Kembara di Bumi Afrika Selatan (Part I)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Semoga kalian semua sihat-sihat hendaknya. Berbaki beberapa hari sahaja lagi kita umat Islam akan melabuhkan tirai Ramadan dan akan meraikan hari kemenangan kita di bulan Syawal nanti. So amacam dengan persiapan raya? Semua dah settle ke? Maklumlah nak raya ni ramai yang nak serba baru kan.. baju baru, seluar baru, tudung baru, kasut baru dan macam-macam lagilah yang baru..hehe.. Saya? Hmm... persiapan raya satu habuk pun tak buat lagi, tapi saya lain sikit, raya kali ni saya nak beli bagpack 50L baru...kihkihkih...

Baiklah, entry kali ni saya nak share sikit nota perjalanan saya semasa berbackpacking ke Afrika Selatan. Kunjungan saya ke Afrika Selatan baru-baru ni merupakan siri backpacking pertama saya menjejakkan kaki di Benua Afrika. Bagi kebanyakan orang Malaysia, kalau kita sebut je Afrika Selatan mungkin kita akan terus ingat "Cape Town". Ye lah apa tidaknya kat sana kan ada ramai komuniti Melayu. Pasal Cape Town, saya akan ceritakan kemudian. Untuk bahagian pertama ni saya nak cerita dulu pasal kunjungan saya ke Johannesburg. 

Singapore to Johannesburg

Johannesburg atau lebih singkatnya dikenali dengan nama Joburg merupakan bandar terbesar di Afrika Selatan. Namun begitu Johannesburg bukanlah ibu negara bagi Afrika Selatan, that title goes to Pretoria. Pada trip saya yang lepas, saya menggunakan penerbangan Saudi Arabian Airlines (Saudia) dengan menggunakan route Singapore-Jeddah-Johannesburg. Saya amat bertuah kerana masa tu saya dapat tiket penerbangan pergi balik dengan harga USD 589 (~RM 1905).

Saudi Arabian Airlines B777 aircraft is ready for departure!

Menyusuri Keindahan Rantau Balkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Belum terlambat juga rasanya saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada member-member yang beragama Islam di sini. 

Kali ni saya nak share sikit pasal trip Balkan saya tempoh hari, tapi entry kali ni saya tak nak berceloteh panjang sangat disebabkan tak berapa nak membuah idea kali ni..hihi. Jadi kali ni kita layan gambor-gambor aje lah ye... 

Secara geografinya, rantau Balkan ni terletak di bahagian Tenggara Benua Eropah. Nama Balkan diambil sempena nama sebuah gunung yang terletak di antara dua buah negara iaitu Bulgaria dan Serbia. Negara-negara yang terletak di dalam kawasan Balkan adalah Albania, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo, Macedonia, Montenegro, Romania, Slovenia, Serbia dan sebahagian kecil negara Turkey.

Pada trip backpacking saya yang lepas, saya berkesempatan menyusuri beberapa buah bandar/destinasi di sepanjang perjalanan saya di rantau Balkan. Antara bandar-bandar yang saya sempat lewati adalah seperti berikut: 

1) Istanbul, Turkey 
2) Athens, Greece 
3) Skopje, Macedonia 
4) Prizren, Kosovo 
5) Valbona, Albania 
6) Kotor, Montenegro 
8) Dubrovnik, Croatia 
8) Sarajevo, Bosnia & Herzegovina 
9) Nicosia & Kyrenia, Northern Cyprus 

Jadi entry kali ni saya akan ceritakan secara brief berkaitan destinasi-destinasi di atas beserta dengan tips-tips yang berkaitan dengan pengangkutan dan tempat penginapan. Bare in mind travelog saya kali ni akan diceritakan mengikut kronologi route seperti berikut:

Istanbul > Athens > Skopje > Prizren > Valbona > Kotor > Dubrovnik > Sarajevo > Nicosia & Kyrenia.  

(1) ISTANBUL 

"Istanbul Aku Datang" - tag line yang biasa kita dengar apabila berbicara pasal Istanbul. Saya rasa ramai di antara kita yang dah berkunjung ke Istanbul dan pada yang belum tu pasti Istanbul ni adalah salah satu destinasi dalam bucket list korang kan? Kota pertemuan di antara dua benua ni memang sangat terkenal di kalangan pelancong-pelancong seluruh dunia sehingga menjadikan Istanbul ni sebagai salah satu pilihan utama destinasi pelancongan dunia.

Antara tarikan utama pelancong-pelancong ke Istanbul ni adalah untuk berkunjung ke Haghia Sofia (Aye Sofia) dan Blue Mosque (Sultan Ahmed Mosque) yang terletak di kota tua Sultanahmet. Jarak di antara kedua-duanya adalah dekat dan terletak bertentangan di antara satu sama lain. First time saya sampai dulu pun agak keliru mana satu Haghia Sofia dan mana satu Blue Mosque...hahaha :-)

Haghia Sofia
Blue Mosque