Seawal jam 4.30 pg aku dah bangun untuk bersiap ke Doha Airport untuk meneruskan perjalanan ke Benua Eropah. Selepas menjamah sedikit light breakfast, aku terus ke Doha Airport menggunakan teksi yang dah di book oleh Pak Su aku. (Tq to Pak Su & Mak Su for the great hospitality...hehehe).
Aku tiba di airport kira2 jam 6.30 pg (waktu Doha). Kali ni aku tak perlu check in lagi di Doha Airport ni kerana petugas Qatar Airways di KLIA semalam dah check in kan untuk aku terus ke Oslo.
Boarding pass Doha-Oslo |
Dengan boarding pass yang dah sedia ada pada aku ni, aku terus saja ke Immigration Control. Selepas clear semuanya, aku terus ke ruang menunggu di Departure hall. Sekali lagi penumpang dari bangunan terminal Doha Airport akan dibawa ke pesawat degan menggunakan bas. So jangan sesekali lewat sebab nanti akan tertinggal bas...hehehe...
Ok, now clear for departure to Oslo, Norway :-)
Penerbangan Doha-Oslo berlepas on time pada jam 8.25 pg dengan nombor penerbangan QR 953 dengan menggunakan pesawat Airbus A330-300. Pesawat kelihatannya agak penuh dengan rata-rata penumpangnya terdiri daripada mat salleh-mat salleh Norwegian yang nak pulang ke kampung halaman mereka, hehehe. Pesawat dijangka mendarat di Oslo Gardermoen Airport pada jam 2.40 ptg waktu Oslo.