Welcome to Poland!

31 Mei 2013 

Tiba di Warsaw-Frederic Chopin Airport pada jam 11.30 pagi (waktu tempatan) dengan penerbangan Emirates EK179 dari Dubai. 
*Waktu tempatan di Warsaw adalah 6 jam lewat daripada waktu di Kuala Lumpur.  

Welcome to Poland!
Di kaunter Immigration Control, aku di tanya dengan bermacam-macam soalan, jenuh nak menjawab soalan-soalan daripada akak officer immigration tu, macam biasalah dia tanya berapa lama nak stay, nak pergi mana, kenapa pilih untuk datang ke Poland, di Poland stay kat mana, berapa banyak bawa duit...alahai layan je lah. 
Setelah selesai sesi bersoal jawab dengan akak officer immigration tadi, aku cepat-cepat menuju ke Tourist Information Counter untuk dapatkan map Warsaw dan tanya apa-apa yang patut. Ni lah antara hasil rembatannya. 



Dah dapat apa-apa yang patut, kemudiannya aku pergi tukar duit euro kepada duit Poland Zlotych di Money Changer yang terletak di arrival hall tu. Kadar tukaran duit zlotych dengan MYR hampir sama (zl 1 ~ RM 1). 

Poland currency ~ zlotych
Next step, aku kena beli tiket Bas #175 di kaunter bersebelahan dengan Tourist Information Counter tadi. Ini adalah cara termudah dan termurah untuk aku ke hostel dari airport. Harga sehala adalah 4.4 zl (~RM 4.4). Aku terus beli untuk 2 trip, iaitu untuk hari ni (airport ke hostel) dan  esok harinya (hostel ke airport). Selain daripada bas, boleh juga naik train ke Warszawa Centralna (Warsaw Central). Tapi jenuh lah sikit nak kena berjalan kaki dari Warsaw Central ke hostel nanti. 

Dah dapat tiket bas, aku terus keluar dari arrival hall dan pusing-pusing cari signage airport nih. Biasalah, ni rutin aku bila landing je kat mana-mana airport yang baru, aku mesti nak bergambar berlatar belakangkan nama airport tu dulu, hahaha.....

Warsaw-Frederic Chopin Airport
Dah settle bergambar, aku terus menuju ke bus stop yang terletak di luar arrival hall tu. Untuk double confirm, aku tanya lagi sekali dengan local people yang duk tunggu bas kat situ juga. Tak sampai 10 minit tunggu, bas #175 pun tiba. 
*Pastikan validate tiket bas pada kotak yang bewarna kuning kat dalam bas tu sebaik sahaja onboard. 

Perjalanan dari airport ke city centre mengambil masa lebih kurang 30-40 minit. Perhentian bas yang terdekat dengan hostel yang aku nak stay nanti nama dia "Foksal" di Nowy Swiat St. Untuk malam pertama di Warsaw ni aku menginap di New World Street Hostel. Harga untuk satu malam bagi seorang di dorm 10 katil ialah EUR 10.71 (~RM 45). Aku memang dah awal-awal book secara online hostel ni di www.hostelbookers.com

Keadaan bilik selesa dan bersih, ada free wifi, kalau nak breakfast tambah duit lah sikit. Yang tak best nya sikit hostel ni duk kat tingkat 3 bangunan, so terpaksalah mendaki anak tangga dengan bebanan bagpack yang dipikul nih. 

Living room New World Street Hostel
Selepas check-in, aku bertanya sikit dengan si receptionist hostel nih tentang tempat-tempat menarik yang boleh aku lawati di sekitar Warsaw. Dah panjang lebar dia explain kat aku, then aku terus mulakan perjalanan di sepanjang Nowy Swiat dan Krakowskie Przedmiescie sehingga ke Plac Zamkowy untuk melihat Royal Castle.

Royal Castle Warsaw
Di Castle Square, aku nampak kelibat orang berkumpul. Aku terus menghampiri kumpulan manusia tu, rupa-rupanya diorang tunggu untuk join "Free Walking Tour". So tanpa berfikir panjang, aku pun turut serta sekali walking tour ni. 

Ni antara pemandangan-pemandangan yang sempat aku snap ketika jalan-jalan di Warsaw. 

Palace of Culture & Science
University of Warsaw


Antara benda yang menarik perhatian aku di sekitar Warsaw ni ialah "Multimedia benches". Korang boleh tekan button pada benches ni dan enjoy alunan muzik yang dimainkan, best gak layan, hehe....

Multimedia benches
Saje nak promo Free Walking Tour ni!
Walking tour yang aku join ni lebih kurang 2 jam setengah lamanya. Agak semput gak lah jalan-jalan dengan group ni, sebab masing-masing langkah cepat je diorang ni berjalan, huhu...

Kalau korang datang ke Warsaw, I would recommend to join this free tour. Untuk info, meeting point bagi tour ni adalah di Sigismund's Column di Castle Square dan biasanya akan tamat di Pilsudski Square. Nama pun lagi free tour, so tiada bayaran dikenakan, cuma pemberian tips kepada guide tu amat-amat dihargai. Memang terbaik tour nih aku cakap! Untuk maklumat lanjut berkaitan tour ni korang boleh check facebook diorang di www.facebook.com/Free.Tour.Warsaw

Selesai walking tour, aku plan untuk terus pergi dinner. Plan nak makan kebab di sebuah Turkish Restaurant, Kebab King, yang terletak tak jauh dari hostel yang aku stay tu. Untuk hidangan makan malam ni, aku cuba salad kebab platter yang berharga 20 zl (~RM 20) untuk satu hidangan. Untuk maklumat lanjut tentang senarai lokasi restoran, menu dan harga yang ditawarkan di Kebab King Poland ini, boleh lah merujuk kepada laman web www.kebabking.biz

Salad kebab platter for my dinner, nyum....
Perut pun dah kenyang, badan pun dah letih, aku decide untuk balik ke hostel je untuk berehat. Aku perlukan rehat yang cukup dan esok perlu bangun awal untuk ke airport nak catch flight ke Stockholm, Sweden pula. Oh ya, hari pertama di Warsaw ni aku memang belum plan nak cari souvenir sebab nanti hari last bagi trip kali ni aku akan balik semula ke Warsaw, so last day nanti baru aku gi cari.

Daaaa.....

Total expenses for today:
1) Bus #175 ticket: zl 4.4 x 2 = zl 8.8 (~RM 8.8) 
2) Dinner: zl 20 (~RM 20)
3) Air minuman: zl 4 (~RM 4)

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. visit my blog http://anakbonda.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. bestnyer poland salah satu tempat fairy tale teringin nak ke sana

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..nak tnya berapa rate tiket flight ke poland

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete