Pontianak: "Kota Khatulistiwa" Kalimantan Barat

Opocotttttttt... Pontianak!! 

Adakah di Pontianak itu memang betul-betul wujud hantu wanita yang digelar sebagai "Pontianak" atau "Kuntilanak"? Mungkin persoalan ini menjadi tanda tanya dikalangan segelintir daripada kita. Menurut sejarah, pada suatu ketika dahulu pendiri Kota Pontianak iaitu Syarif Abdurrahman dikatakan sering diganggu oleh hantu Pontianak semasa menyusuri Sungai Kapuas. Sebagai usaha untuk mengusir gangguan daripada makhluk tersebut, beliau telah melepaskan tembakan meriam dan di mana jatuhnya peluru meriam tersebut, maka di situlah wilayah kesultanannya didirikan. Dikatakan peluru meriam tersebut jatuh di persimpangan Sungai Kapuas dan Sungai Landak. Maka dari sinilah nama Pontianak wujud dan kekal sehingga ke hari ini sebagai ibu kota kepada Provinsi Kalimantan Barat (KALBAR) di negara Indonesia. 

Kali ni terdetik untuk aku berkongsi pengalaman trip aku ke Kota Pontianak dengan korang semua. Trip the latest baru-baru ni merupakan kali ketiga aku berkunjung ke Pontianak, tapi memang tak pernah lagi lah aku terserempak dengan real "Pontianak" di sini, hehe... Trip kali ni agak berbeza sikit daripada dua trip yang sebelumnya kerana kali ni aku mencuba untuk menggunakan jalan darat dari Kuching ke Pontianak dengan menggunakan bas. Jadi kali ni aku akan share pengalaman aku yang tak seberapa ni berkenaan dengan Kota Pontianak dengan korang. Harap ada yang berminat untuk membacanya...haha

Perkhidmatan Bas Kuching-Pontianak 

Terdapat beberapa buah syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas bagi laluan Kuching-Pontianak dan sebaliknya. Antaranya adalah seperti Bintang Jaya, Eva Express, Bus Asia dan 2 syarikat dari Indonesia iaitu Damri dan SJS. Perjalanan menggunakan jalan darat dari Kuching ke Pontianak mengambil masa lebih kurang 8 hingga 10 jam. Harga tiket sehala bagi dewasa adalah antara RM45-70 seorang bergantung kepada kelas. 

Jadual keberangkatan bas dari Kuching:

Bas Eva Express: 7.00 pg, 9.30 pg & 11.00 pg 
Bas Bintang Jaya: 7.30 pg & 10.30 pg (RM 60/one way)
Bas Asia: 7.15 pg (RM60/one way)
Bas Damri: 8.00 pg, 11.00 pg & 1.00 tgh (RM60/one way)
Bas SJS: 8.00 pg & 1.00 tgh (RM45/one way; Executive), 11.00 pg (RM70/one way; Super Executive)

Jadual keberangkatan bas dari Pontianak:  

Bas Eva Express: 7.00 pg, 9.30pg & 11.00 pg
Bas Bintang Jaya: 7.30 pg & 10.30 pg (RM 60/one way)
Bas Asia: 7.15 pg (RM60/one way)
Bas Damri:7.00 pg & 9.00 mlm
Bas SJS: 7.00 pg & 9.00 mlm (RM45/one way; Executive), 9.00 mlm (RM70/one way; Super Executive) 

Hari tu aku naik bas Bintang Jaya, beli tiket online KCH-PNK-KCH cuma RM90
Bas DAMRI (company Indonesia)

Jika korang memilih untuk travel by land dari Kuching, korang akan melepasi kawalan Imigresen di Tebedu (Malaysia) & Entikong (Indonesia). Dari Kuching, jadual keberangkatan bas adalah pada waktu siang sahaja, manakala dari Pontianak ada bas siang & malam. Sebabnya border Malaysia-Indonesia, iaitu Tebedu-Entikong ni hanya dibuka pada siang hari saja. (Jarak dari pusat bandaraya Kuching ke Tebedu hanyalah lebih kurang 2 jam perjalanan, manakala jarak kota Pontianak ke Entikong hampir 8 jam perjalanan).    

Pos Imigresen Entikong, Indonesia
Cuma berjalan kaki di antara kedua-dua Pos Imigresen Tebedu & Entikong
Masa ni pihak Imigresen Malaysia menahan & menghantar semula PATI dari Indonesia ke negara asal mereka

Dari Kuching, bas akan bertolak/berakhir dari/di Terminal Bas di Kuching Sentral yang berjarak hanya lebih kurang 2 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Di Pontianak pula, bas akan berakhir/bertolak di/dari Terminal Bas Sungai Ambawang yang terletak lebih kurang 15 km dari pusat bandar Pontianak. Sebaik saja melepasi kawalan kedua-dua pos Imigresen, bas akan melalui Jalan Lintas Malindo, seterusnya melepasi kawasan Sosok dan akhirnya melalui Jalan Lintas Kalimantan menuju ke Kota Pontianak. Di sepanjang perjalanan, keadaan jalan raya di sebelah Malaysia adalah baik tetapi di sebelah Indonesia terdapat beberapa area (seingat aku hampir 2 jam penyeksaan) di mana korang akan melalui jalan yang tidak berturap, so be prepared lah especially bagi sesiapa yang mabuk darat tuh...hehehe 

Bas akan berhenti untuk makan tengahari di Rumah Makan Roda Minang
Perhentian di Rumah Makan Roda Minang
Terminal Bas Ambawang, Pontianak

Penerbangan Kuching-Pontianak

Jika korang memilih untuk ke Pontianak menggunakan jalan udara dari Kuching, buat masa sekarang terdapat 2 syarikat penerbangan yang menawarkan laluan ini iaitu Maswings dan Express Air (syarikat penerbangan Indonesia). Penerbangan Kuching-Pontianak mengambil masa lebih kurang 30-45 minit sahaja. Maswings menawarkan penerbangan harian dengan menggunakan pesawat ATR 72-500 manakala Express Air mempunyai kekerapan penerbangan 5 kali seminggu (kecuali hari Selasa dan Sabtu) dengan menggunakan pesawat B737-300. Tiket sehala biasanya berharga lebih kurang RM150++. Di Pontianak, korang akan landing di Bandar Udara Internasional Supadio, yang terletak lebih kurang 17 km dari pusat bandar Pontianak. 

Supadio International Airport

Good news untuk korang semua, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia akan memulakan direct flight dari KL ke Pontianak bermula 27 Mac 2015 ni, tapi buat masa ni penerbangannya cuma 2 kali je seminggu iaitu pada hari Jumaat & Ahad, so sessuai sangatlah untuk sesiapa yang nak weekend getaway ke Pontianak ni. Harga promosi yang ditawarkan adalah RM187 ALL IN for return ticket (quite a good deal!).       


Penginapan di Pontianak

Jangan risau tentang tempat penginapan di Pontianak. Ada banyak pilihan mengikut bajet dan kemampuan korang. Rata-rata harga hotel di sini tak lah semahal berbanding kota-kota lain di Indonesia. Antara tempat penginapan yang strategik adalah seperti berikut:

1) Hotel Santika
2) Grand Mahkota Hotel
3) Orchardz Hotel Gajah Mada 
4) Hotel Kini 
5) Transera Hotel 
6) Kapuas Dharma Hotel 
7) Hotel Gajah Mada 
8) Hotel Aroma Inn 
9) Hotel Peony 
10) Star Hotel 

Orchardz Hotel di Jalan Gajah Mada
Book double room Orchardz Hotel ni via agoda.com, RM80/night include breakfast
Depan Orchardz Hotel ada satu kedai Murtabak Terang Bulan, memang famous la kat Indonesia. Tapi ni kita panggil apam balik kan? hehe...


Apa yang Ada di Pontianak?

Pontianak seringkali juga digelar sebagai "Kota Khatulistiwa" kerana kedudukannya yang terletak pada garis lintang Khatulistiwa atau equator of the earth. Di sini juga terdapatnya sungai yang terpanjang di Indonesia iaitu Sungai Kapuas yang mengalir sejauh 1,143 km.  

Jalan Gajah Mada, Pontianak
Orang-orang Pontianak ramai yang datang berubat di Normah Medical Centre di Kuching, Sarawak, sebab tu kat sini pun ada cawangan pejabatnya

Pontianak ni memanglah diakui tidak terkenal sangat sebagai kota wisata berbanding dengan kota-kota lain di Indonesia. Disebabkan lokasinya yang berada di garis lintang Khatulistiwa, maka di sini boleh dijumpai satu monumen yang dipanggil "Tugu Khatulistiwa" yang terletak di Jalan Khatulistiwa, luar dari pusat kota Pontianak. Tugu ni boleh dikatakan sebagai ikon kepada Kota Pontianak. Monumen di sini kelihatannya lebih baik dari aspek penjagaannya berbanding Monumen "Kilometer 0" yang terdapat di Sabang, Aceh.  

Monumen Tugu Khatulistiwa
Tugu Khatulistiwa
Tugu Khatulistiwa

Selain daripada kunjungan ke Tugu Khatulistiwa tadi, korang juga boleh sightseeing untuk melihat panorama kota Pontianak di sepanjang Sungai Kapuas sambil menyaksikan cara hidup masyarakat-masyarakat di sini. Bagi peminat sejarah pula, korang boleh berkunjung ke Muzium Kalimantan Barat & Istana Keraton Kadriah.  

Ayani Hypermall
Muzium Kalimantan Barat

Kalau ke Indonesia orang kata tak sah lah kalau tak berbelanja atau shopping kan? Jadi bagi yang nak shopping tu, korang boleh lah berkunjung ke toko-toko souvenir yang terdapat di Jalan Pattimura yang hanya terletak bersebelahan dengan Gereja Katolik St. Yoseph. Di sini korang boleh jumpa banyak produk-produk & hasil kraftangan masyarakat tempatan di sini seperti anyaman-anyaman, produk rotan, kain batik dan banyak lagi. Selain tu kat sini juga terdapat banyak produk makanan yang berasaskan lidah buaya atau aloe vera seperti minuman lidah buaya (sesuai untuk menyejukkan badan), dodol lidah buaya, gula-gula lidah buaya dan banyak lagi. 

Minuman aloe vera banyak dijual di sini, murah-murah kok
Kerepek-kerepek, snek-snek pun banyak
Ni mesti wajib beli
Toko jualan ole-oleh khas Pontianak di Jalan Pattimura
Haaaaa, takyah kau susah-susah gi Madrid kat Spain, kat Pontianak pun ada!
Ole-ole berupa replika Tugu Khatulistiwa
Pelbagai barangan ada dijual di Jalan Pattimura ni

Kalau korang nak cari tempat makan yang best pulak, di seberang jalan berdekatan dengan toko-toko souvenir di Jalan Pattimura tadi tu ada satu restoran yang terkenal dengan ayam kampungnya. Setiap kali aku ke Pontianak, ni memang satu tempat makan yang wajib aku singgah, pekena ayam kampung dia bersama-sama dengan jus alpukat dan teh botol sosro dingin memang terangkat sampai ke bulan katenyer....hahaha 

Makan kat sini pun sodap baq hang

Jus alpokat! Kegemaran zaman berzaman
Ni lah dia nasi ayam kampung tu
Nasi padang di Pontianak pun sungguh sedap
Selesai makan, sudahi dengan teh botol sosro dingin, mantappppp!!!

So buat korang yang ada hajat nak datang ke Pontianak, tak yah lah takut-takut ye, kat sini takde "Pontianak" yang hisap darah orang tu, yang ada cumalah "Pontianak" yang macam Maya Karin jer...hihihi



Happy backpacking! 

Wassalam.