Iceland Part III: Memanjakan diri di Blue Lagoon Geothermal Spa

Blue Lagoon Geothermal Spa terletak di Grindavik, Rekjanes. Lokasinya lebih hampir dengan Keflavik Airport, sebab tu ramai yang mengunjungi Blue Lagoon ni sebaik sahaja tiba di Keflavik Airport dalam perjalanan ke city centre ataupun ketika dalam perjalanan pulang dari Reykjavik ke Keflavik Airport. Perjalanan ke Blue Lagoon ni dari Keflavik Airport mengambil masa lebih kurang 20 minit manakala dari Rekjavik pula 45 minit. 

Blue Lagoon ni merupakan salah satu tarikan utama bagi para pelancong yang berkunjung ke Iceland. Ia dibuka pada setiap hari sepanjang tahun, mulai jam 9 pagi hingga jam 9 malam, bergantung kepada sesuatu musim tersebut. Tiket masuk pada winter season lebih murah berbanding ketika summer. Macam aku hari tu aku gi waktu winter season (walaupun salji belum turun), tiket masuk bagi pakej standard adalah EUR 33 per orang, berbanding waktu summer EUR 40 per orang. Untuk maklumat lanjut korang boleh check kat official website Blue Lagoon

Macam mana nak ke Blue Lagoon ni? Biasanya kebanyakan tour operator ada menyediakan perkhidmatan bus transfer (chargeable) dari Reykjavik City Centre atau Keflavik Airport untuk ke sini. Antara tour operator yang boleh dipercayai adalah seperti Reykjavik Excursions, Iceland Excursions dan Bus Travel Iceland. Macam aku hari tu aku guna Bus Travel Iceland operator. Sebab apa aku memilih company ni? Selepas aku membuat perbandingan harga, company ni yang paling murah, hehehe...

Sebaik saja korang sampai kat sini, pandangan mata korang akan disajikan dengan rupa bentuk muka bumi yang agak aneh dengan batu-batu hitam dengan tompokan hijau alga-alga yang memenuhi kawasan ni. Seriously, korang akan rasa seakan-akan berada di planet lain jika berada di sini, hehe.. 

Pathway dari parking area ke Blue Lagoon

Sebelum korang masuk ke dalam lagoon untuk memanjakan diri di spa, ada baiknya juga korang ronda-ronda dulu di kawasan sekitar lagoon ni. View dia sangat awesome, ibarat lautan biru yang terbentang luas, hahaha (takde kaitan langsung). Ni adalah pemandangan di kawasan luar Blue Lagoon ni. 


Di Blue Lagoon ni memang ada disediakan locker untuk kita simpan barang-barang peribadi kita. Tak payah nak bersusah payah bawak mangga ke kunci ke ape, locker kat sini pakai gelang tangan magnetik je untuk buka dan lock kita punya locker, yang penting korang kena ingatlah nombor locker korang. Selain tu, kat sini jugak ada fasiliti seperti kafe, kedai penjagaan kecantikan dan kedai jual souvenir.  

Kalau korang nak tahu, Blue Lagoon ni sebenarnya terdiri daripada kolam air geotermal semulajadi, yang dipercayai kaya dengan kandungan mineral bumi yang baik untuk menyegarkan badan dan membersihkan kulit. Setakat mana kebenarannya, aku pun tak berapa pasti, hehehe.. Suhu air di kolam Blue Lagoon ni mencecah antara 36-39 darjah Celcius. Airnya kelihatan kebiruan disebabkan oleh kehadiran alga dan silika pada kolam tersebut.

Ni pula adalah pemandangan di bahagian dalam lagoon ni. 


Aku ni bukanlah seorang peminat spa atau sauna. Sebelum ni memang aku tak pernah ke spa atau mana-mana sauna. Jadi di Iceland ni, aku nak try lah macam mana rasa berendam di kolam air panas nih, hehehe.. Mula-mula masa baca pasal suhu airnya sampai mencecah 39'C, aku tak berapa pasti samada aku boleh berendam kat dalam lagoon ni atau tak. Tapi memandangkan time aku pergi ni waktu musim sejuk, dengan suhu persekitaran mencecah antara 0-5'C, jadi bila masuk ke dalam kolam air panas ni, taklah terasa sangat kepanasan dia. Just suam-suam kuku aje...hahaha..

Di lagoon ni juga, korang boleh pakai 'masker' yang disediakan secara percuma di sini. Masker ni nama dia "silica mud" (lumpur silika) yang katanya mampu membuatkan kulit muka kita tegang dan licin, hahaha...Aku pun cuba lah gak tepek silica mud ni kat muka, dah macam hape dah muka putih...hehe


Jadi, kalau korang berkunjung ke Iceland suatu hari nanti, pastikan korang masukkan Blue Lagoon Geothermal Spa ni dalam itinerary korang hokey! Berbaloi datang berkunjung ke sini sekali dalam seumur hidup...cewahhhhhh!

Bye!

16 comments:

  1. salam, nak tanya, kalo pakai tudung bole x masuk dlm spa ni? brape cost travel u ke sini? baper hari bagusnya nak tgk2 Iceland ni? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. should be ok kot, sbb mcm xde restriction sgt.
      boleh check post i sblum ni, pasal full itinerary n budget.

      Delete
  2. Nice sharing....kalau ada rezeki harap dapat sampai ke Iceland nih jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, suatu hari nanti anda pasti akan ke sana :)

      Delete
  3. So, kulit jadi licin tak? Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, guna sekali je xdenye nak jadi licin....haha

      Delete
  4. bro, lepas aku tgk citer the secret life of walter mitty, aku teringin gile nak ke ke iceland. haha. thanks sbb ade blog ko. boleh aku prepare2 ape yg patut. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukry, aku pun lum sempat tgok cite tu, arghhhh...
      Iceland mmg best!

      Delete
  5. Replies
    1. sepatutnya ada Part IV which is part terakhir...tp blum sempat lg nak mgarang, tggu ye :)

      Delete
  6. Hi. Sorry. Boleh tak saya nak taw awak pergi Iceland depart dari KL ke mana? Berapa harga flight dan airline apa?

    ReplyDelete
  7. bro. good info. aku ada plan nak pegi iceland jugak. boleh share full log + budget tak.

    ReplyDelete