Coron, Palawan: Home of The Cleanest Lake

Mungkin nama Puerto Princesa lebih dikenali jika kita sebut pasal Palawan, Filipina. Namun Coron yang terletak di Busuanga Island, iaitu bahagian utara Palawan ini juga tidak kurang hebatnya bagi pencinta pantai dan pulau. Coron merupakan bandar terbesar di kepulauan Busuanga. Ia dikelilingi oleh beberapa pulau dan pantai kecil di sekitarnya seperti Coron Island dan Banol Beach. Selain itu, Kayangan Lake dan Barracuda Lake juga sangat digemari oleh para pencinta snorkeling. 

Kedudukan Coron pada peta negara Filipina

Bagaimana nak ke Coron? 

Cara paling mudah untuk ke Coron adalah dengan menggunakan pengangkutan udara dari Manila. Cebu Pacific Air, PAL Express dan Skyjet adalah antara syarikat penerbangan yang ada penerbangan langsung dari Manila ke Coron. Di Coron, korang akan mendarat di Francisco B. Reyes Airport atau lebih dikenali sebagai Busuanga Airport. Penerbangan Manila-Coron memakan masa lebih kurang 1 jam. 

Safely landed at Busuanga Airport
Busuanga Airport

Bagaimana nak ke Coron Town dari Busuanga Airport? 

Sebaik tiba di Busuanga Airport, korang jangan risau tentang pengangkutan untuk ke Coron town. Kat luar airport dah ada minivan yang sedia menanti untuk bawa penumpang yang tiba ke Coron town. Perjalanan dari Busuanga Airport ke Coron Town memakan masa lebih kurang 45 minit dan tambang sehala adalah 150PHP/pax (~RM11). Biasanya kalau korang dah buat booking penginapan di Coron, kat luar airport tu diorang ada tulis nama korang kat board. So pergi cari nama korang dan naik minivan yang telah ditetapkan. Tambang minivan tu bayar direct kat driver minivan tu. 

Penginapan di Coron 

Banyak pilihan hotel, guesthouse atau lodge di sekitar bandar Coron ni. So tak perlu risau sangat pasal accommodation kat sini. Semuanya terserah pada budget korang. Aku hari tu stay kat Luis Bay Lodge, lokasinya sangat dekat dengan jeti untuk island hopping. Bilik double baru RM40/malam dan ada free wifi juga.   


Main entrance Luis Bay Lodge, Coron

Aktiviti di Coron

Bandar Coron ni sebenarnya kecil je, you can reach anywhere by foot only. Tapi kalau malas sangat nak jalan, bolehlah naik tricycle dengan bayaran cuma 10PHP (~RM0.70) ke mana-mana destinasi di sekitar Coron town ni. 

Coron Town
Coron Town
Landmark paling tinggi kat sini ialah Mt. Tapyas yang betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Coron. Korang perlu mendaki sebanyak 728 anak tangga untuk sampai ke puncaknya. View dari atas puncak memang awesome, so greeeeeeeeeeeeen!!!! 


Aktiviti utama di Coron ni biasanya adalah island dan lake hopping. Bagi peminat snorkeling, Coron mungkin destinasi yang sesuai untuk korang kerana tasik-tasik di sekitar Coron ni memang dikenali antara tasik yang terbersih dan paling jernih di Palawan. Untuk island hopping, pakej tour boleh ditempah dari agen-agen yang terdapat di Coron town atau dari tempat penginapan korang. Pakej boleh didapati pada harga serendah 650PHP/pax (~RM47) dan memerlukan minimum 8 orang untuk ia beroperasi. 

Banol Beach 

Kat sekitar Coron ni ada beberapa buah pantai kecil antaranya yang paling famous ialah Banol Beach. Perjalanan dari jeti Coron ke Banol Beach ni mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan menaiki bot. Kat Banol Beach ni ada satu etnik tempatan yang menginap di sini, iaitu etnik Tagbanua. Mereka menjadikan sebuah gua di sini sebagai kawasan penempatan mereka untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Banol Beach ni sangat bersih, pasirnya keputihan dan air nya sangat jernih tak terkata.



Barracuda Lake

Barracuda Lake ni dinamakan sempena nama spesies sejenis ikan, iaitu Barracuda. Menurut sejarah, kat kawasan ni ada dijumpai rangka Barracuda yang bersaiz besar dan dari situlah ia mendapat nama. Sehingga sekarang pun tasik ni memang ada banyak spesies Barracuda tapi semuanya kecik-kecik je, so jangan takut nak diving atau snorkeling kat sini, hehehe... Oh ya, entrance fee untuk masuk ke sini adalah 100PHP/pax (~RM7). 



Kayangan Lake 

Kayangan Lake merupakan tasik yang paling terkenal di Coron ni. It is judged as the cleanest lake in the country. Bayaran masuk ke sini adalah 200PHP/pax (~RM15). Untuk sampai ke sini, korang kena mendaki anak tangga ke bahagian atas terlebih dahulu sebelum turun ke bawah ke bahagian tasik ni. Sebelum turun menuju ke tasik, korang wajib singgah dulu kat sebuah gua kecil kat bahagian atas tu untuk mendapatkan view yang paling awesome sekali kat sini, malahan ia adalah view yang paling popular sekali yang mencirikan Palawan. Subhanallah cantik sangatttttttt....tak terkata aku duk bertapa atas batu sambil layan view kat sini... marvelousssss, awesomeeee............ 

View yang paling awesome kat Kayangan Lake
Thinking of the next destination...hahaha

Jika korang merancang untuk ke Coron ni dalam masa yang agak panjang, korang boleh la mengunjungi El Nido sekali dengan menaiki bot dari Coron ni. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam. 

Diharapkan dengan perkongsian ni dapat membantu sedikit sebanyak buat sesape yang nak berkunjung ke Coron ni suatu hari nanti. 

Happy backpacking! 

12 comments:

  1. Awesome!nice view..thanks for sharing! :)

    ReplyDelete
  2. wahhh cantiknya, insyaaAllah ke sini jan nnt, thanks for the info ^_^

    ReplyDelete
  3. good info and thanks for sharing..

    ReplyDelete
  4. palawan nie ley g anytime ke ? or ade musim die jgk ? mcm monsun ke

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. thank u for sharing... planning wanna go there with friend

    ReplyDelete
  7. cantik nya tempat nie...,teringin jgak nak ke sana

    ReplyDelete
  8. Admin pegi lake tu amik pakej kat hotel or bandar? or pegi sndri je?

    ReplyDelete
  9. Salam Bro. Halal food snang cri x?

    ReplyDelete
  10. Macam mana penerbangan dari malaysia nak ke sana ya ? 🙂

    ReplyDelete