Summer in Estonia

Estonia merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Baltic, di bahagian Eropah Utara, bersama-sama dengan negara Latvia dan Lithuania. Ibu negaranya ialah Tallinn, yang terletak berdekatan dengan bahagian selatan Gulf of Finland. Mata wang yang digunakan di sini ialah Euro.

Kedudukan negara Estonia di Baltic Region
Tallinn sangat terkenal dengan tinggalan sejarah dan senibina-senibina zaman Mediavel. Kota Lama (Old Town) Tallinn juga disenaraikan dalam UNESCO World Heritage pada tahun 1997. Berada di sini seolah-olah anda berada di sebuah Kingdom seakan-akan Kingdom of Camelot macam dalam cerita Merlin, hehe... 


A brief of Tallinn Old Town

Jika korang nak ke Tallinn dari Helsinki, Finland, korang boleh menggunakan perkhidmatan feri dan catamaran. Macam trip saya yang lepas, saya ke Tallinn dengan menaiki feri Linda Line Express dari Helsinki ke Tallinn Port. Selain daripada Linda Line Express, ada lagi beberapa operator feri seperti Tallink Silja dan Viking Line. Harga sehala secara puratanya antara €16-30, dan saya nasihatkan beli tiket feri ni secara online untuk dapatkan harga yang murah. Perjalanan melalui feri dari Helsinki ke Tallinn mengambil masa antara 1 jam 30 minit hingga 3 jam, bergantung kepada jenis feri yang korang gunakan. Kalau korang naik Linda Line Express, lebih kurang 1 jam 30 minit je untuk merentasi Gulf of Finland tu untuk ke Tallinn. It was a memorable journey! 

Merentasi Gulf of Finland dari Helsinki ke Tallinn, hehe...


Bandar Tallinn ni kecik je, especially Old Town dia. Korang boleh cover most area di kawasan Old Town ni dengan hanya berjalan kaki je. Memang awesome pemandangan-pemandangan di sini. Nah saya share gambar-gambar di sekitar Tallinn Old Town buat tatapan mata korang, mana tau leh jadi inspirasi untuk korang ke sana suatu hari nanti.



Ferry Port di Tallinn, dari sini untuk ke Old Town just jalan kaki je dalam 20 minit
View of Tallinn Old Town dari Tallinn Port





Ni nama dia "Fat Margaret Tower"

Fat Margaret Tower ni merupakan pintu masuk ke Tallinn Old Town. Kalau dahulunya ia digunakan sebagai gudang untuk menyimpan alatan senjata dan juga berperanan sebagai penjara. Pada masa kini ia berfungsi sebagai sebuah menara yang menempatkan Muzium Maritim Estonia. 

 

Selama di Tallinn, saya menginap di Old Town Alur Hostel yang terletak di Lai 20, Old Town. Lokasinya memang sangat strategik kerana betul-betul terletak di tengah Old Town tu, so senang untuk bergerak ke mana-mana dengan hanya berjalan kaki je. 
 
Old Town Alur Hostel
Tallinn Town Hall

Tallinn Town Hall ni boleh dikira sebagai city centre di area Old Town ni. Kebanyakan pelancong dan local datang dan spend masa kat sini. Kat sini juga dijalankan konsert dan pelbagai persembahan, sangat happening dan kalau on weekend tu event dia  sampai ke malam. Enjoy!!!!!

Di mana-mana sahaja di area Old Town ni, korang tidak akan terlepas daripada menjumpai menara-menara yang bercirikan zaman Medieval ni. Ada nampak macam dalam cerita Merlin tak menara-menara ni :p 


Alexander Nevsky Cathedral
Basikal tua.....
Walaupun di musim panas, bunga-bunga tetap berkembang mekar



Tallinn Bus Station
Suasana malam di Tallinn Old Town
Salah sebuah restoran halal di Tallinn

Selepas Estonia, saya meneruskan perjalanan ke negara Baltic yang kedua iaitu Latvia. Dari Tallinn, saya ke Riga, Latvia dengan menaiki bas LUX EXPRESS. Tiket yang saya dapat time tu hanyalah €3!!! Murah kannnnnnnn....

Ni lah rupanya bas ekspress yang saya naiki dari Tallinn ke Riga
Sampai di sini sahaja dulu perkongsian pengalaman saya di Estonia. Kita jumpa di blog yang seterusnya di mana saya akan share pula berkaitan trip saya ke Latvia.

Daa.....

Wassalam.  

3 comments:

  1. mana cite latvia dan lithuania

    ReplyDelete
  2. Terus terpikat nak cuti ke Latvia

    ReplyDelete
  3. cantiknya tempat. insyaallah ada rezeki teringin sangat nak travel luar negara. aamiin

    ReplyDelete