Stockholm: What to expect in one full day?

2 Jun 2013:

Hari kedua di Stockholm. Hari ni aku bangun agak awal sebab effect jet lag masih terasa. Siap mandi-manda semua aku keluar untuk mencari bekalan makanan untuk breakfast pagi ni. Aku pusing-pusing di area Stora Nygatan ni je dan tak berapa jauh dari hostel yang aku stay ni aku ternampak sebuah kedai 7eleven. Pada fikiran aku mungkin ini je lah kedai yang aku mampu beli barangan makanan sebab faham-faham sajalah kat sini semua benda mahal-mahal. 

Untuk stok breakfast dan snek, aku beli 4 ketul croissant yang berharga SEK 49 (~RM 25) dan sebotol jus buah berharga SEK 20 (~RM 10). Ini adalah pilihan makanan dan minuman yang paling murah yang aku jumpa di kedai 7eleven ni.


Dah dapat semua bekalan makanan yang aku cari, aku terus balik ke hostel untuk breakfast di pantry hostel ni. Kat hostel ni korang boleh masak air dan buat kopi/teh sendiri. Selesai breakfast aku balik ke bilik untuk kemas barang-barang aku. Pagi ni jugak aku kena checkout dan tinggal bagpack aku di luggage storage. Hari ni full day aktiviti aku adalah untuk sightseeing di sekitar bandaraya Stockholm ni. Malam nanti aku perlu bermalam di airport, hehe...maklumlah nak jimatkan kos :p

Stockholm: Welcome to the Capital of Scandinavia!

1 Jun 2013: 

Due to jet lag, malam tadi memang aku tak lena sangat tidur. Jam 2 pagi aku dah sedar dan sampai ke siang tak dapat tidur dah. So awal pagi aku dah keluar ambil udara pagi di Warsaw nih dan terus ke restoran Kebab King yang aku pergi semalam. Misi kali ni adalah untuk tapau kebab sebagai makanan dan "snack on the go" aku bagi perjalanan ke airport nanti. Kali ni aku beli beef kebab roll berharga 11 zl (~RM 11). 

Selepas check out di Hostel New World St., aku terus bergegas ke bus stop "Foksal" yang tak jauh dari hostel. Aku perlu ambil bas #175 untuk ke Warsaw Chopin Airport semula. Tiket bas memang aku dah beli siap-siap semalam.

Pagi ni aku akan terbang ke Stockholm, Sweden, iaitu sebuah negara Scandinavia yang berjiran dengan negara Norway. Pada tahun 2011, musim autumn, aku pernah berkunjung ke Oslo, Norway, jadi sekurang-kurangnya aku dah ada idea sikit macam mana nak survive kat negara Scandinavia ni, even untuk 2 hari sahaja! haha.....

Untuk perjalanan Warsaw ke Stockholm, aku menggunakan penerbangan tambang rendah Wizz Air. Tiket dah aku tempah secara online di www.wizzair.com seawal 3 bulan sebelum dan harga yang aku dapat adalah EUR 44.34 (RM 177.35), termasuk charge bagi 1 large cabin bag. Wizz Air ni lain sikit, hand carry baggage pun kena charge sebanyak EUR 10 (~RM 40) kalau beg yang korang bawak naik tu lebih besar daripada dimensi yang dibenarkan. Tempat duduk dia pun adalah based on free seating. Penerbangan ke Stockholm pagi ni adalah pada jam 10.45 pagi dan tempoh penerbangan adalah 1 jam 30 minit. Tiada perbezaan waktu antara Warsaw dan Stockholm. 

Welcome to Sweden!
Aku tiba di Skavsta Airport, Stockholm on time iaitu pada jam 12.15 tengahari. Untuk info, di Stockholm ada dua buah airport utama iaitu Arlanda Airport dan Skavsta Airport. Skavsta Airport ni jauh sikit dari pusat bandar (~100 km) dan biasanya digunakan oleh low cost airline seperti Wizz Air dan Ryanair. Macam biasa, after arrival aku terus menuju ke Tourist Information Counter untuk dapatkan map dan guide pasal Stockholm.

Keunikan Adat Rambu Solo Suku Kaum Toraja, Sulawesi Selatan

Sulawesi (yang dahulunya juga dikenali sebagai Celebes) merupakan sebuah kepulauan di Indonesia. Ia terletak di antara Kepulauan Borneo dan Maluku. Sulawesi ini pula terbahagi kepada enam bahagian (Provinsi) iaitu Sulawesi Utara, Gorontalo, Sulawesi Tengah, Sulawesi Barat, Sulawesi Tenggara dan Sulawesi Selatan. 


Peta Kepulauan Sulawesi, beserta dengan kedudukan Tana Toraja di utara Makassar.

Full Itinerary & Budget: Warsaw-Stockholm-Helsinki-Tallinn-Riga-Vilnius

Apa yang boleh korang spend dengan duit RM5k di tangan??? Nah saya ada jawapannye...hehe

Kepada yang berniat untuk menggunakan route ini, saya ada sertakan full itinerary and budget semasa trip saya yang lepas. Bare in mind, most of the bookings for this trip has been done 6 months in advanced. So, budget yang saya tunjukkan di sini adalah sekadar untuk rujukan dan panduan korang.

Let the journey begins.....................

Welcome to Poland!

31 Mei 2013 

Tiba di Warsaw-Frederic Chopin Airport pada jam 11.30 pagi (waktu tempatan) dengan penerbangan Emirates EK179 dari Dubai. 
*Waktu tempatan di Warsaw adalah 6 jam lewat daripada waktu di Kuala Lumpur.  

Welcome to Poland!
Di kaunter Immigration Control, aku di tanya dengan bermacam-macam soalan, jenuh nak menjawab soalan-soalan daripada akak officer immigration tu, macam biasalah dia tanya berapa lama nak stay, nak pergi mana, kenapa pilih untuk datang ke Poland, di Poland stay kat mana, berapa banyak bawa duit...alahai layan je lah. 
Setelah selesai sesi bersoal jawab dengan akak officer immigration tadi, aku cepat-cepat menuju ke Tourist Information Counter untuk dapatkan map Warsaw dan tanya apa-apa yang patut. Ni lah antara hasil rembatannya.