London: Part II

11 Oktober 2011:

Hari ni merupakan hari kedua untuk aku explore lebih banyak tempat menarik di Kota London. Aku pasti hari ni menjanjikan lebih banyak pengalaman manis yang dapat aku simpan dalam memori aku sampai bila2. Hari ni aku bangun lebih awal berbanding semalam dan seperti biasa sebelum memulakan perjalanan aku breakfast dulu di cafe hostel. Habis je breakfast aku bergerak ke nearest Tube station dengan hostel aku iaitu Pimlico Station untuk ke Victoria Station. Sebenarnya boleh jalan kaki je untuk ke Victoria Station tu, tapi perasaan malas menguasai diriku pagi ni...hehehe

Sekitar Victoria Coach Station
Rencana aku hari ni adalah untuk melawat sebahagian besar tourist attraction yang ada di Kotaraya London ni. Hari ni aku memilih untuk mengelilingi Kota London dengan menggunakan perkhidmatan hop on hop off bus. Aku amik Big Bus Tours one day pass, yang mana tiketnya aku dah beli secara online dulu. Harga tiket untuk seorang dewasa adalah £ 19.50 (MYR 100), tapi time tu aku ada tambah satu tiket untuk masuk ke Muzium Ripley's Believe It or Not yang berharga £ 19.00, so aku bayar £ 38.50 (MYR 195.00) kesemuanya. Tour secara hop on hop off ni adalah cara yang paling mudah dan jimat untuk cover most of the tourist attraction di London ni. 



Hop-on Hop-off Bus
Big Bus Tours ni bermula seawal jam 8.00 pg dari Victoria Station ni. Kalau korang dah beli tiket secara online, just bawak copy tiket tu dan bagi kepada petugas Big Bus Tours ni sebelum naik. Sebaik sahaja bas mula bergerak, ini yang sempat aku snap di sepanjang permulaan tour ni. Perasaan aku begitu teruja dan kagum melihatkan rekabentuk bangunan-bangunan di sini. 


Antara tempat2 yang sempat aku lawati adalah:

1. Big Ben and The Houses of Parliament


2. The Tower of London 


3. The London Eye 



4. Buckingham Palace 


5. Tower Bridge 


6. Trafalgar Square 


National Gallery

Di area Trafalgar Square ni juga, terletaknya sebuah restoran Malaysia iaitu Restoran Jom Makan. Tapi time tu aku tak de masa nak makan kat restoran ni, so bergambar depan restoran pun jadilah...hehehe


Aku rasa kebanyakan orang tahu dan pernah melihat rancangan "Ripley's Believe it or not" di kaca TV kan? Kalau sebelum ni aku hanya menonton rancangan tersebut di kaca TV, tapi kali ni, di Muzium Ripley's Believe It Or Not ini, aku berpeluang melihat dan memahami dengan lebih dekat lagi tentang beberapa perkara ajaib yang berlaku atas muka bumi ni. Aku meluangkan masa hampir 1 jam di dalam muzium ni. 

Gambar ni bukan aku saja terbalikkan ye, memang aslinya terbalik

Di muzium ni jugak, aku berpeluang mencuba suatu permainan yang dinamakan "Mirror Maze". Sangat fun main game ni! Dalam game ni, korang perlu masuk dalam sebuah bilik gelap yang mana semua wall nya terdiri daripada cermin. So korang kena cari jalan keluar sendiri menyusuri lorong2 gelap yang berdindingkan cermin. Nampak macam senang tapi sekali cuba mak aiiii lama jugak aku sangkut dalam bilik tuh. Mana tak nya, korang pandang depan, belakang, kiri atau kanan semuanya bayang korang je nampak. Haaaaaa untuk main game ni, korang akan diberi sarung tangan plastik, bukan apa, tujuannya ialah untuk elakkan kesan2 cap jari korang tu tertinggal kat cermin2 tu. 


Dalam bilik Mirror Maze
Mengakhiri tour aku untuk hari ni, aku berpeluang naik river cruise secara percuma menyusuri Sungai Thames untuk melihat keindahan dan kegahan Kota London secara menyeluruh. Pakej menaiki river cruise ni memang dah termasuk dalam harga tiket tadi. Sepanjang menyusuri Sungai Thames ni, sekali lagi aku rasa teruja melihatkan keunikan seni bina yang ada di sini. 



Tour aku hari ni berakhir di sekitar area Big Ben and The Houses of Parliament. Habis tour aku terus ke Westminster tube station untuk pulang ke hostel. Hari ni sehari suntuk aku menghabiskan masa dengan melawat tempat2 yang wajib dikunjungi di sekitar Kota London ni. No shopping for today! Hahaha... 

Untuk makan malam hari ni, aku just tapau kebab di sebuah kedai Turkey dan makan dalam bilik je.. Badan pun dah penat sangat2 dan seharusnya aku perlu tidur awal sikit malam ni. Esok aku dah nak meninggalkan bumi London. Pengembaraan aku akan diteruskan di bumi Norway pula. Perasaanku makin teruja dan tidak sabar lagi menunggu keesokan harinya.Good night!

No comments:

Post a Comment