyak 3 KD (~RM45) dikenakan dan tempoh maksimum yang dibenarkan berada di sana adalah selama 3 bulan. Yang uniknya, semua urusan permohonan VoA di sini adalah berdasarkan konsep layan diri. Kita perlu membuat fotokopi passport kita sendiri, mengisi borang visa dan seterusnya membeli stamp visa yang berharga 3 KD di mesin-mesin yang disediakan. Setelah semua urusan ini selesai barulah kita mengajukan permohonan ini ke kaunter petugas imigresen. Cukup mudah sekali!

Safely arrived....Alhamdulillah 
Stamp yang berharga 3 KD untuk VoA

Setelah semua urusan imigresen selesai, langkah seterusnya ialah mendapatkan kad sim bagi internet pula. Macam aku ni yang hantu facebook, mana boleh nak berenggang dengan internet, hahaha…. Di sini aku menggunakan kad sim Ooredoo. Bayar 5 KD boleh dapat 4GB internet, ok lah tu, janji tak terputus hubungan dengan alam maya…hahahaha…


Menginap di rumah agam di Kuwait

Negara Kuwait sangat sinonim dengan kos sara hidup yang tinggi. Apatah lagi mata wangnya pula merupakan mata wang yang paling mahal di dunia! Semasa trip kami yang lalu, kadar pertukaran mata wang Kuwait Dinar (KD) kepada ringgit pada masa itu ialah sekitar 1 Dinar ~ RM15!!! Mak aiiii 15 kali ganda lebih mahal daripada duit RM!

Perkara yang paling merisaukan kami dalam trip kali ni ialah mendapatkan tempat penginapan yang berpatutan dengan bajet kami. Kalau cari kat booking.com atau di agoda, rata-rata kadar sewaan hotel di sana mahal-mahal belaka, memang tersasar jauh dari bajet kami.

Beberapa hari sebelum trip ni, kami ‘dikejutkan’ dengan perkhabaran gembira daripada seorang ahli dalam trip ni iaitu Kak Sam. Kam Sam ni sebenarnya begitu aktif dengan komuniti “Couchsurfing”. Alhamdulillah, atas usaha Kak Sam, kami berjaya mendapat seorang host di Kuwait yang bersetuju untuk menerima kami sepanjang berada di sana nanti. Host kami tu namanya Hossein, seorang pemuda Kuwait yang begitu peramah dan tak putus-putus melayan dan menjaga kebajikan kami sepanjang berada di Kuwait.

Kali ni boleh dikatakan kami menginap di sebuah rumah agam yang cukup besar sekali. Pertama kali kami tiba di sini, masing-masing kelihatan jakun….wowwwww….hahahaha. Rumah host kami ni ada 3 tingkat dan dalam rumah ada lif ye. Keluarga ni terdiri daripada 5 orang semuanya dan ada 2 orang pembantu rumah yang berasal dari Filipina. Geng-geng lelaki ditempatkan di sebuah bilik besar yang lebih dikenali sebagai ‘dewaniyah’ manakala geng-geng pempuan pula dalam sebuah bilik tidur yang lain di tingkat paling bawah. 

Dewaniyah merangkap kamar tidur geng-geng lelaki 
Bergambar kenangan dengan lif Haji Ali...hehehe
Mengalahkan toilet hotel!
Tiga dara pingitan melaram di Dewaniyah
Ruang dapur yang cukup luas sekali

Jangan terkejut juga, di rumah agam ni ada sebuah bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin yang dikhaskan untuk kucing sahaja! Haaaaa….huntong jadi kucing-kucing ni tau. Kami semua berasa amat bersyukur sekali kerana mendapat seorang host yang baik macam ni.

Sepanjang menginap dengan keluarga Hossein, kami bukan sahaja mendapat tempat penginapan yang selesa dan mewah, malahan kami turut dihidangkan dengan pelabagai makanan tempatan yang lazat-lazat semuanya. Setiap pagi sebaik sahaja mencelikkan mata, sajian sarapan pagi sudah sedia terhidang. Ahaks…. 


Rutin kami setiap pagi, bersarapan bersama keluarga Haji Ali

Selesai bersarapan pagi pula, kami turut dihidangkan dengan ‘fruits basket’ di ruang tamu. Sambil menikmati siaran televisyen, kami menikmati buahan-buahan yang cukup segar sekali. Kat Malaysia nak makan buah sekali seminggu pun susah, kat sini hari-hari dapat makan buah secara percuma…hehehe

Kami juga mendapat fruits basket setiap pagi!
Sebelum tuan rumah muncul, harus mengkedarah
buah-buahan dengan sepuas-puasnya, hahaha...

Ibu kepada host kami, Hajjah Alia cukup mengambil berat tentang kami. Disebabkan salah satu minatnya ialah dalam bidang masakan, dia masak macam-macam untuk kami. Hari pertama kami dihidangkan makan tengahari dengan “mandy lamb” versi Kuwait. Sedap tu jangan cakaplah, masing-masing menambah sampai 2-3 kali. Marvelles! Selain daripada tu, Hajjah Alia ni juga rajin sangat buat kek. Setiap hari kami disajikan dengan kek yang berbeza-beza untuk hidangan minum petang. Lazat tak terkata, pekena lagi dengan teh panas-panas….perghhhhhh!

Lamb mandy

Jalan-jalan di Kuwait

Disebabkan rumah host yang kami menginap ni agak jauh dari pusat bandar, kami juga bingung macam mana nak jalan-jalan ye? Pengangkutan awam juga agak terhad di sini. Sekali lagi kami menarik nafas lega kerana sepanjang kami di sini, Hossein telah memberitahu kami yang bapanya, Haji Ali akan membawa kami ke mana sahaja tempat yang kami nak pergi. Ya Allah, syukur betul kami dengan apa yang telah kami dapat sepanjang berada di sini.

Haji Ali, merupakan seorang yang sangat peramah dan amat melucukan. Ada je lawak yang dia buat, tak kira tempat, tak kira masa, memang gelak sakan kami semua. Kami juga pernah memberitahunya yang kami nak pergi jalan-jalan sendiri dengan menggunakan teksi, tapi Haji Ali tetap meghalang niat murni kami tu. Dia cakap kalau nak pergi mana-mana, bagitahu saja dia, dia akan setia membawa kami. Rasa bersalah dan menyusahkan pun ada…huhu…

Destinasi pertama yang kami kunjungi di Kuwait ni ialah ke Souq Mubarakiya. Tengok, awal-awal dah bermula dengan acara shopping, macamlah ada banyak sangat duit dinar tu…hahaha… Souq Mubarakiya ni kira macam main bazaar diorang lah. Macam-macam ada dijual di sini, pakaian, makanan, barang mentah, produk wangian, manisan, cenderahati dan macam-macam lagi. Aku sempat merembat 2 keping fridge magnet sahaja yang berharga 1.5 KD setiap satunya.  Tu je yang mampu aku beli, huhu…

Souq Mubarakiya
Wang kertas Kuwait Dinar; ada nilai dalam bentuk pecahan ye..hehehe

Selain itu, kami juga sempat berkunjung ke mercu tanda negara Kuwait ni, iaitu Kuwait Tower yang terletak di Arabian Gulf Road. Menara ni berketinggian 187 meter dan terdiri daripada 3 buah sfera. Di menara pertama yang terdapat 2 sfera tu digunakan sebagai viewing point dan juga restoran, manakala di menara kedua yang berketinggian 145 meter tu berfungsi sebagai tangki simpanan air.

Eh! Eh! Main tolak-tolak pulak dah...
Kuwait Tower
Kuwait Tower di malam hari

Salah satu agenda yang telah kami atur sebelum ke sini adalah untuk berkunjung ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Kuwait. Setelah persetujuan dicapai, maka kami mendapat slot selama 1 jam untuk berkunjung ke pejabat Kedutaan Malaysia di sini sambil mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama rakyat Malaysia di sini. Banyak jugak info berkenaan negara Kuwait yang kami dapat dalam ‘persidangan’ kami dengan pihak kedutaan di sini.

Bergambar kenangan bersama Duta Besar Malaysia di Kuwait

Salah satu lagi tarikan utama di sini ialah Masjid Besar Kuwait (Grand Mosque). Masjid yang terletak di tengah-tengah Kota Kuwait ni lebih dikenali sebagai Masjid Al-Kabir dan ia merupakan masjid yang terbesar di sini dengan keluasan hampir 490,000 kaki persegi. Di sini kami dibawa melawat ke setiap ruangan di dalam masjid ini. Senibina dan rekaan dalaman masjid ini sungguh mengkagumkan. Dari dindingnya hinggalah ke bahagian bumbungnya, dekorasinya cukup halus dan berseni sekali. Apa yang menarik lagi, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk melawat dan mengikuti tour di masjid ini. Siap dapat souvenir percuma lagi tau!   


Masjid Al-Kabir






Selain daripada tu, kami juga sempat berkunjung ke sebuah muzium yang banyak menyimpan sejarah dan perkembangan tradisi negara Kuwait, iaitu di Sadu House. Di sini kita boleh mempelajari segenap aspek yang berkaitan dengan kebudayaan dan tradisi masyarakat Kuwait.

Sadu House
Baik-baik bang...

Pada hari terakhir kami di sini, kami masih lagi mendapat layanan VIP daripada host kami. Kami dibawa pula untuk menikmati jamuan makan tengah hari di sebuah hotel lima bintang di sini. Kali ni kami dijamu dengan makanan dari negara Lubnan pula, hehehe….huntonglah badan…

Ahkak senyum melebar!

Pada sebelah malamnya pula, Haji Ali dan keluarganya mengadakan sebuah jamuan BBQ untuk kami semua. Jamuan ni diadakan di bahagian roof top rumah agam ini. Di majlis ini, kami semua mengucapkan berjuta-juta terima kasih di atas layanan yang telah diberi kepada kami sepanjang berada di sini. Semoga keluarga ini sentiasa dirahmati Allah di atas segala kebaikan yang telah diberi kepada tetamu-tetamunya. Amin.

Jamuan perpisahan, sobs...sobs...sobs

Ingatlah! Tarikan sesebuah negara itu tidak hanya terletak pada mercu tandanya, malah yang lebih kekal di memori adalah nilai sebuah hubungan kemanusian yang utuh dan murni.

Thank you for everything and till we meet again InsyaAllah.
May Allah bless this family. 


Kuwait – mission accomplished!  

8 comments:

  1. How to join ur trip.....nak sgt join trip backpackers klu kebetulan ada cuti......

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Mcm mana cara nak dptkan harga tiket murah mcm tu?

    ReplyDelete
  3. salam, mcm mne dpt contact org couchsurfing tu ye? hehe
    +60197504877 (kalo bole share pls)

    ReplyDelete
  4. Salam tuan..mcm mna bleh dpt tiket semurah itu?heee..

    ReplyDelete
  5. Assalaam... dik.. sy nk dpt tiket murah jugak.. dah lama plan nk g kuwait.. takde idea.. tolong2.. tq

    ReplyDelete