12 Oktober 2011:
Hari ni merupakan hari terakhir aku di bumi London. Entah bila la aku berpeluang untuk berkunjung ke sini lagi. Petang ni aku dah nak fly ke Oslo semula dan akan spend masa selama 2 hari di sana. Memandangkan flight aku ke Oslo adalah pada sebelah petang, so aku bangun agak lewat hari ni. Masa yang berbaki ni aku sempat sekali lagi berkunjung ke Primark Mall untuk menghabiskan sedikit sebanyak duit pound sterling nih..hehehe
Jam 1.00 ptg aku mula berangkat menuju ke Victoria Coach Station. Untuk ke Stansted Airport, sekali lagi aku menaiki Terravision Bus. Harga tiket sehala bagi seorang dewasa ialah £ 7.00 (~RM 35.00) dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Untuk memudahkan urusan, aku memang dah siap beli tiket Terravision Bus ni secara online masa kat Malaysia lagi.
Aku tiba di Stansted Airport lebih kurang jam 4.00 ptg. Flight aku ke Oslo pula pada jam 6.25 ptg menggunakan penerbangan Ryanair. Penerbangan ke Oslo Rygge mengambil masa lebih kurang 2 jam. Aku tiba di Oslo Rygge Airport pada jam 9.30 mlm waktu tempatan di Oslo. Untuk info, waktu tempatan di Oslo adalah 1 jam lebih awal berbanding waktu tempatan di London. Waktu tu suhu di Oslo sangat sejuk sekitar 3'C. Cuaca di Oslo pada waktu tu memang jauh lebih sejuk berbanding di London.
Untuk ke pusat bandar Oslo, iaitu Oslo Sentral, aku menggunakan perkhidmatan Rygge-Ekspressen Bus. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam. Seperti yang dimaklumkan sebelum ni, negara Norway ni merupakan antara negara yang mempunyai kos sara hidup yang paling tinggi di dunia. Korang bayangkanlah sendiri, harga tiket Rygge-Ekspressen Bus yang aku naik ni berharga NOK 140.00 (~RM 80.00). Walhal perjalanannya hanyalah memakan masa selama 1 jam sahaja. Kalau kat Malaysia, naik bas dari KL Sentral ke LCCT baru RM 9.00...huhu
Anker Hostel |
13 Oktober 2011:
Pagi ni aku bangun awal sebab sangat teruja nak ronda2 di Oslo ni. Untuk sarapan pagi ni, aku just makan maggi dan biskut bersama milo 3 in 1, bekalan makanan yang aku bawa dari Malaysia. Biasalah nak jimat lah katakan...
Rencana aku hari ni adalah nak berkunjung ke tempat luncur ais atau ski yang memang terkenal di sini, iaitu Holmenkollen. Selepas itu aku plan nak singgah di Vigeland Park yang dipenuhi dengan statue2 manusia. Kedua-dua tempat ni terletak di luar pusat bandar Oslo, dan untuk ke sana aku perlu naik T-Bane Metro dari Oslo Sentral. Kemudian di sekitar pusat bandar pula, aku nak ronda2 di Oslo Opera House, Karl Johans Street, National Theater, Munch-Museet dan beberapa tempat menarik lagi.
Bagi aku, apabila tiba di Oslo ni, suasananya jauh berbeza berbanding Kota London. Kalau di London suasananya sangat sibuk dan sana-sini dipenuhi dengan manusia yang pelbagai ragam. Berbeza di Oslo, yang mana bandarnya amat tenang, aman dan damai sekali. Bandarnya juga bersih dan tersusun.
Ini yang sempat aku snap di pagi hari dalam perjalanan aku dari hostel ke Oslo Sentral.
Tiba di Oslo Sentral, aku terus beli daily pass untuk kemudahan aku bergerak selama aku di Oslo ni. Destinasi pertama aku adalah ke Holmenkollen, tempat luncur ais yang terkenal di sini. Perjalanan ke Holmenkollen dari Oslo Sentral mengambil masa lebih kurang 20 minit. Untuk ke sana aku perlu berhenti di stesen Holmenkollen dan perlu berjalan kaki mendaki bukit untuk ke puncak. Di puncak bukit nanti aku berpeluang melawat ke Jump Tower dan Ski Museum.
Pendakian ke puncak bukit memakan masa lebih kurang setengah jam jugaklah. Korang just follow je dia punya signage tu. Nah aku share sikit antara pemandangan2 indah di sepanjang pendakian ni.
Holmenkollen Metro Station |
Finally, sampai juga ke puncak! |
Ski Simulator |
Dari Majorstuen Station, aku perlu berjalan lebih kurang 7-8 minit untuk sampai ke Vigeland Park. Dalam perjalanan, aku ternampak sebuah Colosseum. Aku ingatkan kat Rome saja ada Colosseum, rupa2nya kat sini pun ada... hahaha...
Aku menghabiskan masa di Vigeland Park lebih kurang 2 jam. Dah habis pusing2 kat taman ni dan perut pun mulai lapar, aku bergerak balik ke Oslo Sentral untuk makan tengahari di sana. Pagi tadi aku perasan ada sebuah restoran Arabic yang berdekatan dengan Oslo Sentral tu, so aku plan untuk lunch kat sana saja nanti.
No comments:
Post a Comment