Kembara di Bumi Afrika Selatan (Part I)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Semoga kalian semua sihat-sihat hendaknya. Berbaki beberapa hari sahaja lagi kita umat Islam akan melabuhkan tirai Ramadan dan akan meraikan hari kemenangan kita di bulan Syawal nanti. So amacam dengan persiapan raya? Semua dah settle ke? Maklumlah nak raya ni ramai yang nak serba baru kan.. baju baru, seluar baru, tudung baru, kasut baru dan macam-macam lagilah yang baru..hehe.. Saya? Hmm... persiapan raya satu habuk pun tak buat lagi, tapi saya lain sikit, raya kali ni saya nak beli bagpack 50L baru...kihkihkih...

Baiklah, entry kali ni saya nak share sikit nota perjalanan saya semasa berbackpacking ke Afrika Selatan. Kunjungan saya ke Afrika Selatan baru-baru ni merupakan siri backpacking pertama saya menjejakkan kaki di Benua Afrika. Bagi kebanyakan orang Malaysia, kalau kita sebut je Afrika Selatan mungkin kita akan terus ingat "Cape Town". Ye lah apa tidaknya kat sana kan ada ramai komuniti Melayu. Pasal Cape Town, saya akan ceritakan kemudian. Untuk bahagian pertama ni saya nak cerita dulu pasal kunjungan saya ke Johannesburg. 

Singapore to Johannesburg

Johannesburg atau lebih singkatnya dikenali dengan nama Joburg merupakan bandar terbesar di Afrika Selatan. Namun begitu Johannesburg bukanlah ibu negara bagi Afrika Selatan, that title goes to Pretoria. Pada trip saya yang lepas, saya menggunakan penerbangan Saudi Arabian Airlines (Saudia) dengan menggunakan route Singapore-Jeddah-Johannesburg. Saya amat bertuah kerana masa tu saya dapat tiket penerbangan pergi balik dengan harga USD 589 (~RM 1905).

Saudi Arabian Airlines B777 aircraft is ready for departure!


Penerbangan Singapore-Jeddah mengambil masa lebih kurang 9 jam dan penerbangan Jeddah-Johannesburg pula selama 7 jam. Waktu tempatan di Johannesburg adalah 6 jam lambat berbanding waktu di Kuala Lumpur. Di Jeddah, saya transit di King Abdul Aziz International Airport selama 6 jam 30 minit. Masa tiba di Jeddah Airport, pastikan korang terus ke kaunter transit untuk dapatkan boarding pass untuk penerbangan seterusnya bersama dengan meal voucher. Terminal transit di Jeddah Airport ni kecik je, ada satu area food court dan kemudahan duty free shopping pun ada. 

Sekadar selingan:
Bagi saya, waktu transit ni saya gelarkannya sebagai "golden hours" bagi para backpackers. Sebab apa saya katakan macam tu? Sebab time ni lah masanya korang akan bergelandangan di sebuah kawasan tertutup dan masa ni jugaklah adalah peluang terbaik untuk kita 'make friends' dengan backpackers yang lain. Janganlah kita hanya berada dalam kepompong kawanan kita sendiri sahaja, ni lah masa terbaik untuk kita menambah teman-teman baru yang sealiran minatnya dengan kita yang datang dari pelbagai latarbelakang dan cara hidup. Siapa tahu suatu masa nanti kita akan berkunjung ke negara "kawan baru" yang kita kenal tu dan boleh minta pendapat dan pertolongan daripada dia...dok gitu??? hehe...

Ni kawan baru yang saya kenal semasa transit di Jeddah Airport, Mario, dari Milan, Italy. InsyaAllah cuti musim sejuk nanti saya nak gi lawat dia di Milan. 

Di Johannesburg, korang akan landing di O.R. Tambo International Airport, yang terletak lebih kurang 20km dari pusat bandarnya. Oh ya, sebelum saya lupa, sebagai pemegang pasport antarabangsa Malaysia, kita tidak perlu memohon visa untuk berkunjung ke Afrika Selatan bagi tempoh tidak melebihi 30 hari. Selain daripada tu, suntikan yellow fever juga tidak diperlukan. Cukuplah sekadar passport merah di tangan :-) 

Welcome to Johannesburg, South Africa!

Penginapan di Johannesburg

Di Johannesburg saya menginap di sebuah guesthouse iaitu Pension Idube Guesthouse yang terletak di Walton Ave, Auckland Park, Johannesburg. Pemilik guesthouse ni iaitu Karen Goosen, sangat friendly dan membantu. Seriously sangat puas hati stay kat sini. Biliknya bersih dan kemas, ada free wifi, breakfast included, tandas dan bilik mandi pun bersih dan selesa, ada swimming pool jugak, dan yang paling best ruang tamunya luas dan banyak koleksi buku-buku travel kat sini. Highly recommended! 

Apa yang ada di Johannesburg? 

Di Johannesburg, aktiviti utama saya adalah untuk berkunjung ke sebuah kawasan penempatan komuniti masyarakat berkulit hitam yang amat terkenal di sini, iaitu SOWETO. Nama "SOWETO" ni adalah singkatan kepada perkataan "South Western Township". Apakah kelebihan dan uniknya Soweto ni? 

Pertama: 
Soweto merupakan satu-satunya tempat di dunia ni yang melahirkan 2 orang pemenang anugerah Nobel, iaitu Sir Nelson Mandela dan Sir Desmond Tutu, yang mana kedua-duanya pernah mendiami di kawasan Vilakazi Street di Orlando West, Soweto. 

Kedua:
Di Soweto jugaklah terletaknya hospital yang terbesar di dunia, iaitu Chris Hani Baragwanath Hospital yang mempunyai fasiliti 3,200 buah katil pesakit! 

So amacam dengan trivia di atas, bila dah tau 2 fakta keunikan Soweto ni ada hati tak nak berbackpacking ke sana? hahaha...

Di Soweto ni ada dua buah menara stesen janakuasa tenaga yang dikenali dengan nama Orlando Tower. Dari jauh dah boleh nampak dah mercu tanda Soweto ni, apatah lagi kedua-dua menara ni bewarna-warni dipenuhi dengan lukisan mural yang sangat kreatif dan cantik. Kalau dahulunya Orlando Tower ni digunakan untuk menjanakuasa tenaga elektrik untuk dibekalkan kepada penduduk berhampiran (juga berfungsi sebagai cooling tower), tapi pada masa sekarang ia berfungsi sebagai pusat hiburan dan pusat perniagaan. Korang jangan terkejut kat sini juga boleh buat bungee jumping, base jumping dan juga bungee swing! Ada bran???? haha... 

Orlando Tower
Kalau berani boleh cuba bungee jumping kat sini...hihi

Bagi yang meminati sejarah tu, kat sini ada Mandela House yang terletak di Vilakazi Street. Ia berperanan sebagai sebuah muzium yang menempatkan catatan sejarah kehidupan pemimpin Afrika terkenal iaitu Nelson Mandela. Beliau pernah mendiami rumah ni pada tahun 1946-1962 sebelum menyerahkannya kepada Soweto Heritage Trust pada tahun 1997 untuk dijadikan muzium. Bayaran masuk adalah R 60 seorang (~RM 20). 

Mandela House

Apa yang paling menarik perhatian saya di mana-mana tempat di Afrika Selatan ni adalah lukisan mural pada dinding-dinding batu yang ada di sepanjang jalan di sini. Lukisan mural di sini rata-ratanya kreatif dan sangat cantik. Di Vilakazi Street, tak jauh dari Mandela House ni ada satu mesej penting yang terukir pada dinding batu di sini. Ia adalah kata-kata peninggalan Nelson Mandela yang berbunyi seperti berikut: 

"No one is born hating another person because of the colour of his skin, or his background, or his religion. People must learn to hate, and if they can learn to hate, they can be taught to love, for love comes more naturally to the human heart than its opposite - Nelson Mandela, 1918-2013" 

Kata-kata peninggalan Nelson Mandela
Mural painting

Kalau korang nak cari souvenir, di pinggir jalan di Vilakazi Street ni ada beberapa tempat yang jual souvenir. Pastikan korang pandai-pandai la bargain untuk dapatkan best price. Saya sempat rembat beberapa shoulder bag kat sini, lawa-lawa plak tuh...hehe..

South African souvenir

Untuk mendapatkan aerial view di Soweto ni, korang bolehlah berkunjung ke sebuah taman iaitu Oppenheimer Park. Kat sini ada sebuah menara yang dikenali sebagai Oppenheimer Tower. Dari bahagian atas tower ni, korang boleh menikmati pemandangan di sekitar Soweto secara keseluruhan. Di sekitar Soweto ni, kebanyakan reka bentuk rumah-rumah di sini adalah berbentuk kotak mancis, sebab tu lah rumah-rumah di sini dipanggil "matchbox houses". Setiap unit matchbox house ni ada 4 ruang, iaitu 2 ruang bilik tidur, 1 ruang tamu dan 1 ruang dapur/tempat makan. Bilik air/tandas dibina di bahagian luar.  

Aerial view of Soweto

Aktiviti terakhir saya di Soweto adalah menyusuri kehidupan komuniti masyarakat berkulit hitam di salah sebuah kawasan penempatan di sini. Kebiasaannya orang luar yang nak datang ke sini dinasihatkan supaya jangan pergi sendiri. Atas tujuan keselamatan, kita dinasihatkan untuk join mana-mana walking tour dan bergerak secara berkumpulan di kawasan ni. Jadi masa tu saya sempat join walking tour bersama dengan dua orang pelancong lagi, sorang perempuan Germany dan sorang lagi mamat Nepal.

Ni adalah gambaran di sekitar township yang dihuni oleh komuniti black people di Soweto ni. 



Ni adalah toilet mereka


Pada awalnya rasa takut jugak nak masuk ke kawasan ni dengan keadaan persekitarannya yang agak daif dan sampah sarap di merata-rata tempat. Tapi semakin jauh kaki melangkah dalam menyusuri township ni, rasa ketakutan tu dah hilang. Saya tak sangka yang komuniti-komuniti di sini, baik kanak-kanak, orang dewasa mahupun warga tua, mereka semua sangat peramah dan sangat mengalu-alukan kedatangan orang luar ke tempat mereka.
 
Tatkala kanak-kanak di Malaysia begitu selesa bermain video game di rumah, berlainan pula dengan aktiviti kanak-kanak di sini. Korang selamilah sendiri, biar gambar berbicara. 


Selepas menyelami kehidupan komuniti di sini, hati rasa tersentuh jugak melihatkan kedaifan hidup mereka. Namun begitu, keceriaan masih terukir di wajah kanak-kanak ini :-)

Semoga adik-adik membesar menjadi insan yang berguna buat nusa dan bangsa!

Jadi kepada para backpackers yang akan berkunjung ke Afrika Selatan suatu hari nanti, jangan lupa untuk berkunjung ke Soweto ni. Sepanjang saya di sini juga, saya tidak menghadapi sebarang masalah dari aspek keselamatan. InsyaAllah semuanya selamat :-) Oh ya, dari aspek living cost pula, bagi pendapat saya kos sara hidup di Afrika Selatan agak tinggi. Pada kunjungan saya yang lepas, saya memang bawak bekalan makanan dari Malaysia seperti beras, sardin, maggi, nasi impit, biskut etc dan memang saya masak sendiri kat sana..hehehe...memang sangat jimat! 

Rasanya sampai kat sini dululah nota perjalanan bahagian pertama saya di bumi Afrika Selatan. InsyaAllah kita jumpa di episod yang seterusnya nanti. Kalau korang nak maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan saya melalui:

Email: zaliasrul@yahoo.com
Facebook: www.facebook.com/razali.makhtar 

Happy backpacking & wassalam.... 

5 comments:

  1. best nya dapat backpack ke afrika selatan.... teringin juga nak jejak kaki kesana....

    p/s: datang sini dari blog nanatron.... :D

    ReplyDelete
  2. alaaaa...
    mana Part 2,3,4,5,6 nya ??!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum en.razali .. sy brminat dgn bpacker yang awk buat .. so saya nak awk join sy share pasal pngalaman travel awak ni dekat channel saya boleh ? email saya ya kalau berminat nak share

    aryunfarahin21@gmail.com

    terima kasih ..

    ReplyDelete
  4. Menarik post ni. Terima kasih kongsi cerita. Insya Allah akan ke sana.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk perkongsian yang sangat2 menarik dan bermanfaat...

    ReplyDelete