Autumn in Oslo: Part I

12 Oktober 2011:

Hari ni merupakan hari terakhir aku di bumi London. Entah bila la aku berpeluang untuk berkunjung ke sini lagi. Petang ni aku dah nak fly ke Oslo semula dan akan spend masa selama 2 hari di sana. Memandangkan flight aku ke Oslo adalah pada sebelah petang, so aku bangun agak lewat hari ni. Masa yang berbaki ni aku sempat sekali lagi berkunjung ke Primark Mall untuk menghabiskan sedikit sebanyak duit pound sterling nih..hehehe

Jam 1.00 ptg aku mula berangkat menuju ke Victoria Coach Station. Untuk ke Stansted Airport, sekali lagi aku menaiki Terravision Bus. Harga tiket sehala bagi seorang dewasa ialah £ 7.00 (~RM 35.00) dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Untuk memudahkan urusan, aku memang dah siap beli tiket Terravision Bus ni secara online masa kat Malaysia lagi. 

Aku tiba di Stansted Airport lebih kurang jam 4.00 ptg. Flight aku ke Oslo pula pada jam 6.25 ptg menggunakan penerbangan Ryanair. Penerbangan ke Oslo Rygge mengambil masa lebih kurang 2 jam. Aku tiba di Oslo Rygge Airport pada jam 9.30 mlm waktu tempatan di Oslo. Untuk info, waktu tempatan di Oslo adalah 1 jam lebih awal berbanding waktu tempatan di London. Waktu tu suhu di Oslo sangat sejuk sekitar 3'C. Cuaca di Oslo pada waktu tu memang jauh lebih sejuk berbanding di London.

Untuk ke pusat bandar Oslo, iaitu Oslo Sentral, aku menggunakan perkhidmatan Rygge-Ekspressen Bus. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam. Seperti yang dimaklumkan sebelum ni, negara Norway ni merupakan antara negara yang mempunyai kos sara hidup yang paling tinggi di dunia. Korang bayangkanlah sendiri, harga tiket Rygge-Ekspressen Bus yang aku naik ni berharga NOK 140.00 (~RM 80.00). Walhal perjalanannya hanyalah memakan masa selama 1 jam sahaja. Kalau kat Malaysia, naik bas dari KL Sentral ke LCCT baru RM 9.00...huhu

Aku tiba di Oslo Sentral pada jam 11.30 mlm. Di Oslo ni, aku akan menginap di Anker Hostel di area Storgata. Dari Oslo Sentral ni aku hanya berjalan kaki menuju ke hostel. Jaraknya tak lah terlalu jauh sangat, lebih kurang 10-15 minit perjalanan sahaja, itupun bergantung kepada tahap kecergasan korang, hehehe.. Tiba di hostel, aku duduk bilik berlapan bersama geng2 Backpacker dari Morocco, Korea Selatan, Serbia dan Afrika Selatan. Biliknya sangat bersih dan selesa. 
Anker Hostel