2 Jun 2013
Bersambung daripada catatan yang sebelumnya, iaitu episod di restoran Lilla Karachi....
Kali ni aku dapat makanan yang begitu mengenyangkan, mana tak nya sebab dapat nasi kan. Siap makan 2 portion lagi tuh, standby tenaga untuk ke malamnya terus. Sambil makan aku jenguk-jenguk jugak ke meja sebelah yang ada 3 orang perempuan tadi. Dah siap makan, aku cuba menyapa diaorang...
"Hi, where are you from?"
Salah seorang daripada mereka menjawab "I'm from Somalia, but currently living in Sweden for 20 years, and where are you from?"
Lantas aku pun jawab je lah dari Malaysia. Aku bertanya lagi, "All of you are Muslim?"
"Yes, we're Muslim", jawab perempuan yang tadi.
Dah confirm semuanya Muslim, lantas aku pun bagilah salam dan menerima kembali ucapan salam daripada ketiga-tiga mereka. Alhamdulillah, tak sangka aku bertemu dengan saudara Islam di sini.
Dah confirm semuanya Muslim, lantas aku pun bagilah salam dan menerima kembali ucapan salam daripada ketiga-tiga mereka. Alhamdulillah, tak sangka aku bertemu dengan saudara Islam di sini.
Perbualan kami kat restoran tu berlanjutan agak lama. Selepas berkenalan dengan lebih dekat, rupa-rupanya mereka ni berketurunan Swedish-Somalian yang memang menetap di Sweden ni. Mereka bertiga adalah Leila, Fathima dan Isiya. Leila dan Fathima adalah adik beradik. Kedua-dua mereka masih belajar di salah sebuah universiti di Stockholm ni. Isiya pula sudah bekerja di salah sebuah syarikat di sini. Tak sangka, mereka mengenali Malaysia dengan lebih dekat juga, kata mereka selalu lihat kat iklan di TV tentang Malaysia. Leilla menaruh impian yang tinggi, katanya dia mau bekerja dan menetap di Malaysia. Aku harap impian Leilla itu tercapai suatu hari nanti, InsyaAllah...
Sedang kami rancak berborak, aku lantas mencelah "Do you know where can I find a mosque here?"
Leilla, dengan penuh semangatnya menjawab "Yes, we have one big mosque here, I can show you if you want to visit the mosque, its nearby here"
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat dipertemukan dengan saudara Islam yang baik budi pekertinya. Setelah selesai menjelaskan bil makanan tadi, kami mula bergerak untuk ke masjid yang dimaksudkan tadi. Lokasinya tak berapa jauh dari restoran ni, lebih kurang dalam 15-20 minit berjalan kaki. Tapi, sebelum kami bergerak ke masjid, aku terpaksa ke hostel dulu untuk ambik balik bagpack yang aku tinggalkan di luggage storage tadi. Kami sama-sama ke hostel dan lepas tu terus ke masjid. Fathima terpaksa meninggalkan kami kerana ada urusan, jadi Leilla dan Isiya sahaja yang menemani aku.
Selepas berjalan kaki hampir 25 minit, kami tiba di lokasi masjid. Alhamdulillah, aku tak sangka ada sebuah masjid yang agak besar di bandaraya Stockholm ni. Ketika kami sampai, masjid ni ditutup kerana bukan waktu solat. Untuk info, masjid-masjid di sini hanya dibuka pada waktu solat sahaja. Namun, Leilla dan Isiya pergi berjumpa dengan kakitangan yang menjaga masjid tersebut. Alhamdulillah, kami dibenarkan masuk ke dalam masjid dan sempat menunaikan solat di sini.
![]() |
Masjid Besar di Stockholm |