Iceland Part II: Amazing Geysir & Awesome Waterfall

15 Oktober 2013 (Hari Raya Aidiladha)

Tatkala seluruh kaum keluarga dan sanak saudara di kampung sedang menyambut Hari Raya Haji di kampung halaman dengan pelbagai juadah makanan yang sedap-sedap, aku pula di sini hanyalah menjamah mee sedap sahaja sebagai juadah hari raya pada pagi ni, hehe...

Hari ni hari kedua aku di bumi Iceland. Rencana hari ni adalah aku akan join tour yang dinamakan "Grand Golden Circle Tour". Tour ni bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 5 petang. Grand Golden Circle Tour ni akan cover beberapa tempat menarik yang wajib dikunjungi semasa berada di Iceland ni. Antaranya adalah Strokkur Geyser, Gullfoss Waterfall dan sebuah tapak warisan dunia UNESCO iaitu Thingvellir National Park. 

Dalam perjalanan menuju ke bahagian selatan Iceland, aku cukup teruja dengan bentuk muka bumi Iceland ni, memang sangat awesomeeee, dilitupi dengan bukit dan gunung-ganang berbatu serta diselubungi oleh wap-wap steam dari perut bumi, just amazing! 

Nah aku share antara pemandangan rupa bentuk muka bumi di Iceland ni.




Destinasi pertama kami ialah di sebuah perkampungan petani yang dinamakan "Skalholt". Perkampungan ini dahulunya cukup terkenal sebagai pusat pendidikan terbesar di Iceland. Di sini terdapat sebuah cathederal dan pemandangan berlatarbelakangkan gunung-ganang membuatkan kawasan ini kelihatan cukup mendamaikan. Di samping itu juga terdapat sebuah rumah yang sebahagian besarnya dilitupi dengan rumput membuatkan ianya kelihatan hijau secara keseluruhannya. 

Frozen ice!
Setelah hampir 20 minit berhenti di sini, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya iaitu Faxi Waterfall dan Gullfoss Waterfall. Sebenarnya disamping geysir, glasier dan volcano, Iceland ni juga terkenal dengan kecantikan air terjunnya.

Faxi Waterfall

Gullfoss Waterfall atau juga dikenali sebagai "Golden Falls" merupakan sebuah air terjun yang paling terkenal dan tercantik di Iceland. Ia terletak di sepanjang Sungai Hvita yang berpunca daripada sebuah glasier iaitu Hvitavtn yang terletak hampir 40km di utara Gullfoss.    

Gullfoss Waterfall

Selepas meluangkan masa di kedua-dua air terjun tadi, kami meneruskan perjalanan ke kawasan Geysir. Memandangkan waktu sudah masuk waktu tengahari, kami akan berhenti agak lama di Geysir ni untuk makan tengahari terus. Di kawasan Geysir ni, terdapat kemudahan-kemudahan seperti hotel dan restoran-restoran kepada para pengunjung kerana Geysir biasanya dijadikan tempat persinggahan kepada para pengunjung yang ingin meneruskan perjalanan ke bahagian selatan Iceland. 

Di kawasan Geysir ni, terdapat lebih kurang 30 geyser berskala kecil dan kolam air panas. Yang paling terkenal di sini ialah "Strokkur". Strokkur geyser ni sangat aktif dan akan memancutkan wap air panas ke udara dalam selang masa 5-8 minit dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15-20 meter. Amazing!!!!

1...2...3! Strokkur

Kami meluangkan masa hampir sejam setengah di kawasan Geysir ni. Untuk makan tengahari kami just makan roti, muffin dan buah-buahan sahaja yang telah kami pack dari hostel. Dalam jam 1.30 petang, kami mula bergerak ke destinasi terakhir dalam tour ni, iaitu Thingvellir National Park. 

Thingvellir National Park ni merupakan sebuah warisan dunia yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site. Landskap di sini sungguh menakjubkan dan ia bertindak sebagai sebuah plat yang memisahkan Benua Amerika Utara dengan Benua Eropah yang terhasil daripada letusan gunung berapi dan gempa bumi beribu-ribu tahun yang lampau. Korang boleh berjalan-jalan di kawasan taman ni sambil menikmati keindahan landskap-landskap, sungai dan tasik yang sangat menakjubkan. 


Diharapkan perkongsian ini dapat membantu member-member yang akan berkunjung ke Iceland suatu hari nanti.

Wassalam

8 comments:

  1. Terima kasih atas inspirasi yang dikongsikan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 faris...nantikan next post ttg blue lagoon ya :)

      Delete
  2. best bro...sblm 2015 cuba nak jejak sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iceland sgt best! Good luck ya. Kalau nak tanya apa2 just let me know.

      Delete
  3. Salam kenal.. cantik gambar-gambar tempat ni,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga Lady Dreamer, tq..nantikan gambar2 di blue lagoon pula ya :)

      Delete
  4. nk Tanya Iceland ni sesuai tak utk single traveler

    ReplyDelete
  5. boleh tak saya minta email... saya nak buat travel solo ke iceland end of this year byk sya perlu belajar dari awak.. you are very inspiring

    ReplyDelete