Manila: All You Can D.I.Y!

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk berkunjung ke Manila, ibu negara Filipina. Ini merupakan trip backpacking aku yang kedua ke negara Filipina, selepas trip Cebu pada tahun 2012 yang lalu (sebahagian besar memori di Cebu telah hilang, jadi tak dapat aku nak terjemahkannya ke dalam bentuk blog.....hahaha). Aku singgah dan overnight di Manila ni dalam misi nak ke Coron, Palawan sebenarnya, hehehe.... Tapi takpe aku akan share sikit pengalaman aku berkunjung ke Manila baru-baru ni terutamanya dalam aspek menjejak kawasan komuniti Muslim di sana. 

Mabuhay Pilipinas!
Ketibaan di Manila

Jika korang menggunakan penerbangan AirAsia Zest (kod Z2), korang akan mendarat di Ninoy Aquino International Airport (NAIA) Terminal 4, yang selalunya dikenali sebagai "Domestic Terminal". Info terkini yang diperolehi jika menggunakan penerbangan AirAsia Zest dari Kota Kinabalu, korang akan mendarat di Terminal 3 NAIA bermula 15 September 2014. 

Macam mana nak ke pusat bandar Manila dari NAIA T4 dengan cara termurah? Meh aku share kan.. (no taxi pleaseeeee...hehe)

Terminal 4 NAIA ni simple je. Sebaik sahaja keluar dari pintu ketibaan tu, korang jalan ke arah kanan sepanjang "Domestic Rd." sehingga nampak Petron Station di seberang jalan belah kiri korang. 

Domestic Road. Petron station as a landmark.

Dah sampai sini korang lintas jalan masuk ikut Petron Station tu dan bergerak ke arah kiri di sepanjang "Airport Rd". Di sebelah kiri jalan korang akan nampak stesen jeepney dan depan sikit korang akan lalu jambatan (jangan tanya air sungai warna apa...hahaha). 

 
Airport Road. Melintasi jambatan.


Korang jalan depan sikit lagi sehinggalah jumpa simpang empat traffic light. Kat simpang empat ni korang kena ambil jalan ke kanan, perhatikan dia ada tulis "Quirino Ave". 

Simpang empat traffic light. Ambil simpang ke kanan "Quirino Ave".

So korang jalanlah lebih kurang dalam 10 minit di sepanjang Quirino Ave ni sehingga korang nampak trek LRT di bahagian kanan. 

Di sepanjang Quirino Ave

Terminus station, Baclaran Station

So sekarang korang dah sampai di stesen LRT-1, Baclaran Station. Ia merupakan stesen LRT-1 yang terakhir di bahagian selatan. Jadi, dari sini korang bolehlah nak ke mana-mana destinasi di pusat bandar Manila ni. Bukan saja mudah malahan tak perlu keluarkan satu sen pun...hehehe...itu yang penting! Why not to try this backpacker's style if you visit Manila in the future :-)

Di Metro Manila, ada 3 lines LRT/MRT, iaitu LRT-1, LRT-2 dan MRT-3. Ni aku attach kan route map sistem LRT/MRT di Metro Manila. 

Route map LRT & MRT di Metro Manila
Ni lah rupa LRT di Manila

Tiket LRT


Tiket boleh dibeli di kaunter. Tambangnya pula bergantung kepada jarak. Sebagai contoh, tambang sehala dari stesen Baclaran ke stesen Carriedo adalah 15PHP (~RM1.10). Coach nya juga ada diasingkan khusus buat kaum hawa sahaja. Tapi korang kena tahan sikitlah, LRT di Manila ni ya ampunnnnnnnn crowded tahap gaban. Aku hari tuh hampir tak dapat nak keluar dari tren dek terlalu padat dalam LRT tuh..huhu...well, jadikan itu sebagai pengalaman yang mungkin kita tak dapat di tempat lain kan...so why not?? Inilah yang dikatakan asam garam perjalanan dalam kita berbackpacking, tak semuanya jalan-jalan yang kita lalui itu mudah, pasti ada likunya....setuju tak? 

Oh lupa, lagi satu, kawalan keselamatan juga dikawal ketat. Semua beg akan diperiksa oleh pengawal keselamatan bertugas di setiap pintu masuk ke stesen LRT/MRT. Jadi jika korang bawak bagpack tu kenalah buka dan tunjukkan kepada pengawal yang bertugas tu.  

Ok, itu kalau korang landing di Terminal 4 NAIA. Macam mana pula kalau landing di Terminal 3? Terminal 3 ni banyak digunakan oleh syarikat penerbangan Cebu Pacific. Terminalnya jauh lebih besar dan selesa berbanding Terminal 4. Kat sini juga ada free wifi dan kemudahan bilik solat. 

Sebaik keluar dari balai ketibaan di Terminal 3 ni, korang jalan ke arah kanan terminal, follow je signage bus stop. Kat tiang ada diletakkan maklumat berkaitan shuttle bus atau "Airport Loop" bus untuk ke pusat bandar Manila. Tambangnya pula cuma 20PHP (~RM1.50). Kebanyakan penumpang biasanya akan turun di EDSA LRT/Taft Avenue MRT station. Dari sini korang bolehlah nak ke mana-mana destinasi lain yang boleh dicapai dengan menggunakan LRT atau MRT di sekitar Metro Manila ni.  

Shuttle bus atau airport loop bus dari Terminal 3 NAIA ke EDSA LRT/Taft Avenue MRT Station

Penginapan di Metro Manila

Aku hari tu sebab nak dekat dengan kawasan yang mudah untuk dapatkan makanan halal, jadi aku memilih untuk stay di Hotel Sogo Avenida, yang berdekatan dengan stesen LRT Carriedo. Hotel dan biliknya OK, ada telefon, flat screen TV, bersih, selamat dan ada free wifi. 

Lobi hotel ni terletak di tingkat 6 bangunan
Bilik tidur

Bilik air

Jangan main-main you, shower dia kaler hijau ok...ko haddo??? hahaha....


Cuma kawasan di sekitar Carriedo station ni je yang agak mengecewakan kerana kotor, sangat crowded dan dipenuhi dengan golongan-golongan homeless. Tapi aku still rasa selamat even aku keluar jalan-jalan sorang-sorang waktu malam di sekitar kawasan ni. Hasil tangkapan malam ni adalah..........................................."balut"....eeeeeeeeeeeeee

Ni lah dia "balut"; telur ayam yg dah terbentuk fetusnya. Ni bukan aku makan ye, aku just beli sebiji untuk amik gambar buat tatapan korang semua...kahkahkah
 

Makanan Halal di Manila

Kalau travel ke mana-mana sekali pun di pelusuk dunia ni, biasanya kita akan menjumpai makanan halal berdekatan dengan masjid atau penempatan komuniti Muslim setempat. Baru-baru ni aku sempat berkunjung ke sebuah kawasan penempatan terbesar komuniti Islam di Metro Manila iaitu di Daerah Quiapo. Kat sini ada sebuah masjid iaitu Masjid Al-Dahab atau juga dikenali sebagai Golden Mosque. Di sekitar kawasan ni kita boleh dapat banyak pilihan makanan halal pada harga yang berpatutan dan yang paling penting kena dengan selera kita...hehehe..

Manila Golden Mosque & Cultural Center
Golden Mosque
Golden Mosque
Kat Manila ni, lauk-pauk dihidangkan ala-ala macam kita makan nasi padang, yang mana lauknya dah siap diasingkan dalam piring atau mangkuk kecil. Secara puratanya, harga bagi sejenis lauk adalah 50PHP (~RM3.70). So kita just pilih je nak lauk yang mana. Rasanya.................hmmmm sedappppppppppppppp

Kedai A
Kedai B
Macam mana nak ke sini? 

Cara termudah untuk ke sini adalah dengan menaiki LRT-1 dan turun di stesen Carriedo. Kemudian korang jalan ikut Palanca street melalui kawasan orang-orang berjual di pinggir-pinggir jalan sehinggalah nampak satu flyover. Korang jalan lalu ikut bawah flyover tu dan dari sini korang akan nampak pintu gerbang seperti gambar kat bawah ni. Sekarang korang dah sampai ke Globe de Oro street yang mana dihuni oleh komuniti-komuniti Muslim di sini. 

Pintu gerbang memasuki kawasan penempatan komuniti Muslim di daerah Quiapo
Selain daripada di Daerah Quiapo, korang juga boleh jumpa makanan halal berdekatan dengan EDSA LRT/Taft MRT Station. Terdapat sebuah masjid di sini iaitu Masjid An Nur dan di sekitar masjid ni ada beberapa buah restoran makanan halal. Tapi harganya mahal sikit berbanding di Quiapo.   

Setakat ni sajalah perkongsian ringkas aku tentang Manila.

Happy backpacking!

6 comments:

  1. Betul lah kat Manila nie penduduknya ya ampun ramai bangat.Kalaau orang pergi Mall dia semua penuh good for business.Tapi di nasihatkan berwaspada pada yang naik public transport sebab pic pocket pun tahap professional.so kena berhati-hati.wallet kena letak kat pocket depan kalau berada di are yg ramai orang.Salamt po

    ReplyDelete
  2. balut tu yg tak tahan nngoknya. berapa harganya sebijik tu?

    ReplyDelete
  3. 5/3/15 gi palawan tapi xtahu nak island hoping mane . Ade idea x?

    ReplyDelete
  4. tq, good info. bln 3 2016 akan kesana.

    ReplyDelete
  5. tq for the info. Will go to manila on 25th April 2017. hope everything gonna be okay. :)

    ReplyDelete
  6. salam. terima kasih atas info
    boleh saya dapatkan emel / num telefon encik?
    saya akan ke manila utk prog universiti. saya byk bnda nak tnya sebelum pergi.

    sy sertakan emel saya
    haliqa15@gmail.com

    ReplyDelete