Assalamualikum wbt dan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum…
Cewaaahhhhh…ada gaya ala2 abam Arab tak abam KC ni? Hehehe…
Atas permintaan ramai (ramai ker?), kali ni abam KC tergerak untuk berkongsi dengan korang semua berkenaan dengan kembara Sahara di sebuah negara di Benua Afrika. Dalam perkongsian kali ini, abam cuba untuk mempengaruhi korang semua untuk membuat satu anjakan paradigma dalam aspek pengembaraan korang. Abam ingin menarik perhatian dan minat korang supaya untuk memilih destinasi-destinasi yang jarang dikunjungi oleh kebanyakan orang kita tanpa menggunakan bajet yang terlalu besar. Nota kembara abam kali ni agak panjang, jadi bertabah aje lah ye kalau nak kan ilmu...hehehe
Di sini bermula....
“Hurriyah, Karamah, ‘Adalah, Nizam” – itulah motto bagi
sebuah negara kecil yang terletak di bahagian utara Benua Afrika, yakni
Tunisia. Negara yang dihuni hampir 12 juta penduduk, yang majoritinya beragama
Islam ini mungkin tidak mendapat perhatian atau menjadi fokus utama kepada
kebanyakan di antara kita untuk mengembara ke sana. Apatah lagi dengan insiden
berdarah yang terjadi di Port El Kantaoui, Sousse pada 26 Jun 2015 yang lalu
yang telah membunuh seramai 38 orang pelancong yang kebanyakannya dari negara
Eropah yang sedang bercuti di sana. Berikutan insiden tersebut, kerajaan
Tunisia masih lagi mengeluarkan amaran kecemasan yang berkuatkuasa sehingga
tempoh 21 Februari 2016.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgx1qIs65OSGUTBW6w5cVbHO1lj0CwDRKpehoHVrGVRwaVGb_8tfyWqc-q8qA_lmmmWBPIgpSZkJKw3H3QXViwCDl5H-QR4zy3H0zJrNYEGk-lEVaayErHx8vrD4UjW-ZJmJ6sc1YTvHns/s280/map_of_tunisia.jpg) |
Negara Tunisia terletak di bahagian utara benua Afrika. Ia berjiran dengan Algeria di sebelah barat dan Libya di sebelah tenggara. |
Dalam kembara Tunisia ini, abam tak berkeseorangan. Kali ni
abam mengembara dengan seorang sahabat, Faiz. Sebenarnya trip ni kami dah
rancang seawal bulan Oktober 2015 yang lalu, iaitu sewaktu kami membeli tiket
penerbangan ke Tunis. Tapi nak dijadikan cerita, kami tak pernah pun study betul-betul pasal trip Tunisia ni,
semua perancangan dan jadual perjalanan kembara kali ni hanya dirancang 3 hari
sebelum tarikh perjalanan! Gila kau!!! Jadi trip kali ni boleh dikatakan
sebagai trip “redah & terjah” jer! Tapi Alhamdulillah semua perjalanan kami
semasa kembara di sana dipermudahkan tanpa sebarang insiden yang tak diingini
berlaku.
Tips Mengembara di
Tunisia
1. Penerbangan
ke Tunisia
Untuk ke Tunisia, buat masa sekarang tiada
penerbangan secara terus dari KL ke Tunis, ibu negara Tunisia. Dalam trip yang
lalu, kami memilih untuk menaiki penerbangan Saudi Arabian Airlines mengikut
laluan penerbangan KL-Jeddah-Tunis. Di Tunis, kita mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Carthage. Tempoh penerbangan KL-Jeddah adalah hampir 7 jam 30
minit manakala untuk Jeddah-Tunis pula sekitar 4 jam. Perlu diingatkan juga, waktu tempatan di Tunisia adalah 7 jam lewat berbanding waktu Malaysia. Harga promosi tiket pergi
balik KL-Jeddah-Tunis boleh didapati pada harga antara RM1,400-RM2,000. Selain
daripada Saudi Arabian Airlines, korang juga boleh terbang ke Tunis dengan
penerbangan Emirates, Qatar Airways ataupun Turkish Airlines.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhz32KcQlwzee8nYuOAbisQWuBlMMXapioDyw7iN3kwqN8ouccPAXf_0x_j_MH2SlP25MUcqXMVhTgfozd6uAcdy7OVwzeF7XKmDeqS2aWdrngmOdYO-pPFsJt_zEeBCSO-U_AD_7MWK1o/s280/epot.jpg) |
Alhamdulillah, abam KC dah selamat mendarat di Tunis Carthage International Airport. |
2. Keperluan
dokumen bagi memasuki negara Tunisia
Bagi pemegang passport antarabangsa Malaysia,
kita boleh memasuki negara Tunisia tanpa visa untuk tempoh maksimum selama 3
bulan. Jadi, cuma bawa passport jer dan perlu isi borang pendaratan imigresen
sebaik tiba di sana. Pegawai Imigresen kat sana pun tak de banyak songeh nak
soal siasat kita. Urusan masuk dan keluar sangat mudah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOekD1MUKOWE_Fzx_61qJImdmQo8jlJuSHqRQXpVOs1vAaoql8hB3BaLRN-4tSUXI715vodcfkIJQcmqVPhS7pHYvrAtlSI5pzaMPMBkXhjulEc3KMPzrJI1alWpNrdCYFDPk_RIV5ZMw/s280/arrival+card.jpg) |
Perlu isi borang pendaratan untuk diserahkan semasa pemeriksaan imigrasi. Bahasa Inggeris jarang digunakan di sini, mereka lebih mengutamakan penggunaan Bahasa Arab dan Perancis. Abam KC minta tolong pramugari Saudi Air yang translatekan. |
3. Matawang
negara Tunisia
Matawang yang digunakan ialah Tunisian Dinar (TND). Kadar
pertukaran TND kepada MYR adalah 1.00 TND ~ 2.05 MYR. Matawang TND tidak boleh
didapati di mana-mana negara lain, jadi tukaran kepada TND hanya boleh dibuat di
sana sahaja. Korang boleh bawa matawang USD atau Euro untuk ditukar ke TND di
sana. Tukaran boleh dibuat di mana-mana kiosk bank atau money changer yang terdapat di balai ketibaan Carthage Airport. Tak
rugi manapun tukar duit TND di airport sini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKxoZwpDMOb6zTImNYMkMBtDgRKVkbg-AP1EkGO3Xpx3p9h4poxXv_BOnORc2jQa04qsB5jeYt1AXkXC_teUCeyvCYKpAO4AKKeARt87ZNoA2aDH5WHZGuFDmEsmf_tatfpKZJiDHGcZo/s280/TND.jpg) |
Wang kertas Tunisian Dinar. Semua dia kasi pecahan 20 dinar kat abam. Hentam saje lah labu asalkan bernilai. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8oDhFp4s8ilNyPhMAoT2r9TLYhaoBS121Yb6agL9L4zhJzsv3so7OaM7MGGYHg6_UYwFTBKcT4Zs1g3th0NMklURLGHH4Egx6q5wsSsbimaVoH8vgc7WTTl1Ux_-eUt8cgusmBsRIHSI/s280/coins+dinar.jpg) |
Ini pula wang syiling Tunisian Dinar. Ada pecahan 5 TND, 1 TND, 1/2 TND, 0.1 TND dan 0.2 TND |
4. Akses
internet dan komunikasi di Tunisia
Bagi sesiapa yang jenis tak dapat berenggang
dengan internet tu, sebenarnya ada banyak je syarikat telekomunikasi di sana
yang menawarkan pakej-pakej internet. Untuk makluman, jaringan wifi di sana
juga agak terhad. Jadi, sepanjang di sana kami memilih kad sim untuk internet
daripada syarikat Tunisie Telecom. Kami memilih pakej internet 3G unlimited untuk tempoh 1 minggu. Kos nya
20 TND. Selain daripada Tunisie Telecom, ada juga syarikat telekomunikasi yang
lain seperti Orange dan Ooredoo.
Daripada aspek bahasa dan komunikasi pula,
bahasa Arab dan Perancis merupakan bahasa rasmi yang digunakan di sana.
Kebanyakan daripada papan tanda di sana ditulis dalam dwi bahasa, iaitu
bahasa Arab dan Perancis. Majoriti daripada penduduk tempatan di sana juga
tidak mahir untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.
5. Sewa
kenderaan di Tunisia
Memandangkan kali ni abam KC megembara secara
duo, jadi kami telah putuskan untuk mengembara di seluruh Tunisia secara independent dengan menyewa kenderaan
sendiri. Lagipun kebanyakan tempat-tempat menarik di Tunisia ni terletak di remote area yang memang sukar untuk
dikunjungi dengan pengangkutan awam. Jadi, cara terbaik untuk menikmati kembara
di Tunisia adalah dengan menyewa kenderaan. Sepanjang kembara di sana, kami
menyewa kereta jenis compact Hyundai
Grand i10 bertransmisi manual pada harga 22.50€/hari termasuk sewaan GPS. Kami menyewa
daripada syarikat Camel Car. Untuk makluman juga, lesen kenderaan bermotor yang
dikeluarkan di Malaysia adalah sah digunapakai untuk memandu di sana, jadi tak
perlulah korang nak pergi buat International
Driving Permit sekiranya nak memandu di Tunisia. Perlu diingatkan juga,
pemanduan di sana adalah di bahagian kanan jalan (American style). Alhamdulillah, sepanjang perjalanan hampir 2,000
km di sana, kereta comel kami ni langsung tak de buat hal. Syukur perjalanan kami
dimudahkan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHLswJt2nCzJkjAv9eCgvE3akbg1PkGmpwawJde2jALlXjBTrg1wmcxIYMEg2-oNKP4k5p5dyHC7kXSDVQVkipVzTGoCHLkSa2AfjvRq69YQpHiXxXsapPiK5O9oMQXa90A680I_-NZUw/s280/car.jpg) |
Ini lah kereta comel kami sepanjang mengembara di Tunisia :) |
6. Kos gasoline/petrol
Harga gasoline/petrol untuk kenderaan di Tunisia
lebih mahal berbanding di negara kita. Harga bagi 1 liter gasoline yang kami gunakan
untuk kenderaan kami adalah 1.65 TND (~RM3.40). Sepanjang mengembara sejauh
hampir 2,000 km di sana, kami telah membelanjakan sebanyak 165 TND (~RM 340)
untuk keperluan gasoline kenderaan kami.
7. Kos penginapan
Memandangkan trip kali ni adalah berdasarkan
prinsip “redah dan terjah”, semua tempat penginapan sepanjang berada di Tunisia
kami tempah secara walk in sahaja.
Penginapan bajet jenis hostel sukar ditemui di sana, jadi pilihan yang tinggal
adalah hotel sahaja. Mana-mana hotel yang kami jumpa, kami singgah dan tanya
harganya. Jika bersesuaian dengan bajet kami, kami sepakat saja. Sepanjang kembara
kami yang lalu, kami telah menginap di 6 buah bandar berbeza. Berikut adalah
kos yang telah kami peruntukkan bagi setiap tempat penginapan sepanjang berada di Tunisia:
- Tunis: 2 malam – 65 TND/malam
- El Kef: 1 malam – 50 TND/malam
- Tozeur: 2 malam – 32 TND/malam (termasuk sarapan pagi)
- Matmata: 1 malam – 50 TND/malam (termasuk hidangan makan malam)
- Medenine: 1 malam – 20 TND/malam
- Sousse: 1 malam – 55 TND/malam
Jadi, bajet keseluruhan yang kami peruntukkan
untuk penginapan sepanjang trip kali ni adalah sebanyak 369 TND atau 184.50
TND/orang (~RM 378/orang). Untuk makluman juga, semua hotel yang kami menginap
adalah bilik twin sharing dengan private bathroom.
Semasa di Matmata, kami berpeluang menginap di Hotel Marhala,
sebuah hotel penginapan yang dibina di bawah tanah atau lebih dikenali sebagai
‘underground troglodyte homes’ . Ia
merupakan ikon utama kepada pekan kecil Matmata ini. Matmata kian popular
kerana di sini terletaknya sebuah troglodyte
home, iaitu Hotel Sidi Idriss yang sering digunakan sebagai lokasi
penggambaran beberapa buah filem seperti Star
Wars, The Phantom Menace dan Attack of the Clones. Jika korang tidak
bermalam di Hotel Sidi Idriss ni, bayaran sebanyak 1 TND dikenakan untuk
melawat set penggambaran filem tersebut.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcY1chT4TcaM47ivGxWMIhJ1BQ0AZmPySsaf6xEw-yfKPeMOvlbcq-I8qmMq4wiqpppwixMT6BsMAv9z8JocCmkwtEhYar4rjjtXpVFP2nK_9_lDXwuJHFR9lapHX1SYKwew-oFPlmRtk/s280/troglodyte.jpg) |
Ini adalah rupa troglodyte homes yang banyak terdapat di Matmata. Bilik-bilik dibina di bawah tanah, di bahagian tengahnya pula dibiarkan terbuka seperti berbentuk sebuah lubang yang besar. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4mGq59zci48i7qRKdfLUX6ElCKHbnndu0nQTlyEwm1XIz8AaSKGtB7N8YED1Y9PzTlS14xFMta1qiNHo6Cnbold1X8SZf6LY4mg1Z8OxIOuN2ilB5wJGLhsXBuY8X8PSbQ2U8Z8rtz-A/s280/marhala.jpg) |
Ini adalah bilik tidur kami. Ruangnya agak luas dan sangat selesa. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQpUamsr3GK5nPV2tXXbG-Obrxn1T8lRxxByJNfgii3TahpcpdkV21KfOLQbUuQ12xIQISgwrzB02yNeeNCaNv4j9nl0Sb0sxoSLWuVnv2aHVUAs8pGjVnVXigb9xat9_B0jlK62K5pVA/s280/kantinmarhala.jpg) |
Ini pula ruang makan. Sangat cantik dekorasinya. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQPgpX7Wxy4gXL2gihUAPLTv8hug6x84rHBHA-Z7t_ph_0ipgAzo_93Tnc22jlFG78jGu-sAbyfg8fv0EU-BQNCxJHf1cd-Ey01zGoOwOPsQ0lDI3N788_bjh0X5MuyfMU9yL2xegKKGo/s280/tandasmahala.jpg) |
Ini pula tandas dan bilik air nya. Bersih dan sangat selesa untuk melepaskan hajat :p |
8. Kos
makan dan minum
Secara kasarnya, kami meletakkan bajet 15 TND
(~RM 31) seorang untuk keperluan makan dan minum dalam sehari. Berikut adalah
anggaran kos makanan dan minuman di Tunisia:
- 1 botol air minuman 1.5 L: 0.65-1 TND
- 1 kotak minuman jus 1 L: 2.5 TND
- 1 biji oren (saiz besar): 0.3 TND
- 1 cawan kecil kopi: 0.75 TND
- 1 set spaghetti + ayam bakar: 6 TND
- 1 set kentang goreng + hirisan daging/ayam +
salad + roti + sos: 5 TND
- 1 botol minuman bergas lemonade: 1 TND
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2SXFcDwBzNuv_vvjqU9n1-aH84Zsg84UZBTIJsByyE-MmqkPPTh6jTpCTkCXqL7WnVjCbSwd2pffxCF-oPqQl_SmZI1r8x2bAo8pf1ZVOpynOxKb7FtkxhvNY13jxTjiKQKYJyKBthYA/s280/mknn.jpg) |
Ini salah satu makanan kegemaran abam di sebuah restoran di Tozeur. Spaghetti bersama grilled chicken berharga 6 TND. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSPxnxyFE8KgHgWh6GDrg7ZM3k4m9ugPul9geI0u5Fz7FR-L-PTMZEiba9EdohyphenhyphenwPB1_wWJj3O_c9AcHpOxxnJd1k0zsezg66j1_TLa-38FM3i9aeIpiPIzauFqLBD-kAFQSVmbrVIa0o/s280/mknn1.jpg) |
Ini adalah set makanan yang banyak ditemui di Tunisia. 1 set sebegini biasanya berharag 5 TND. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjM2MDvVtz5-DuAhe0HdLLyxImPx44wcaMqR6u0bv-5-T0xOug-NRbGKJgmEcEemvQzAPy2PXKWuV28NZ1-ou5pm_Ms8HRHH-Nu_YTVIoxIajMjmTbwuhPLhcxo7ZqeH59WKpsNDEDXlrU/s280/mknn2.jpg) |
Kalau dah namanya tekak Melayu, tetap nak nasi jugekkkkk... Set macam ni pun berharga 5 TND. |
9. Rajah
laluan perjalanan kembara Tunisia
Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas lagi
berkenaan kembara Tunisia kami, berikut adalah rajah laluan perjalanan yang
kami tempuh sepanjang pemanduan di sana. Sesungguhnya Tunisia menjanjikan
sebuah pengalaman pengembaraan yang sangat mengujakan. Dari udara beriklim
Mediterranean di bahagian utaranya hinggalah landskap berwajah padang pasir
yang gersang di bahagian selatannya. Tunisia memiliki segala-galanya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEin5e37CvwDmySFo7W56MjpE2SOT2YbII7BHHy6ASH4OjCQSkiNxwrw3J_h3vOHlRKOYKMLj8nQJrz7ETHsS7VzO3PNk_eUUYGan__oaKbvGbhAElo-RcXeZmmI5J7NqyRmzve5SKJ9zD0/s280/12696198_10153999746388112_1608473538_n.jpg) |
Laluan yang kami gunakan sepanjang trip kembara Tunisia |
10. Faktor
keselamatan
Sebelum ke sana, kami sentiasa memantau
perkembangan tahap keselamatan, lebih-lebih lagi selepas insiden berdarah yang
terjadi pada tahun 2015 yang mensasarkan serangan ke atas pelancong dari luar. Semasa
kunjungan kami ke sana, negara Tunisia masih lagi berada dalam tempoh amaran
kecemasan berikutan insiden tersebut. Tapi Alhamdulillah, sepanjang berada di
sana kami berasa sangat selamat dan tidak terancam oleh mana-mana pihak. Tidak
dinafikan sepanjang pemanduan kami di sana, kami telah menempuh berpuluh-puluh
pos pemeriksaan dan sekatan jalan raya oleh pihak polis dan tentera di sana.
Tapi yang menakjubkan, setiap kali melewati pos pemeriksaan tersebut kami
mendapat layanan VVIP oleh pihak polis dan tentera di sana. Tiada proses yang
merumitkan bagi kami untuk melepasi setiap pemeriksaan tersebut, malahan polis
dan tentera mereka lebih berminat untuk menahan kenderaan-kenderaan yang
dipandu oleh rakyat mereka sendiri, hehehe….
Ok, sekarang abam percaya korang dah pun
memahami selok belok untuk merancang trip kembara ke Tunisia kan? Sekarang ni
abam nak payung korang lagi kenapa korang perlu mengembara ke bumi Tunisia yang
sangat unik ni. Jangan terkezut ya kalau segala-galanya ada di Tunisia,
jeng…jeng…jeng
#1: Di
Tunisia ada Sidi Bou Said (Santorini of
Tunisia)
Pasti ramai di antara kita yang lebih
mengenali Pulau Santorini yang terletak di negara Greece. Binaan yang
majoritinya sinonim dengan warna biru-putih di pinggir lautan ini juga terdapat
di Tunisia, iaitu di Sidi Bou Said. Ia terletak lebih kurang 20 km dari pusat
bandar Tunis. Kat sini korang boleh berjalan-jalan santai sambil menghirup
udara segar dan disapa oleh kedinginan bayu Laut Tyrrhenian. Tempat yang paling
strategik untuk menikmati pemandangan yang indah di sini adalah di Café des
Nattes. Berhati-hati dengan individu yang menawarkan korang untuk bergambar
dengan burung helang peliharaan mereka. Pastinya ini suatu taktik untuk menge”pau”
para pelancong yang berkunjung ke sini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWWaNNkL76wlTj6GoBaG_Pc9UDQCr31WVhE63hAsMJK58aQMLEWoaNUKGHnfbWul64FEqYAcBevQ7DC6bw6-A-TK9XroWRXkQ7FUCdR6LTvTmrlAMMCKLxZt2lenfhRNtUoADPmrSPus0/s280/sidi2.jpg) |
Pemandangan indah Sidi Bou Said dari Cafe des Nattes. Acah-acah orang kaya minum segelas jus kiwi berharga 7 TND kat sini. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFaaO_rjhilkhm-Z_q_ZUGfTq5HfqNPdsbtYNz40GGtK2AqlilBx1ND-bJGJpP24XqVUAqdsit3jFJdodGgIQlkTg74d6nHFg5e-1JoN-yUIzUU-UszAR4-ejLT9k6S702hwjx9aI41r0/s280/sidi1.jpg) |
Banyak kedai yang menjual barangan cenderahati di sini. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiF57tUkaklrv9lrfbyRZ98zmuhAazs3Sjjd-FQXCVgf00Z9qH6WDp_I2H9C_Krbkb6hojqBwC30lytmlLPrD6Ik1RVbV1qF2g2ls8zYuGlNOhmZPNzW7bC-apNhMtH1cXFLZhLojVFilM/s280/sidi.jpg) |
Putih-biru mirip seakan-akan Pulau Santorini di Greece |
#2: Di
Tunisia terdapat banyak tinggalan binaan zaman Roman
Kalau di Greece, kompleks Acropolis cukup
terkenal dikalangan pelancong di sana, Tunisia juga tidak kurang hebatnya. Di
sini juga ada banyak tinggalan sejarah zaman Roman. Salah satunya di Dougga.
Bagi pendapat peribadi saya, Dougga merupakan salah satu kompleks arkeologi
tinggalan zaman Roman yang paling indah yang pernah saya kunjungi selepas
Acropolis di Athens dan Roman Amphitheatre di Plovdiv, Bulgaria. Kompleks
arkeologi di Dougga ini telah disenaraikan sebagai salah satu tapak warisan
dunia oleh UNESCO pada tahun 1997. Kami singgah di Dougga semasa dalam
perjalanan dari Tunis ke El Kef. Untuk masuk ke sini, bayaran sebanyak 8 TND
dikenakan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtHrVNCobrX7OKLhmQ4O4JxIrHAhvMSQReinoGLsG8HQkfXOSeAudN4_2DcX92thZW5FqaiaVwIhatb83L4xeJv7QmjQCuCQ8RithrVsgP64cjppkBa_2DObqdJ8MyfmjEuic6rJAiiKw/s280/dougga2.jpg) |
Dougga ruins |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVcjkt0ABxncmQeqpq22QxcXfHgdu6horeWAwLukjkfwOSIzDINWz77NKRC-V7L-UOkUFWFiJptoGJfD0Tr_UcqKrJLmSiY-cFq1fHdcEaftVIkXCYv6RVX2VxsBVkhFf1XTvJw6mvQ1M/s280/dougga1.jpg) |
Roman theatre di Dougga |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSsoOnlCSqKLZglGm6R4MRkPZnRB4TT3SPyuiTNlWdjpAUxsgc1j07nMcqUhmh8yAbWPJYvD8N46libedTWSrlZeAQQ2J_boRQ74bReDwm4_Zve4lJwoKThRyi8w8t-Y-RESbECt2V2Bo/s280/dougga3.jpg) |
Pemandangan yang indah dari bahagian atas kompleks arkeologi Dougga |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPzh2334Ycfk8hLowpT11RYOgVrL6e26B9coGsehTiyXwayOjvKv3ONO5VPt40WsuE0J2iZtvsKbNUSEwF3B29LFIbL3rRh_eEkHmjLnalfMg6u5G3hpa7YQIXWdjUN6ithwgb9JsQo0k/s280/dougga4.jpg) |
Dougga diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIyXYJGVGKLSVWdSCfckWZ6vAMrAfLkW6PwOfes3fE3hvjBpZvERtbw0Wa4pqSnyEdjORFCBOCBnk91X9wSZw05orjwitlSN_JsmpMGtILGUcorPBaKWniFeLYc9JRIW7frsve0LFj7JI/s280/dougga.jpg) |
Binaan yang masih utuh di Dougga |
Selain itu, di Carthage juga terdapat satu
lagi tapak warisan dunia UNESCO yang bercirikan zaman Roman.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSNbILshVvrYEebDHkKlisuqSOAyyKWhIwGa1Q1w_BCPcGHgECfKGQ1cmhiZEzd8tQwTVLGfmr2VyuYhn6MJyMTjJjyM6xo6iBEbg-m9f6yysCpwdvV-_wjFeBJ1RdxhNKt5K4Rk1yelo/s280/carthage.jpg) |
Roman ruins di Carthage |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhj9tuApjzEKFuoItPYceEBfH9SHFT_WMcAbNhyphenhyphennHqPoXdJRNmyawhLLh3Cj8NaayIsZBuO1XZQAI6fxIK49UmTr2T3RcStnA4AcF6nyl3ID86e6ZJTzkUMJIwj_ONdsV4SlCETR7AzRZ8/s280/carthage1.jpg) |
Roman ruins di Carthage juga disenarikan sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO |
#3:
Colosseum juga ada di Tunisia
Siapa yang tak mengenali Colosseum yang
terletak di Rome, Italy? Tambah lagi ia merupakan salah satu keajaiban dunia.
Jangan risau kalau tak dapat ke Italy, kat Tunisia pun ada Colosseum lah. Ia
terletak di bandar kecil El Jem. Kami singgah di El Jem semasa dalam perjalanan
dari Sfax ke Sousse. Ia memang mirip dengan Colosseum yang terdapat di Rome.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCmPjFB0JIEFgo_WhKDmqjJ6Hbf-1_617DNQfAE4ddhdM35xrv82YNeYP5pk9i6MsOgBnXwsbA8IYALa7oDRb0RXWzVENO2eywZD4bnwYpEV-6TRDfkVybagowexFW8Iw3Rb09Moh-Xrc/s280/colosseum.jpg) |
Colosseum di El Jem ini mirip dengan Colosseum yang terdapat di Rome |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjz_bto8K7eMgqNLSiVVXyqS_BHLh7Qqnxzt8JdhGRe9E1BDQJzwmyvo7RuECR6RQhL4cfWgjUPvQlzB0Vk2eo4Jp0UOe3CIUBDSDaPj0-yr-_LxHBuDBRseek4JLVu2rV5RP0et5Jd68I/s280/colosseum1.jpg) |
Sebahagian daripada binaannya telah runtuh |
#4: AWAS,
“JAMAL” MELINTAS!
Kalau kat Malaysia, mungkin kita dah terbiasa
dengan papan tanda “Lembu Melintas”, atau di Australia “Kanggaroo Crossings”. Kalau korang nak rare sikit datang lah Tunisia. Kat sini unta yang melintas! Oh ya,
pastikan korang memberi laluan kat unta ni melintas dulu yek, jangan main
rempuh je. Unta-unta tu pun ada hak mereka sendiri untuk melintas jalan di
sana. Satu lagi, jangan takut nak menghampiri unta-unta liar di sini, unta-unta
ni sangat mesra dengan kita walaupun baru pertama kali bersua muka, hehehe…
Kami banyak menemui kawasan-kawasan unta melintas di sepanjang perjalanan dari
Gafsa ke Tozeur dan dari Tozeur ke Chebika.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPxAHh6cQJzlf0gbVgsvQlQO9Ithv0uKxdjcPdZb461X4Rtv9vNGB9cpqRJGW4pjxWZz9ZPFuGK9XVmf4swRmwFr8drt1mPqM_21tU50Rw-LybFkuhYpJGfuc0sBsWvHgAkC6bJnNgppg/s280/unta1.jpg) |
AWAS! |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivY3OlcxAQO41OTfmvmzxf4oTaelQY-oxeAoGqE6PZWFmgR2b6IYsVjFrA39BpHA6DxZGrDuxBHER_NfLjNkklTZILR6oDVxVshp_cL0E_4-RXJo6Dhgjel1X_UCLU4FMa0Pfe6hRFR5Q/s280/unta.jpg) |
Nampak, dia dah nak melintas jalan tu. Sila bagi laluan ye.... |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5pPDmmaBHAJr3ufE2hygE_hgVIwYULUbdYooazBMjtTw8oeYlvE6LPpdPBny_IQc3QsBsyBV9nv9QQeEC3k3wpmCl5pbe9p3ZCFmqettmhng_yxARDTfZAkxE17eT3wTvCl67V-iazLI/s280/untacrossing.jpg) |
Pantang nampak kamera, terus posing dia....shomelnye dia... |
#5: Di
Tunisia ada padang pasir Sahara
Secara jujurnya, saya lebih tertarik untuk
menikmati keindahan landskap yang terdapat di bahagian selatan negara Tunisia
kerana di sinilah terletaknya hamparan padang pasir yang cukup luas dan indah
sekali. Dari Tozeur kami sempat berkunjung ke Ong Jemal dan Mos Espa untuk
menikmati landskap padang pasir Sahara di sana. Selain itu hamparan padang pasir yang cantk juga boleh ditemui di Douz.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhICb4wh1eC2Zv_H7pVvwtgzZb_ngxAItzcUPi2Kagl621pGLcrvS7z0_vQzYXoqGFCBXmsgAAlIwUTB_swV0dZ66C1XGp_7SLm4r7pPIEXswr4o-Jnb45Uzfic10VOcJYfyc1BJLz-8Jg/s280/sahara1.jpg) |
Halus, tulus dan mulus....ini lah padang pasir Sahara di kawasan Mos Espa |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxbe8_UzzpztIUaJ5LGfHScqEtxNbjzRc5zM7Q832eQbHXAXzkEUhlnuJcoq5oGX5_lGFgpWtJZdvnTbb2se63aSz6ab1f48-wUPbinMVF5fI_W13oxM_L-PQAJQFQD62jY3TyNAmRIn8/s280/sahara2.jpg) |
Indahnya kehidupan di padang pasir |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5jtZJ4ORj1jFUYug4mJAtJliN9MX2vSvjhorfYGMGXXmFuC4KHSQrji2l8IRdR3Z1852KGKeprNyvaxkaSvqTBgy1-aS2Fk2WL485Pyy5WOCwdZbvBJa1nFU9K21R2iWqFXgwu7oILeM/s280/sahara3.jpg) |
Nama je padang pasir, tak panas pun masa ni, sejuk adalah |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1saYEPkhuCSyC_emFG6r8RMFd1YCSdhNhqPItVK6R-RD4zhYe0qC5Cbem2pYQU6HnXGEBDTxtpJ9oGrifRKqRmH9S5FlYXeAVWwUBElpLvGFc7MwWN23i5f79lLeUZ68AWRtqDHeAENo/s280/sahara.jpg) |
Cantik kan! |
#6: Tunisia
juga memiliki banyak perkampungan oasis
Dari Tozeur, kami melanjutkan perjalanan melalui beberapa
buah perkampungan oasis yang terletak di Chebika, Tamerza dan Mides yang begitu
hampir dengan perbatasan dengan negara Algeria. Kami berasa amat selamat ketika
berjalan-jalan di perkampungan oasis di sini melalui lorong-lorong rumah yang
diduduki oleh penduduk di sini. Jangan takut, penduduk di sini sangat ramah
kepada pengunjung.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFrDAXYKzLJJNwFJPkt-vknZHh4I5iN-UsgXQ0le8u75PM_-0VnbC30081-KBK0bZ9iGXIxEAbHPHXUwVPOVHsZ6UvaRmN-3y0KaRVwl0g-tC1hLuUNJ3IjMCENXI9ICScPhE7ybODwho/s280/oasis1.jpg) |
Pohon-pohon tamar di sebuah perkampungan oasis di Chebika |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPe0ohAR23T6V50yRaJqLq1gbwctZJ60ehyeNPQuXtRzbV7uv9zlZuZGZG7UzWoOhi9WdLjmQN81MuBREP6JKQnGRxJt8wpU8V4RDkkCUX8euXUIbj3jjmv37aiX7WkLWAqAGpQW4s6l8/s280/oasis4.jpg) |
Sebuah perkampungan oasis di Tamerza |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQH_aSimYMSM2DHZXRqOAfh5aN-_oWf36gRJvNX6FSCR1LBdprvXWUv0eTfbHjRMNlXye0LAnIda0u0v2n3CyMfQrLYKglkYXAO937S5H71iBmEZYJHzZm6hzT_bMrh0MYnjohwQA4SxA/s280/oasis2.jpg) |
Kalau jalan kat bahagian bawah tu, kita akan nampak aliran air di sekitar kawasan oasis ni |
#7: Grand Canyon juga ada di Tunisia
Korang tak perlu lagi nak ke USA kalau nak
tengok grand canyon, kat Tunisia pun
ada bah! Antara yang tercantik adalah canyon
yang terletak di Mides, iaitu cuma beberapa kilometer sahaja dari sempadan
negara Algeria. Pemandangan di sini sangat alami dan menakjubkan!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8ycpTeApZQmHYSdLDGk2sOmZQIROFdnBvhVX4pAoWeYTCGZxQSRzeGSMKYFjoZLskW6TznVBPXd5YyDroQshki6zXabJdq1LcEqMPkqb11rOLV0vfABVYVX-FMOmzuvqhmJi_iPbhgw0/s280/canyon3.jpg) |
Grand canyon di Medes |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVxH81nGvq6yAbLlEt2meixyf_25qnnAdAQnESxk_eSNqTDbHuoEwEFFSi39WyiZJVdZpYPHm0MZkq_ODtGiDgKN6V15SCrZzXrjIgyCOCQRdS27h1bcVKW6lmLiziFQRrvCfGRINFioQ/s280/canyon.jpg) |
Awesome sangat pemandangan kat sini |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeQ7ngCX0FH6GSXbh5VOqV21ehM5R04qDfZMOxUZe9Dn53SFrrMCYZUyBjOF4ZW4qzZzL-bQjn-kNiVlFQFkXEgHK_DeOQtLIvxljydKMLqSBcz47Pr1WxTfLQp13riXmDSu5A7Pkk808/s280/canyon1.jpg) |
Cantik kan? |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4L1Vm1KKTK5oPdc57LQ_HZA1hdJSuSwL1oARURo6Y6gmMTvMeZrvaP_yELVc56Sjx3CCMg0Ep7qTZbedBMH2afVtTTUB-X_BwQvSXcT974p0ZQM-IIwMDlFAN7XKvFqxPmso9XflcDRc/s280/canyon2.jpg) |
Ada aliran air sungai kat bawah canyon ni |
#8: Di
Tunisia juga ada rumah bawah tanah (Underground
Troglodyte Houses)
Kalau di Matamata, New Zealand ada Hobbit House yang menjadi lokasi
penggambaran filem Lord of the Rings,
di Tunisia juga tak kurang hebatnya. Di sini ada sebuah pekan kecil yang
bernama Matmata. Simbolik kepada Matmata adalah binaan rumah bawah tanah (underground troglodyte houses) yang
banyak dibina di sini. Seperti yang saya maklum sebelum ini, Matmata semakin
popular untuk dikunjungi kerana di sini terletaknya sebuah unit troglodyte house, yang berfungsi sebagai
sebuah hotel iaitu Hotel Sidi Idriss yang menjadi lokasi pembikinan beberapa
siri filem Star Wars, The Phanton
Menace dan Attack of the Clones. Korang boleh melawat ke set penggambaran di
Hotel Sidi Idriss ini dengan bayaran masuk cuma 1 TND sahaja. Selain daripada
itu, korang juga boleh melawat ke muzium bawah tanah yang banyak mempamerkan
sejarah perkembangan pekan Matmata ini. Bayaran masuk sebanyak 3 TND dikenakan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAoEhYBtm1N8548QkC1xqryF5qMGDqOV1C0RURHmQAYYKYbeJe-BSl3C0uD3JNYD_50bQ0D6mcQhoN1VRr6yNAsgNbKRRKohlG8cZTgSrq6RpROHDb8TYakm6T6ci9WFFaFTCw7BgIxdQ/s280/12499295_10153998965088112_1332073169_o+%25281%2529.jpg) |
Troglodyte houses di Matmata |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7ZbanrBJGJAvVIVNY1SATZ_LH6Z8GCdv6s2-77pHZN2Q25VyPTK3zL0L0kLLOY-YtmSvVTAz18M1-KREXHldIl29ZsqfgprviJ09VT48wBBn2XtKsv-Dvac7Ri2q9kK-vQMoWwqGjcjo/s280/12722538_10153998964853112_855043037_o+%25284%2529.jpg) |
Bilik-bilik dibina di bawah tanah |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjk1s7T4wgN-pJhlQ3ei79hGKf9b7YSa1RQB4cbvGl2t3SIibUxxSXZLgg0oNZbU8juBK0pVc1z6dVHgHX5x_JtUU44Z3S9zjMIm-LpjItLheNpTbSm1JYC565z-xxrjpZgrwFYcg-q5lU/s280/12755305_10153998965348112_1848135927_o.jpg) |
Pintu masuk ke ruang bilik bawah tanah |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNAPflyS38hJ5LPTqihW5oeTBtbO9_Fq8MYLoPmP-NNk4PcvpB3xFMN3hTqVYtn5wR03qJqkHjfIliFVFJ1TJvvyWxpciA5i7xpFysMjmr3iaI-IR5ADy2vOOj_FZMC8vuiXu4KJlQpv8/s280/12736663_10153999156203112_981319865_o.jpg) |
Salah satu set penggambaran filem Star Wars di Hotel Sidi Idriss, Matmata |
#9: Tasik bergaram (salt lake) juga ada di Tunisia
Mungkin agak sukar untuk kita pergi berkunjung ke Salar de
Uyuni di Bolivia untuk melihat landskap tasik bergaram di sana. Jangan risau,
kat Tunisia pun ada. Kami menjumpai beberapa kawasan gurun yang dilitupi oleh
lapisan garam seperti di sepanjang perjalanan dari Tozeour ke Mides. Namun yang
paling terkenal adalah di Chott el Djerid, tasik bergaram seluas 5,000 km
persegi yang terbentang luas di sepanjang pemanduan kami dari Tozeour ke Kebili.
Ada yang tanya masin ke garam kat sini? Dah nama pun garam memang masin
rasanya, hahaha…
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhv19wOtEV6SRbRlwDi0wcfIndL_h5g3UXzj7PZA6buvQjUiX5MauIloZXXaOGRfCUiQ58Jrbr8o5ibB_RCh54KTKfzT2knFCjQZLA2I7v0DdE9d8A94RbR1LezROpCsTvKxDDfuXCnruQ/s280/thumb_11655929_10153999182268112_809340331_o+%25281%2529_1024.jpg) |
Salah satu tasik bergaram yang tidak jauh dari perkampungan oasis di Chebika |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIEGD8fAINDSlYlyuC2glJjmMB_Q6y0vtrrTiMKYxKEbd3pxiQmXDQrhVVHYXQrAug9Up2iNI-0kPEQl2aum5R8xLvkcv8ogtJLFzQs0TihybLWysk38ee47r5N9sLUX3CrFRCvqK16Oo/s280/thumb_12737086_10153999187858112_2029402184_o+%25281%2529_1024.jpg) |
Tasik bergaram di Chot el Djerid |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLzzKxDya9FxAqkAQp_ct4ZaBGCjOiqnR6xkVXBUyAkHnvdbWmRnyvP0AL-9EDRNRWWcteXDSeOTGkAzMRDXH_goNohEQYpSp1nmpet5htTB0K-AKip1vwiRFf8xgu1z3gdDgGOCYpq8g/s280/thumb_12755193_10153999188083112_1898967594_o+%25281%2529_1024.jpg) |
Abam dah buat ujirasa, garam yang terdapat di sini memang masin rasanya. |
#10: Landskap “kawah
bulan” ada di Tunisia
Kini tak perlu lagi nak ke bulan kalau nak
tengok landskap yang seakan-akan berbentuk kawah. Kat bumi pun ada lah! Ni ha
kat Tunisia ni ada jer. Landskap sebegini boleh dijumpai di Chott el Jerid,
yang mana ianya juga merupakan salah satu lokasi penggambaran bagi filem Star Wars.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1d4szTbk83sC2bDRONjl4yhUU6QPvZqe4o1blPZ9oReIhBEPbjOWZduN9F3-5wwsGRK1ok4gTbmbVZ7UzM4jKDEBh9cHpPCwUfbHMz0iu-XZOZzm1rTImzqHm2CPo0FPvcgXV3MFkr90/s280/12675193_10153999228103112_1648274509_o+%25281%2529.jpg) |
Chott el Djerid |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEZE-ohceO60wuPZJoKTR7ABZeVflsqN6X3NDpYqmiRyyBjs-1hvrFhba_c0f8AAZaxLGiWO72GEmorozXFaaOHiEVMtda_P88VfdCSmx02Xmkx_HxXRYL6LRhgN3IOoyla4GEULv3f4Q/s280/12736491_10153999228358112_116383247_o+%25281%2529.jpg) |
Star Wars juga pernah difilemkan di sini |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiY7_-EKwazcrZlpbTgfaDOntt-No3N5xfHw9vr1riseOeMKHiTI49-PHf8a2_ETRmoRIY7y_n7IxQzgXCYGy4HriVeHmhfXCIjycUNAsAfAcQm423b7uNzEcCpMgQVeHwAxE7fk2oDwI/s280/12752000_10153999228283112_878050142_o+%25281%2529.jpg) |
Permukaan tasik bergaram yang begitu unik |
#11: Tak perlu ke Jepun kalau nak tengok sakura, kat Tunisia pun ada
Bila cakap pasal sakura, semua orang pakat
nak ke Jepun. Alahhhh tak payah lah, datang Tunisia pun berlambak lah pokok
bunga sakura kat sini. Kami menjumpai banyak pokok bunga sakura di sepanjang
pemanduan dari Tunis ke El Kef dan dari Kebili ke Gabes. Tak sangka betul bunga
sakura dapat berkembang mekar di kawasan gurun, hehehe…
#12:
Di Tunisia juga ada canola flower
Kat Tunisia ni juga banyak kawasan yang
ditumbuhi dengan bunga-bunga bewarna kekuningan yang mirip canola flower. Tak kira lah di tepi lebuhraya ke, di kawasan gurun
ke mahapun di dalam ladang pokok tamar juga bunga-bunga ini hidup begitu mekar
sekali.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioj8PdxqgUdNEkZZmSS5x9ZEZCGuHKSmMxoKhKD4pJr0WuGPc2YdwDb5oFSBsO9HdNJiPI5WLfDvRFEsqdj6DuUEYsFZSK9MMxsktnMbCP_lp9f68ws0lLpMnie-UWld1xQn-_YR9RbI8/s280/12699037_10153999248073112_373840981_o.jpg) |
Canola flower yang hidup subur di ladang tamar |
#13: Anda
boleh posing maut di tengah-tengah
jalan di Tunisia
Kalau korang nak berposing maut tanpa dilanggar oleh kenderaan di tengah-tengah jalan
raya dan berlatar belakangkan gunung padang pasir, jemputlah datang ke Tunisia.
Antara lokasi yang terbaik adalah di sepanjang perjalanan dari Tozeur ke Mides.
Memang susah betul nak jumpa kenderaan yang lalu lalang kat sini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_etWtFe9CY1_GRZhDA0KmY7Pct3tAWnmPGFolJlbXAdkMmQdxzeeylx1C1Nj8gMgDhZ0nEd2soqmVeF70HfKZA1I1g2fqucRCPMV9mvJwvoFCEwWAgoV-NDyGHaGvQ18Qwq3ECxX98Kk/s280/12736910_10153999255728112_403775220_o.jpg) |
Masa ni abam tengah posing maut kat tengah-tengah jalan menuju ke Mides, duduk setengah jam kat sini pun takde kenderaan yang lalu lalang. |
#14: Tunisia
memiliki banyak lokasi penggambaran filem Star Wars
Bagi penggemar fanatik filem Star Wars, korang
wajib datang ke Tunisia kerana beberapa siri filem Star Wars banyak difilemkan
di Tunisia. Kami sempat berkunjung ke beberapa set penggambaran filem Star Wars
di sini, antaranya di Mos Espa, Matmata, Ksar Hadada, Ksar Medenine dan Ksar
Ouled Soltane. Kebanyakan daripada set pengambaran tersebut masih lagi utuh dan
berada dalam keadaan yang baik. Kebanyakannya tiada bayaran masuk dikenakan di
semua set penggambaran yang kami kunjungi sebelum ini kecuali di Hotel Sidi
Idriss, Matmata.
Mos Espa
Ksar Hadada
Ksar Ouled Soltane
#15: Di
Tunisia juga ada laut yang membiru
Lupakan seketika pasal Krabi. Bagi penggemar
pantai, Tunisia pasti tidak akan mengecewakan korang. Tunisia juga memiliki
beberapa buah pantai yang bersih dengan lautan yang membiru. Antara yang
popular adalah di Monastir, Sousse, Hammamet dan La Marsa.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh35xct30Sg_-7y_AUZ4-n-Jud-fcNBLGGdi6SwFtkIgaZaXpp9EexC_UrUiFAbAU0kkXur0RROi0ik0ClyxJwJrUBkDItcHPKg3XK4WDpNVxTdVWso9SquM6aJWuHD-vyV4P08Y8BG_ho/s280/12722496_10153999265533112_1366158396_o.jpg) |
Ni kat pantai di Monastir, tengok tu, biru dan jernih giler air laut dia |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9cE3voSmSeKLBU6i0Gg1D9d6lDvaoBihZTlA9agcK9Z9B8XWlVV0mcibTn-fCLXi-Bvm5zw0BoXWJ-VloaQzuI2frdXt3Ikq6v_U8QHmEccbbdqzU88-7Nf0W7AzJelkNcAKpdft70g0/s280/12755232_10153999265658112_1919596088_o.jpg) |
Lepas berpanas-panasan di gurun, kita mandi manda pula di pesisir pantai Laut Mediterranean |
#16: Di
Tunisia, kita bukan lagi orang Malaysia tapi lebih dikenali sebagai orang Jepun
atau Cina
“Konnichiwa”,
“ni hao” – itulah sapaan pertama yang kami terima daripada kebanyakan
penduduk lokal di Tunisia. Boleh dikatakan hampir 95% daripada mereka
beranggapan kami berasal dari Jepun atau negara China. Ini sangat melucukan,
apatah lagi kulitku yang sangat bersawo matang ini langsung tidak mencirikan
ke-Jepunan ataupun ke-Cinaan, hahaha.....
#17: Because DOLCE & GABANA is too mainstream…
Kalau di Itali, mereka cukup berbangga dengan
jenama D&G (Dolce & Gabana) mereka, di Tunisia pula mereka lebih tertarik
untuk menjenamakan buah pisang mereka dengan jenama D&B (Dolce &
Banana)…HAHAHAHA!!!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjed4QXnrfSVO4Pj1vOurVIhALq_0OH73sU9fG8Odnj1QZgCn8Sg51t2fkmIoP14dDehU-dsKN0Md7rJuh-muDUIR9jpemNegEeIMZUjwD21nHu9gByz0q7JmSiL_79iR6oY4SOUWZb7Qs/s280/12751938_10153999272173112_760578211_o.jpg) |
Kreatif! |
Bagi pendapat peribadi saya, Tunisia adalah antara sebuah negara yang paling best yang pernah saya lawati. Terlalu banyak tarikan yang boleh kita nikmati di sana walaupun negara kecil ini kurang terkenal dikalangan orang-orang kita. Kini sudah tiba masanya untuk kita lebih membuka mata untuk mengembara ke Benua Afrika. Jangan terlalu risau akan aspek keselamatan kerana jika kita merancang dengan niat yang baik, InsyaAllah perjalanan kita akan dilindungi.
Semoga perkongsian kali ni akan memberi manfaat kepada korang semua.
Jom Tunisia lagi!
Wassalam.