10 Persoalan Asas Dalam Merancang Trip Backpacking

Assalamualaikum & salam sejahtera semua... 
Salam 1 Backpacking! hehe...

5 bulan yang lalu (nampak sangat aku ni tak efektif & berdedikasi dalam menghupdate blog..hehe), aku ada share pasal Tips Trip Backpacking Bajet, iaitu berkaitan cara-cara bagaimana untuk kita merancang sesebuah trip kita. Pada sesiapa yang belum baca pasal tips tersebut bolehlah baca di sini

Kali ni aku nak share pula berkaitan 10 persoalan asas atau kemusykilan yang mungkin bermain di benak kita dalam merancang dan menyempurnakan trip backpacking kita. Jadi aku harap semoga entry kali ni dapat membantu sedikit sebanyak especially kepada newbies-newbies yang mula berkecimpung dalam arena backpacking ni.

1. Macam mana saya nak tahu cara untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah? 
  • Survey di laman skyscanner. Dari sini ia akan link dengan laman booking agent seperti expedia, ebookers, tripstabravofly dll.  
    • Selepas dapat idea harga tiket dari laman-laman tersebut, double check pula di dedicated airlines website, contohnya di AirAsia dan Malaysia Airlines website sekiranya korang menggunakan penerbangan tersebut. Harga kadang-kadang tak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan di laman-laman booking agent tersebut. Sometime harga di website airlines lebih murah daripada harga di laman-laman agent tadi. The key is kena rajin-rajinkanlah diri tu. 

Antara ejen-ejen pencarian tiket penerbangan murah



  • Register/ subscribe email korang as a member dengan airlines-airlines yang utama seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Emirates, Etihad Airways, Qatar Airways, Cebu Pacific dll. yang mana korang berkenan. Nanti diorang akan keep in touch dengan kita via email kalau ada apa-apa flight promotion atau flight deals. 


2. Macam mana saya nak tahu cara termurah untuk keluar dari airport/ railway station/ ferry port dengan menggunakan pengangkutan awam (say no to taxi!)? 

  • Check di ihatetaxis.com. Just masukkan nama airport/ railway station/ ferry port di ruangan "search". Nanti dia akan bagi beberapa pilihan pengangkutan awam yang ada seperti bus/ train/ metro dll. beserta anggaran harga tiketnya sekali.
  • Baca di bawah subtitle "Get in" di laman wikitravel bagi destinasi yang korang nak pergi tu (contohnya: "Lombok wikitravel" kalau korang nak ke Lombok). 
  • Baca di ruangan "to/from" di dedicated airport website. (contohnya: "www.klia.com.my" for KLIA). 
  • Baca di ruangan "Ground transportation" di dedicated airport wikipedia page (contohnya: "Changi Airport" for Singapore Changi Airport. 

3. Macam mana pula saya nak pilih & booking tempat penginapan yang sesuai? 

  • Survey di dedicated hotels website (contohnya: www.tunehotels.com jika korang nak stay di Tune Hotels)


Antara ejen-ejen pencarian tempat penginapan (hotel, hostel, guesthouse)


*Baca review sebanyak mungkin untuk dapat gambaran tempat penginapan tersebut dari aspek kebersihan dan keselesaan. 


*Sila rujuk juga kepada google maps untuk dapat gambaran yang lebih jelas berkenaan lokasi tempat penginapan tersebut. Kalau di area bandar, disarankn juga pilih tempat penginapan yang tak terlalu jauh dengan public transportation hub bagi memudahkan pergerakan. 

*Sila teliti fasiliti/ kemudahan yang ada di tempat penginapan tersebut. Kalo korang ni jenis yang takleh berpisah dengan internet (macam aku ni haa...), pilihan penginapan yang ada wifi sudah menjadi kemestian. (Kalau ada wifi pun tup-tup sampai sana wifi is not working pun hampeh jugak, terpaksa lah cari kedai kopi yang ada wifi....

*Rajin-rajinkanlah diri tu jugak untuk buat perbandingan harga di antara harga di laman booking agent tersebut dengan harga di website hotel itu sendiri. Kadang-kadang kita book direct dengan hotel tu lebih murah berbanding book dekat agoda ataupun booking.com. 

4. Macam mana saya nak tahu tempat-tempat yang mesti saya lawati di destinasi yang saya kunjungi tu? 
  • Baca di ruangan "See" di laman wikitravel bagi destinasi yang korang nak pergi tu (contohnya: "Bangkok wikitravel" kalau korang nak ke Bangkok). 
  • Baca di website tourism destinasi tersebut (contohnya: www.visittromso.no jika korang nak berkunjung ke Tromso).
  • Baca di travel forum seperti Trip advisor dan lonelyplanet. 
  • Keep update dengan info-info terbaharu di travel forum/ page-page/ group-group backpackers setempat (macam BBM & MBC ni lah).   

5. Macam mana cara nak get around/ ronda-ronda di sesebuah bandar/ destinasi yang saya kunjungi tu dengan menggunakan public transport? 

  • Baca di ruangan "Get around" di laman wikitravel bagi destinasi yang korang nak pergi tu (contohnya: "Hong Kong wikitravel" kalau korang nak ke Hong Kong). 
  • Baca di dedicated website for metro/ subway/ train/ tram/ bus di destinasi tersebut (contohnya: www.tokyometro.jp for Tokyo Metro).
  • Jika banyak menggunakan train, boleh rujuk di website www.seat61.com   

*Sila print route map metro/ subway tu dan contenglah maklumat-maklumat penting  pada map tersebut.

*Jika banyak menggunakan sistem metro/ subway, boleh pertimbangkan juga untuk guna day pass/ tourist pass berbanding normal ticket.  

6. Buat yang beragama Islam, macam mana saya nak tahu kat mana saya boleh dapatkan makanan halal di tempat yang saya kunjungi tu? 

  • Baca di travel forum seperti Trip advisor
  • Email pertanyaan berkaitan halal foods kepada Islamic Organization di tempat yang korang nak pergi tu. InsyaAllah diaorang akan balas dengan memberi beberapa pilihan lokasi tempat makan yang diiktiraf halal. 
  • Baca seberapa banyak blog tentang destinasi yang korang nak pergi tu, mana tau certain blog tu dia ada perincikan tentang halal foods. 
  • Minta advice daripada orang local di couchsurfing website (kalau takde yang reply pun takpe, kan masih banyak pilihan lain untuk dapatkan info, at least kita dah cuba).

*Jika tempat yang korang nak gi tu memang sangat susah/ memang tiada langsung availability for halal foods, disarankan untuk bawa bekalan makanan dari Malaysia seperti maggi, biskut, chocolate bar, 3in1 dan sebagainya. 

*Jika korang travel untuk jangkamasa yang agak panjang, mungkin boleh consider untuk bawak travel cooker dan bahan-bahan kering seperti beras dan rempah ratus dari sini. (Masa aku gi camping di Kalahari Desert, South Africa hari tu, semua aku hangkut dari sini... travel cooker, beras, minyak, garam, bawang, rempah ratus, gula, sardin dll, hehehe...). 


Masa camping kat Gurun Kalahari hari tu memang semua barang mentah aku hangkut dari Malaysia. Bawak travel cooker elektrik sekali, mana nak cari kedai kat tengah-tengah gurun ni wei, hahaha....

7. Macam mana saya nak buat itinerary bagi trip saya?  

  • Disarankan untuk buat itinerary secukup detail yang mungkin. 
  • Masukkan maklumat-maklumat berikut ke dalam itinerary korang:
    • Hari & tarikh (kadang-kadang bile kita dah seronok sangat kat negara orang ni hari pun boleh lupa).
    • Details berkenaan flights/ train/ bus journey (beserta masa departure & arrival, kos tiket, booking reference number dll.) 
    • Nama tempat penginapan beserta alamat lengkap & contact no./ email.
    • Direction untuk ke tempat penginapan/ tempat yang nak dilawati. 
    • Nama dan alamat tempat makanan halal beserta direction untuk ke lokasi tersebut.
    • Entrance fees bagi tempat-tempat yang nak dilawati (jika berkenaan).  
    • Boleh juga sertakan maklumat berkaitan alamat dan contact no. Kedutaan Malaysia yang terdekat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan. 
Contoh itinerary

8. Macam mana saya nak tahu negara yang saya nak lawati tu perlu visa ke tak? 

  • Sila rujuk di wikipedia page "visa requirements for Malaysian citizens" sebagai rujukan sahaja. Kalau tak berapa pasti juga, rajin-rajinkanlah email ke Kedutaan Malaysia di destinasi tersebut atau tanya sahabat-sahabat yang baru pulang dari destinasi tersebut.
  • Jika travel ke negara-negara Schengen di Eropah (Austria, Belgium, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Liechtenstein, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden & Switzerland), kita tak perlu visa untuk stay up to 90 days per half year, hanya cukup bawak passport merah yang masih valid at least 6 bulan. 
  • Untuk UK, visa free up to 6 months
  • Untuk Ireland, visa free up to 3 months
  • Untuk Japan & South Korea, visa free up to 90 days
  • US, China, India, Russia perlu apply visa 
  • Untuk Australia & Sri Lanka, perlu apply ETA (Electronic Travel Authorization) secara online.   

9. Apakah dokumen-dokumen penting yang perlu saya bawa jika nak travel ke luar negara? 
  • A valid passport & visa (jika berkenaan)
  • Salinan ETA (jika berkenaan) 
  • Salinan tiket-tiket penerbangan, keretapi, bas dll. yang berkaitan
  • Salinan booking hotel
  • Printed itinerary
*Dinasihatkan untuk scan semua dokumen penting di atas dan emailkan kepada email sendiri atau alternative email korang sebagai backup sekiranya berlaku apa-apa kecemasan. 

10. Jika saya hanya travel dengan hand carry bagpack/ luggage sahaja (without checked-in luggage), macam mana saya nak keep my bagpack/ luggage light? 

  • Bawa hanya pakaian yang perlu sahaja, pack pakaian dalam bentuk 'gulungan' untuk jimatkan ruang dalam bagpack/ luggage.  
  • Limitkan barang-barang toiletries kepada yang bersaiz kecil sahaja dan pack ke dalam travel-sized plastic seal. Sama juga dengan ubat-ubatan. Kalau travel belah Europe biasanya kita kena keluarkan plastic seal yang berisi toiletries semasa nak scan barang-barang. Sesetengah airport juga memang dia ada sediakan plastic seal tu.   
Pack pakaian dalam bentuk gulungan bagi menjimatkan ruang dalam bagpack


Pack barang-barang toiletries/ubat-ubatan ke dalam travel-sized plastic seal


Diharapkan dengan perkongsian ini, at least member-member yang baru nak berkecimpung dalam arena backpacking ni mendapat gambaran yang lebih jelas dalam membuat perancangan trip backpacking. 

Kuncinya di sini ialah "KERAJINAN" dan "USAHA" kita sendiri. Bagi pendapat saya, 95% info dan maklumat banyak boleh kita perolehi daripada pelbagai sumber di internet. Yang perlu kita lakukan hanyalah SURVEY... RESEARCH... STUDY... BACA... CATAT... GALI & GALI LAGI.... InsyaAllah kemusykilan itu dapat diselesaikan.

Saya selalu mengingatkan diri saya dengan peringatan ini:

"Membuat persiapan bagi sesebuah trip backpacking umpama membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Semasa peperiksaan, kertas soalan menjadi pengujinya, tapi dalam berbackpacking, "situasi asing" menjadi cabarannya" 

Happy backpacking!
Do follow my instagram @kembararazali :)

Wassalam.    

8 comments:

  1. Tq..info yg sgt bgus..padat..

    ReplyDelete
  2. JM singgah sini..lepas baca entri ni terus tertarik dan add ke dalam bookmark...

    ReplyDelete
  3. Wow.....ko mmg hebat.....terima kasih byk2....sbb mmg nak mulakan backpacking.....tq

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Tq for sharing .. info yg padat dan jelas ..

    ReplyDelete
  6. for 1st timer mcm sya, blom penah naik flight..kalo bwk backpack 35L leh lpas ke bwk masuk flight? mksudnya xpayah drop baggage di kaunter? lpas imigresen? tq

    ReplyDelete
  7. Menarik peringatan yg last tu.....good info,terima kasih

    ReplyDelete
  8. Want to travel without hitting hard on your pocket? If yes, then United Airlines Cheap Flight Reservation is the perfect choice for you.

    ReplyDelete