Iceland Part I: Aurora Borealis ~ Mission Accomplished!

14 Oktober 2013:

Aku mendarat di Lapangan Terbang Keflavik pada jam 7.30 malam waktu tempatan (waktu di Reykjavik 8 jam lewat daripada waktu di KL). Keflavik Airport ni tak lah besar sangat, biasa je. Setelah selesai semua urusan, aku terus ke kawasan parking untuk tunggu pick up yang dah aku book secara package. Di Iceland ni, aku ambil tour package dengan company Bus Travel Iceland yang merangkumi return airport transfer, Grand Golden Circle tour dan Blue Lagoon (termasuk bayaran masuk ke lagoon). Kosnya adalah ISK 16,500 (~RM 440). 

Ni lah mode of transportation aku sepanjang di Iceland


Perjalanan dari Keflavik Airport ke city centre mengambil masa lebih kurang 45 minit. Di Reykjavik, aku stay di Hlemmur Square Hostel. Rate untuk seorang untuk 3 malam bagi bilik ber-4 yang aku dapat time tu adalah ISK 11,200 (~RM 300). Hostel ni adalah hostel baru, bilik tidur dan bilik airnya sangat bersih dan selesa. Lokasinya juga strategik bersebelahan je dengan bus station Hlemmur. Seberang nye pula ada kedai minimart, so senang nak beli barang-barang keperluan dan makanan. 

The hostel ~ Hlemmur Square
Room of four
The kitchen

Kawan aku sorang tu memang dah sampai awal daripada aku lagi, sebab dia terbang ke Iceland dari Frankfurt. Dah settle semua check in dan berehat kejap, lebih kurang jam 9.30 malam kami keluar untuk cari makan. Di Reykjavik ni ada beberapa restoran halal seperti:

1) Kebab Grill, Laekjargata 10, Reykjavik 105
2) Ali Baba Fast Food, Veltusundi 3 & Suourlandsbraut 8, Reykjavik 101

Suhu malam tu lebih kurang dalam 2'C. Sejuk memang sejuklah, sekejap je muka macam dah rasa ketat, hahaha... Dalam kami berjalan-jalan mencari kedai makan tadi, sambil itu juga kami asyik mendongak ke langit kot-kot lah dapat tengok "aurora borealis", sebab ni adalah misi utama kami ke Iceland, iaitu untuk tengok fenomena alam yang sangat mistik ni. 

Kami sangat beruntung malam tu kerana hasrat kami untuk tengok aurora borealis tertunai. Ya Allah, terujanya perasaan masa tu apabila melihat cahaya kehijau-hijauan "menari-nari" di langit, seolah-oleh ia mengalu-alukan kedatangan kami di bumi Iceland ni, ewaaaaahhhhhh... Indah sungguh ciptaanNya menjadikan fenomena alam yang penuh misteri ni. Kami sempat mengambil beberapa keping gambar aurora borealis ni. Untuk pengetahuan, bukan mudah untuk capture aurora borealis ni, sebab dia cepat hilang dan gerakannya juga agak laju. Selain tu, memang tak dapat nak snap guna smart phone, mesti guna DSLR ataupun digital camera je baru dapat. Ni antara gambaran aurora borealis atau northern light yang sempat kami rakam. Cantikkkkkkk kannnnnn.....


Aurora borealis atau juga dikenali dengan nama "northern light" ni merupakan fenomena alam yang terjadi di ruang atmosfera bumi di bahagian Kutub Utara (di bahagian Kutub Selatan, ia dikenali sebagai aurora australis). Ia terhasil daripada interaksi di antara medan magnetik bumi dengan partikel-partikel daripada pancaran matahari. Cahaya yang biasa terhasil adalah bewarna hijau, merah, biru dan ungu. Di bahagian Kutub Utara, aurora borealis ini biasanya kelihatan di antara bulan September hingga April. Bukan mudah untuk melihat fenomena alam yang penuh mistik ini. The sky must be clear without cloud and for better effect, we must go out of the city that far away from light pollution. Sebab itulah kalau dilihatkan pada gambar yang sempat kami ambil ni, cahaya nya tidak berapa 'strong' kerana kesan cahaya aurora tu terjejas oleh cahaya lampu di jalan. Tapi cahaya aurora tu masih lagi dapat dilihat dengan mata kasar. SubhanAllah, sangat menakjubkan!

Hampir sejam lebih jugaklah kami spend masa untuk menunggu kot-kot ada lagi aurora yang nak keluar, tapi nampaknya dia dah malu nak show off lagi. Tak tahan dengan suhu yang amat sejuk malam tu, kami terus masuk ke kedai makan halal Kebab Grill di Laekjargata street untuk makan malam. Aku makan Lamb Shish Kebab, harga 1 portion ISK 1,300 (~RM 35). Cukuplah untuk alas perut malam tu. Untuk pengetahuan korang, harga barangan dan makanan di sini agak pricy. Jadi make sure korang budget lebih sikit kalau nak datang ke Iceland ni. 

Salah satu restoran halal; Kebab Grill, Laekjargata Street
Lamb Shish Kebab; ISK 1,300 (~RM 35)



Selesai makan, kami terus jalan balik ke hostel. On the way balik, kami singgah kejap di kedai minimart untuk beli barang-barang makanan seperti roti dan minuman untuk dibuat bekal esok harinya, sebab esoknya kami akan join Grand Golden Circle tour dari pagi sampai ke petang. 

Opppssss, lupa pulak esok 15hb Oktober 2013 adalah Hari Raya Haji. Kalau kat Malaysia ni dah sibuk buat persiapan dengan makanan-makanan yang enak-enak semua. Anyway, Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua!  

#Perbelanjaan untuk hari ni:
1) Dinner: ISK 2,600/2 = ISK 1,300 (~RM 35) 
2) Snacks: ISK 1,487/2 = ISK 743.5 (~RM 20) 

16 comments:

  1. Fuh, aurora tu..tah bilalah ada kesempatan nak tengok aurora ne huhuhu...

    *salam perkenalan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, adalah peluangnya nanti :)
      Salam kenalan to u too

      Delete
  2. Cantiknya!!!!!!! Tak tau nak komen apa lagi..
    Hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok gambar cantikkan? Tengok live lg awesome, hehe...

      Delete
  3. i hate you! negara ape je ko tak pergi lagi ni zalie?

    Kiera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey kiera! Mana janji manismu utk transferkan aku neh....plssssss

      Delete
  4. aurora watching ni awak amik proper tour tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni i was lucky dpt tengok kat city centre, so xde amik tour yg ni. Biasa klu cuaca elok, ada tour utk pergi kwsan outskirt utk tgok aurora ni...

      Delete
  5. wahhh aurora....nice shot...salam blogger

    ReplyDelete
  6. Chanteknye... one of my wish list ni....

    ReplyDelete
  7. wow.. jelesnye u dapat capture aurora dekat tgh2 town ni.. time i pergi sept 2013 i terpakse mengejar aurora with the tour bus.. sejuk sgttt dkat outskirt but luckily i manage to witness the aurora.. mmg awesomeeee :))

    ReplyDelete
  8. Bro, how to get to iceland from Malaysia?
    Air Asia macam takde flight je..

    ReplyDelete
  9. Untungnyaaa tengah2 bandar dpt tgk aurora. Selalu baca kena pegi jauh2 nak tgk tu pun kalau ada rezeki. Mmg dalam wishlist ni..

    btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) blog kami www.thetravelling3o.com kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

    Terima kasih!!

    ReplyDelete
  10. salam, kira sepanjang pergi ni pakai travel guide lah ye..mahal tak keseluruhan kos ke sini> teringin nau nak p. kat sana bulan berapa je yang tak boleh pergi..ye lah takut ade musim ribut ke ape ke.,

    ReplyDelete