Salam dan hello semua! Privyet!
Selamat Tahun Baru 2016! Semoga tahun baru ni dapat menjanjikan kita dengan kehidupan yang lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Masing-masing dah pasang azam baru ke? Atau azam lama pun belum tertunai? hahaha... Ada tak sesiapa yang pasang azam nak mengembara ke Russia pada tahun 2016 ni? Haaaa kalau ada meh abam share sikit pasal tips dan perancangan kepada sesiapa yang ada azam nak merealisasikan impian untuk kembara Trans Siberia.
Alhamdulillah, pada winter yang lalu abam berjaya merealisasikan impian untuk mengembara di negara Russia dengan menggunakan keretapi di laluan Trans Siberia Railway (TSR). Abam telah memilih laluan dari Vladivostok ke Moscow, dan seterusnya mengakhiri kembara TSR di Saint Petersburg. Jadi kat sini abam cuba kongsikan berkenaan beberapa perkara penting bagi menjayakan misi Kembara Trans Siberian Railway ni. Semoga ianya berguna kepada sesiapa yang memerlukan ya.
Apa itu Trans Siberian Railway (TSR)?
TSR
merupakan jaringan keretapi yang menghubungkan Moscow dengan bandar-bandar di
bahagian yang jauh ke Timur negara Russia. Ia juga merupakan salah satu laluan
keretapi terpanjang di dunia. Kita biasanya lebih mengenali gelaran “Trans
Siberia”, tetapi sebenarnya terdapat 3 laluan atau cabang utama di sepanjang laluan
TSR ini, iaitu:
Trans
Siberian – laluan keretapi yang menghubungkan Moscow dengan Vladivostok sepanjang
9,288 km
Trans
Mongolian – laluan keretapi yang menghubungkan Moscow dengan Beijing
melalui Ulan Bataar, Mongolia. Ia berpisah daripada laluan utama TSR di bandar
Ulan-Ude.
Trans
Manchurian – laluan keretapi yang menghubungkan Moscow dengan Beijing
melalui Harbin, China . Ia berpisah daripada laluan utama TSR di bandar Chita.
Berapa lama masa yang diambil untuk
melengkapkan kembara TSR?
Sebagai
contoh, laluan tanpa stop over TSR
yang menghubungkan Moscow dan Vladivostok sejauh 9,288 km megambil masa selama
7 hari untuk tiba di destinasi. Adakah ia bermaksud kita perlu duduk sahaja di
dalam keretapi selama 7 hari tanpa henti? Tidak. Korang boleh merancang sendiri
untuk berhenti di mana-mana bandar yang korang suka di sepanjang laluan TSR
tersebut. Sebagai contoh, jika korang pilih laluan TSR Vladivostok-Moscow
(macam yang aku buat), korang boleh berhenti di bandar-bandar utama di
sepanjang laluan tersebut seperti Khabarovsk, Ulan-Ude, Irkutsk (untuk ke Tasik
Baikal), Krasnoyarsk, Novosibirsk, Omsk dan Yekaterinburg. Bergantung kepada
minat masing-masing, aku cadangkan peruntukkan masa sekurang-kurangnya 20
hingga 30 hari untuk menyempurnakan kembara TSR ni. Perlu diingatkan, tempoh
sah laku untuk Russian tourist visa
adalah 30 hari.
![]() |
Tugu yang menunjukkan jarak perjalanan dengan keretapi TSR di antara Vladivostok dan Moscow. Ia terletak di stesen keretapi Vladivostok. |
Bagaimana menguruskan visa Russia di
Malaysia?
Kita
sebagai rakyat Malaysia perlu membuat permohonan visa untuk masuk ke Russia.
Tapi, sebelum nak mohon visa, mesti ada ‘invitation
letter’ (juga dikenali sebagai ‘Russian
Visa Support’) dulu. Kat mana nak dapatkan invitation letter ni bro? Aku sarankan cara paling mudah dan cepat
untuk mendapatkan invitation letter
adalah buat secara online di website www.realrussia.co.uk
. Korang isi je maklumat yang dikehendaki dalam borang tu, kemudian buat
bayaran menggunakan kad kredit sebanyak 15 GBP/~RM 100 (untuk single entry visa) dan submit je, tak sampai 5 minit diorang
akan emailkan invitation letter tu ke
email korang. Jangan lupa untuk print
invitation letter tu ye.
Lepas
dah dapat invitation letter tadi, korang
boleh teruskan dengan membuat permohonan visa dengan mengisi borang visa secara
online di laman web rasmi Kedutaan Russia di Malaysia, www.malaysia.mid.ru . Kalau korang merancang
untuk masuk ke Russia sekali sahaja pada satu-satu masa, pilih visa jenis “single entry tourist visa”. Ia sah untuk
tempoh maksimum selama 30 hari sahaja. Lepas dah siap isi, jangan lupa untuk print ye. Bila semua dokumen dah ready, korang boleh proceed untuk mengajukan permohonan visa ke Pejabat Kedutaan Russia
di Jalan Ampang, KL. Untuk info juga, pejabat urusan visa hanya dibuka pada
hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja dari jam 9.30 pg hingga jam 12.30 tengahari,
so jangan pergi salah hari, buang
karen je nanti…hahaha. Kalau korang nak ke sana dengan menggunakan pengangkutan
awam, korang boleh naik tren LRT dan turun di stesen Jelatek dan seterusnya
menapak lebih kurang 15-20 minit.
Perlu
diingatkan sekali lagi, sila bawa semua dokumen berikut ke Pejabat Kedutaan
Russia untuk membuat permohonan visa – Passport
antarabangsa aka buku merah, invitation letter, borang permohonan visa, gambar berukuran passport, tiket
penerbangan masuk & keluar dari Russia serta salinan tempahan tiket
keretapi dan hotel. Bergantung kepada nasib masing-masing, macam aku hari tu
diorang tak tengok pun aku punya tiket flight,
tiket keretapi dan tempahan hotel, diorang cuma tengok invitation letter dan borang visa aku tu jer. PERINGATAN: Sila
tandatangan borang visa menggunakan pen dakwat BIRU!
Oh
ya, jangan lupa bawak duit juga ye. Bayaran untuk single entry visa adalah semahal RM205. Bayaran boleh dibuat di kaunter mana-mana bank (yang
terdekat dengan Embassy Russia di Jalan Ampang tu ada Maybank) selepas pihak
kedutaan membuat semakan kepada borang visa kita tu tadi. Kalau semua dokumen
lengkap dan OK baru buat bayaran. Lepas dah buat bayaran, bawa slip bayaran
tadi dan pergi semula ke Pejabat Kedutaan untuk menyerahkan semua dokumen yang
lengkap tadi. Akhir sekali, pihak Kedutaan akan bagi satu slip untuk collect visa bila dah siap nanti. Proses
visa mengambil masa selama 1 minggu.
Bagaimana membuat tempahan tiket
keretapi TSR?
Cara
paling mudah tempah secara online di laman
web Russian Railways, www.rzd.ru . Kat situ korang boleh check jadual perjalanan keretapi beserta
harga tiketnya sekali. Perlu diingatkan, tempahan tiket secara online di laman web Russian Railways hanya dibuka 45 hari sebelum tarikh perjalanan
korang. Korang juga perlu sign up
dulu bagi membolehkan korang membuat pembelian tiket keretapi di laman web tersebut.
Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit yang dikeluarkan di Malaysia.
Sebelum
membuat tempahan tiket, korang kena rancang betul-betul kat mana korang nak
berhenti di sepanjang laluan TSR tu. Tempahan tiket perlu dibuat dari bandar A
ke bandar B, dari bandar B ke bandar C dan seterusnya. Setiap sektor tu
memerlukan tiket yang berlainan, bukannya dengan hanya satu tiket sahaja korang
boleh menaiki keretapi di sepanjang laluan TSR dari mula hingga akhir,
melainkan korang memang tak nak berhenti di mana-mana bandar di sepanjang
laluan TSR tersebut. Sebagai contoh, ni tiket keretapi yang aku gunakan
sepanjang kembara TSR aku baru-baru ini:
Sektor
1: Vladivostok – Irkutsk (Train No.099)
Sektor
2: Irkutsk – Yekaterinburg (Train No.069)
Sektor
3: Yekaterinburg – Kazan (Train No.139)
Sektor
4: Kazan – Moscow (Train No.001)
Sektor
5: Moscow – Saint Petersburg (Train No.752; Sapsan high speed train)
![]() |
Tiket-tiket keretapi yang aku gunakan dalam kembara TSR |
Semua
tiket tren bagi setiap sektor tu aku tempah secara berasingan. Ini bermaksud
aku mempunyai 5 keping tiket yang berbeza kesemuanya. Oh ya, tiket tren yang
ditempah secara online di laman web Russian Railways ni akan dihantar dalam
bentuk voucher ke email korang. Aku
nasihatkan apabila sampai kat sana nanti, perkara pertama yang korang perlu
buat adalah pergi ke stesen keretapi di mana kembara korang bermula dan
tukarkan semua voucher tadi ke bentuk
tiket. Itu lebih selamat walaupun tiket dalam bentuk voucher juga diterima untuk menaiki tren TSR.
Bagaimana rupa keretapi TSR & berapakah
pula harga tiketnya?
Secara
umunya, terdapat tiga kelas bagi keretapi di Russia, iaitu first class (spalny vagon),
second class (kupe) dan third class (platzkart). Dalam kembara
TSR aku yang lalu, aku memilih untuk menaiki keretapi kelas kedua (kupe). Dalam setiap kabin kupe, terdapat 4 katil, 2 di bahagian bawah
dan 2 di bahagian atas. Di dalam setiap kabin kupe juga terdapat satu meja kecil untuk letak barang-barang
makanan. Setiap penumpang akan dibekalkan dengan bantal, cadar, selimut dan
tuala kecil.
![]() |
Kabin kupe |
Jika korang tempah katil di bahagian bawah, korang boleh simpan bagpack atau luggage di ruang yang terdapat di bahagian bawah katil tersebut. Kalau
di katil atas pula, korang boleh simpannya di ruang penyimpanan yang terdapat
di bahagian atas katil.
![]() |
Ruang menyimpan bagpack di yang terletak di bahagian bawah lower bed |
Kalau
korang nak caj gadget-gadget korang,
soket ada di bahagian koridor di luar kabin kupe.
Di setiap gerabak juga terdapat 2 buah tandas yang terletak di setiap bahagian
hujung gerabak. Bekalan air panas pula sentiasa available di setiap gerabak. Jadi kalau korang nak masak maggi ke,
nak panaskan makanan ke, nak bancuh air ke memang takde masalah lah.
![]() |
Ni bahagian luar kabin kupe. Kat tepi koridor tu ada beberapa soket power supply. Di setiap hujungnya pula ada tandas. |
Berapakah
pula harga tiketnya? Harga tiket bergantung kepada kelas yang korang pilih. Selain
itu juga, harga tiket bagi katil di bahagian bawah lebih mahal berbanding katil
di bahagian atas. Sebagai contoh, berikut merupakan harga tiket keretapi (second class “kupe”, lower bed) yang
aku gunakan semasa kembara TSR aku yang lalu.
·
Vladivostok – Irkutsk: 10,172 ruble (~RM 690)
·
Irkutsk – Yekaterinburg: 10,795 ruble (~RM 725)
·
Yekaterinburg – Kazan: 3,970 ruble (~RM 275)
·
Kazan – Moscow: 4,265 ruble (~RM 290)
Bagi
perjalanan dari Moscow ke Saint Petersburg pula aku memilih untuk menaiki tren
berkelajuan tinggi, Sapsan. Perjalanan dari Moscow ke Saint Petersburg sejauh
650 km memakan masa cuma 3 jam 40 minit. Harga tiketnya pula 2,580 ruble (~RM
175). Jadi, total keseluruhan yang aku belanjakan untuk tiket keretapi sahaja
bagi semua sektor perjalanan adalah sekitar RM 2,155. Jika korang memilih untuk
menaiki keretapi kelas platzkart
selama kembara TSR korang, bajet keseluruhan untuk tiket keretapi akan lebih
rendah berbanding menaiki kelas kupe.
![]() |
Sapsan high speed train untuk perjalanan dari Moscow ke St. Petersburg |
Bagaimana kehidupan seharian di dalam
keretapi semasa kembara TSR?
Makan,
baring & tidur! Hahaha….
Sepanjang
kembara TSR aku yang lalu, tempoh paling lama aku mereput duduk dalam tren
adalah selama 75 jam, iaitu bersamaan hampir 3 hari 3 malam bagi perjalanan
dari Vladivostok ke Irkutsk sejauh hampir 4,100 km. Tapi ia tidaklah bermaksud
aku cuma duduk dan terperap di dalam tren je selama 75 jam tu. Di sepanjang
perjalanan antara Vladivostok ke Irkutsk tu, tren no. 99 yang aku naiki tu berhenti
di beberapa buah stesen untuk menurunkan dan mengambil penumpang yang lain.
Biasanya di stesen-stesen yang besar seperti Khabarovsk, Belogorsk,
Chernyshevsk, Chita dan Ulan Ude, tren akan berhenti agak lama antara 25 minit
hingga 1 jam. Jadi, masa ni lah korang nak keluar hirup udara segar dan
membetulkan balik tulang-temulang korang yang dah bersimpang siur tu, hahaha….
Tapi keluar pun tak boleh lah nak pergi jauh, hanya berjalan di sekitar kawasan
stesen tu je. Kalau stok makanan dan minuman korang dah habis, boleh lah beli
kat kedai-kedai runcit yang terdapat di stesen tu, tapi harganya agak mahal lah
sikit.
Di
dalam setiap gerabak keretapi TSR ni, biasanya terdapat dua orang petugas yang
akan bertugas. Mereka lebih dikenali dengan gelaran “provodnitsa”. Antara tugas provodnitsa
ni adalah memeriksa tiket setiap penumpang, membersihkan kabin dan memberi peringatan
kepada penumpang yang akan turun di stesen masing-masing. Bilik provodnitsa ni terletak berhampiran
dengan tempat bekalan air panas. Mereka juga ada menjual makanan-makanan ringan
dan minuman jika korang memerlukannya, tapi harganya agak mahal.
![]() |
Salah satu tugas Provodnitsa ialah membersihkan kabin supaya sentiasa bersih. Diorang ni kadang-kadang nampak garang tapi dalam hati ada taman sebenarnya :-) |
Bagaimana
pula dengan makan dan minum di dalam keretapi TSR? Macam aku hari tu, aku
memang siap-siap bawak makanan dari Malaysia. Brahims lah yang menjadi makanan
rasmi aku sepanjang kehidupan di dalam tren di sana, hahaha...Nak makan, aku
cuma panaskan di dalam bekas yang berisi air panas je. Walaupun tekak agak jemu
makan Brahims tanpa henti hampir seminggu lebih sepanjang kehidupan di dalam
tren, namun aku terpaksa telan jua..yang penting jimat bajet dan patuh syariah,
hehehe…
![]() |
Makanan di sepanjang pengembaraan ditaja oleh Brahims...hahaha Jangan lupa bawa tupperware, sudu, garfu, bekas minuman ya |
Bermacam-macam
jenis dan ragam orang aku jumpa sepanjang kehidupan di dalam tren TSR. Mereka
semua baik-baik, namun masalah bahasa menjadi penghalang untuk berkomunikasi
dengan mereka. Aku terpaksa menggunakan kamus, google translate, bahasa badan dan adakalanya dengan cara melukis
sebagai medium komunikasi dengan orang-orang tempatan di sini. Suatu pengalaman
yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.
Bagaimanakah cara termudah untuk
berkunjung ke Tasik Baikal?
Tasik
Baikal merupakan destinasi yang wajib korang singgah jika mengembara di
sepanjang laluan TSR ni. Ia merupakan tasik yang terdalam (1,642 m) dan tertua
di dunia. Ia juga diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO pada
tahun 1996.
Jika
korang nak berkunjung ke Tasik Baikal ni, korang mestilah berhenti di stesen
Irkutsk, yang merupakan sebuah stesen utama di laluan TSR. Dari Irkutsk, cara yang
paling mudah dan cepat untuk berkunjung ke Tasik Baikal adalah dengan menaiki
minivan atau lebih dikenali sebagai “mashrutkas”
ke sebuah pekan kecil di pinggir tasik tersebut iaitu Listvyanka. Di Irkutsk,
korang boleh naik mashrutkas ni dari central market. Ia bertolak sebaik
sahaja penumpang penuh. Tasik Baikal terletak hanya 70 km dari Irkutsk dan
perjalanan menggunakan mashrutkas
hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Tambangnya pula sekitar 120-150 ruble
(RM7-RM10) sehala.
![]() |
Tasik Baikal dikala senja |
![]() |
Sungguh indah ciptaanNya |
![]() |
Ais yang membeku di Tasik Baikal |
![]() |
Smoked omul fish; makanan paling famous di Tasik Baikal |
![]() |
Perkampungan di Listvyanka |
Adakah kita perlu membuat “visa registration” di setiap bandar
yang kita kunjungi?
Satu
perkara penting lagi yang kita perlu tahu bila berkunjung ke Russia ni ialah
membuat “visa registration”. Kalau
nak ikutkan, visa registration ni
perlu dibuat jika kita berkunjung ke sesebuah bandar dan menetap lebih daripada
7 hari. Sekiranya kita menetap kurang daripada 7 hari di sesebuah bandar
tersebut, visa registration tidak perlu
dibuat.
Walaubagaimanapun,
pada kebiasaanya setiap kali kita check
in di tempat penginapan kita, pihak hotel/hostel/guest house akan membuat visa
registration untuk setiap tetamu yang
menginap di tempat mereka. Kebanyakan hotel akan membuat visa registration untuk kita secara percuma, sesetengahnya pula ada
mengenakan bayaran antara 100-200 ruble bagi setiap passport. Sepanjang kembara
TSR aku yang lalu, aku buat visa registration
sebanyak 4 kali iaitu di Irkutsk, Yekaterinburg, Moscow dan Saint Petersburg.
Jangan ambil remeh tentang visa registration
ni, kalau korang tak buat visa registration
ni sekurang-kurangnya sekali selama tempoh korang berada di Russia, kemungkinan
besar korang akan menghadapi masalah semasa nak keluar nanti.
![]() |
Bangunan Red Square di Moscow |
![]() |
Saint Basil's Cathedral di Moscow |
![]() |
Church on Blood di Yekaterinburg |
![]() |
Church of Our Saviour on Spilled Blood di St. Petersburg |
Adakah selamat untuk berbackpacking ke negara Russia?
Jawapannya
adalah YA. Di negara Russia, polis ada di mana-mana sahaja untuk memantau
keselamatan. Sepanjang kembara TSR aku yang lalu, aku pernah ditahan dua kali
oleh polis Russia, pertamanya semasa tiba di stesen keretapi Yekaterinburg dan
keduanya di stesen keretapi Kazan semasa menunggu keretapi ke Moscow. Apa yang
polis ni buat kat kita jika mereka tahan kita? Mereka cuma periksa dokumen
perjalanan kita sahaja seperti passport dan visa Russia kita sahaja. Tapi masa
kat Kazan, polis tu periksa semua dokumen perjalanan aku dengan cukup
terperinci sekali, bukan setakat periksa passport dan visa sahaja, habis semua
tiket-tiket keretapi aku pun dia nak tengok dan match kan dengan sistem imigresen mereka. Memang setiap pergerakan
kita di sana akan dipantau dengan begitu terperinci sekali. Jadi, tak perlu lah
kita takut jika ditahan polis di sana kalau kita masuk dengan saluran yang
betul dan dengan niat yang baik kan.
![]() |
Dekorasi pada stesen metro Komsomolskaya di Moscow |
![]() |
Dekorasi pada stesen metro Novoslobodskaya di Moscow |
![]() |
Dekorasi pada stesen metro Kievskaya di Moscow |
![]() |
Yang ni aku dah tak ingat kat stesen mana, yang penting tetap cantik |
Apakah cabaran yang dihadapi sepanjang
kembara TSR?
Cabaran
utama adalah komunikasi. Agak sukar untuk berkomunikasi dengan orang-orang
tempatan di sana kerana kebanyakan mereka tidak boleh berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris. Jadi sekiranya korang mempunyai kelebihan bertutur dalam
bahasa Russia, ia adalah suatu bonus kepada korang. Sepanjang kembara aku yang
lalu, aku menggunakan kamus bahasa Russia beserta dengan google translate jika menghadapi masalah dalam berkomunikasi.
Kadang-kadang isyarat bahasa tubuh dan komunikasi melalui lukisan juga lebih berkesan! Selain itu juga korang dinasihatkan untuk belajar membaca tulisan Russia dalam alphabet Cyrillic. Sebenarnya tak lah susah sangat kalau kita dapat hafal huruf tu cuma maksud je lah yang kita tak faham, tapi sekurang-kurangnya ia membantu.
Bagi
orang Islam, kebolehdapatan makanan halal di sana juga agak terhad, walaupun
Islam merupakan agama kedua terbesar di Russia selepas Kristian Orthodok. Agak
sukar untuk mencari restoran atau kedai makanan halal di sana kecuali di bandar-bandar
besar dan di kawasan yang berhampiran dengan masjid. Sepanjang kembara aku yang
lalu, aku cuma dapat berkunjung ke beberapa restoran halal di Irkutsk, Kazan,
Moscow dan Saint Petersburg sahaja. Semua restoran tersebut terletak tidak jauh
dari kawasan masjid.
![]() |
Masjid di Irkutsk |
![]() |
Masjid Kul Sharif di Kazan |
![]() |
Masjid Besar di Moscow |
![]() |
Masjid di St Petersburg |
Untuk
info juga, negara Russia mempunyai 11 zon masa yang berbeza. Sepanjang kembara
TSR dari Vladivostok ke Moscow, kita terpaksa menempuh 8 zon masa yang berbeza.
Jadi adalah penting untuk kita memahami konsep zon masa di sana. Prinsipnya
mudah je, korang kena tahu waktu setempat dan membandingkannya dengan waktu di Moscow.
Perlu diingatkan sekali lagi, semua jadual perlepasan dan ketibaan menggunakan
keretapi adalah menggunakan Moscow time,
bukannya local time.
Jika
korang merancang kembara TSR ni semasa musim sejuk, pastikan korang kena tahan
dengan suhu sejuk yang melampau di sana terutamanya di kawasan Siberia.
Sepanjang kembara TSR aku yang lalu, suhu terendah yang aku alami ialah -37’C semasa
di Irkutsk. Jadi, pastikan pakaian korang mestilah cukup tebal untuk menghadapi
suhu sejuk melampau macam tu.
![]() |
Alhamdulillah, mission accomplished! |
Trans Siberia ~ it’s a journey to remember!