Itinerari Penuh & Budget ALL IN Trip ke Afrika Selatan

Salam buat semua...

Rasanya dah hampir 3 bulan lebih aku tak menjengah blog aku ni, maklumlah aku terpaksa merehatkan biji mata aku nih daripada melihat komputer dan gadget-gadget yang seangkatan dengannya selepas aku buat lasek eye surgery hari tuh...huhu, now my vision getting better dan yang paling best dah tak yah pakai spek lagi..hehe... 

Ok, now back to the serious topic! Entry kali ni aku nak hupdate pasal trip aku yang the latest bulan Januari hari tu. For the first time in my backpacking journey, I managed to visit the African Continent! Yahooo... maklumlah trip-trip aku yang sebelum ni banyak (banyak ker???) cover negara-negara di Europe je. 

Al kisahnya sebenarnya memang dah lama sangat aku usha nak menjejakkan kaki di bumi Afrika nih, cuma masalahnya tiket flight nak ke sana biasanya mahal-mahal belaka, tak seperti tiket flight ke Europe, selalu jugak ada promo yang murah-murah. Usha punya usha, lastly dapat jugak aku grab tiket flight murah ke Afrika. Bulan Oktober tahun lepas aku dapat grab tiket promo by Saudi Arabian Airlines (Saudia) ke Johannesburg, Afrika Selatan. Kebiasaannya most airlines paling murah pun dioarang offer flight ke Johannesburg sekitar RM 2800-3000, tapi kali ni aku dapat tiket ke Johannesburg dengan harga USD 588.83 (~RM 1905) sahaja! Murah gileerrrrrrr kot.....horrayyyyyy!! 

So dalam masa hampir 3 bulan aku banyak buat research dan plan of action untuk trip kali ni. Ada beberapa plan yang come out tapi aku telah memutuskan untuk mencari kelainan sikit dalam trip kali ni, iaitu aku nak buat camping trip ke safari park. So aku telah memilih "Kgalagadi Transfrontier Park (KTP)" yang terletak di kawasan Gurun Kalahari di bahagian Northern Cape, South Africa. Untuk makluman, KTP ni merupakan sebuah safari park yang terletak di persempadanan 3 buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana dan Namibia. 

Trip Afrika Selatan baru-baru ni aku telah melewati bandar-bandar seperti Johannesburg, Upington dan Cape Town. Di Kgalagadi Transfrontier Park, aku ber"camping" di 3 buah rest camp iaitu di Mata-Mata Rest Camp (border with Namibia), Nossob Rest Camp (border with Botswana) & Twee Rivieren Rest Camp (main gate from South Africa). 

Ni merupakan route map dan itinerari penuh beserta budget ALL IN untuk trip baru-baru nih. Semoga membantu.