London: Part I

10 Oktober 2011:

Hari ni merupakan hari pertama untuk aku ronda2 di bumi London. Memandangkan badan masih lagi penat dan effect jet lag, aku bangun sedikit lewat pagi ni. Rancangan hari ni adalah nak round2 yg mana dekat sahaja. Rencananya nak ke Primark Mall, shopping complex yg agak murah dan berpatutan untuk membeli-belah di Kota London ni. Aku mesti pergi shopping beberapa helai baju tebal memandangkan stok baju tebal yg aku bawa dari Malaysia tak mencukupi. Cuaca di London juga agak sejuk di musim luruh ni. Seterusnya selepas shopping, aku plan nak ke Camden Market di Camden Town. Orang cakap sana murah2 barang jualannya dan amat berpatutan. Aku plan nak ke Camden Market ni untuk beli sedikit souvenirs dan terus lunch kat sana. 

Untuk aku sampai ke tempat-tempat yang aku nak pergi hari ni, cara yg paling mudah dan jimat kos adalah menggunakan perkhidmatan Tube/Underground. Memandangkan jaringan sistem Tube di London ni agak kompleks, aku memang dah print dan study map dia awal2 lagi. Bila aku study sistem Tube London ni, sebenarnya taklah susah sangat, seakan-akan sistem Star LRT dan Putra LRT di Malaysia. Cuma di London ni lagi kompleks berbanding LRT di negara kita. Nah dia London tube map...

London Tube Map
Selesai bersiap, aku ke cafe yg terletak di aras bawah Hostel Astor Victoria ni. Yang bagusnya, hostel ni ada provide free breakfast. Ada susu, tea, coffee, roti dan cereal. Pagi ni aku breakfast makan roti dengan tuna sandwich Ayam Brand yg aku bawak dr Malaysia..hehe... Aku tak makan sorang tau, aku offer gak kat geng mat salleh yang breakfast sama aku...hahaha, tak sangka diorang makan jugak walaupun pedassssss.... 


Habis breakfast, aku perlu ke Victoria Station untuk naik Tube. Dari hostel yang aku stay ni ke Victoria Station lebih kurang 10 minit jalan kaki je. Ni yang sempat aku snap on my way to Victoria Station...


Hampir 10 minit berjalan kaki, aku tiba di Victoria Coach Station. Di sana, aku terus ke kaunter untuk membeli tiket one day pass yang cover Zon 1 & Zon 2. Biasanya  Zon 1 & Zon 2 sudah mencukupi kalau nak lawat kebanyakan tourist attraction di Kota London ni. Tiket pun dah dapat, aku pun terus je turun ke aras bawah tanah utk dapatkan Tube. 

Destinasi pertama aku adalah Primark Mall. Untuk info, Primark Mall ni terletak di area Marble Arch. So dari Victoria Station ni aku perlu ambil Tube-Victoria Line (light blue line) dan stop di Oxford Circus Station. Di Oxford Circus Station pula aku perlu tukar kepada Tube-Central Line (red line) menuju ke Marble Arch Station. Huh, walaupun first time menggunakan sistem underground di London ni, berjaya jugak aku tiba di destinasi tanpa sesat...hahaha. Sebaik sahaja keluar dari Underground tadi, aku mesti melintas jalan dan kemudiannya berjalan ke arah kiri menuju ke Primark Mall, lebih kurang 3 minit je. Di Primark Mall, sempat gak la aku shopping beberapa helai baju, seluar dan kasut buat diri sendiri.. hahaha
Ni gambar2 sekitar area Marble Arch yang berdekatan dgn Primark Mall. 

Inilah PRIMARK Mall!
Hasil tangkapan di PRIMARK Mall
Selesai shopping, next destination adalah Malaysian Hall. Alang2 dah sampai London ni tak lengkaplah kata orang kalau tak pergi ke Malaysian Hall kan. Daripada research aku, Malaysian Hall ni terletak di Queensborough Terrace dan stesen Tube yg terdekat dengannya ialah Lancaster Gate. So, dari Marble Arch Station tadi aku just ambik Tube-Central Line menuju ke Lancaster Gate. Sampai sana berpusing-pusing jugak la aku mencari Malaysian Hall ni. Nampaknya aku gagal, so aku ambil keputusan untuk tanya local people kat situ. Setelah faham dan ikut direction yg diberi tu, akhirnya aku tiba dengan selamatnya di bangunan Malaysian Hall... fuhhhh penatnyeeeeeeee. 


Selepas meluangkan masa yang sangat singkat di sekitar Malaysian Hall tu aku meneruskan perjalananku menyusuri Kota London ni. Masih banyak lagi tempat yang aku perlu lawati. Next destination aku ialah Camden Market yang terletak di Camden Town. Jadi untuk ke sana dari Lancaster Gate Station, aku perlu naik Tube-Central Line tadi menuju ke Tottenham Court Road Station. Kat sini aku perlu tukar kepada Tube-Northern Line (black line) dan menuju ke Camden Town Station

Di Camden Market aku dapati agak ramai orang kat sana. Memandangkan perut pun dah lapar, jadi misi pertama aku di Camden Market ni adalah untuk mencari kedai makanan halal. Pusing punya pusing, finally aku jumpa satu kedai yg jual makanan halal, nama kedai tu ialah "Little India". Untuk lunch aku makan nasi dengan lauk kari ayam dan kambing...hehehe. Kenyang gak perut sebab jumpa nasi...hihi. Setting tempat makan kat sini agak menarik. Pengunjung boleh duduk atas deretan motor vespa yg mengadap sungai semasa menikmati makanan. Sambil makan boleh gak menikmati ketenangan kat sini... arghhh nyamanyaaaaa....

Sekitar Camden Market
Salah sebuah kedai makanan halal di Camden Town


My lunch! Yummieeeeeeee
Kiut kan tempat duduk dia..hehehe
Perut pun dah kenyang, so masa yang ada ni aku pergi lah meronda-ronda di sekitar Camden Market ni. Aku berhajat nak beli some souvenirs buat teman2 di Malaysia. Kat sini banyak pilihan cenderahati dan ole-ole yg boleh dibeli dengan harga yang sangat berpatutan, dan yang paling best boleh tawar menawar...hehe...orang Malaysia kan terer bab tawar menawar ni, so apa lagi, praktislah kat sini.... hihi....


Setelah menghabiskan beberapa pound sterling di sini, then aku plan untuk balik hostel kejap untuk berehat. Kat tangan ni pun dah penuh dengan barang2 shopping....hahahaha. 

Sebelah petangnya pula, aku plan nak jalan2 ke Baker Street dan terus dinner kat sana. Untuk ke sana, aku perlu naik Tube-Victoria Line dari Pimlico Station (tube station nearest to my hostel) ke Oxford Circus Station, then tukar kepada Tube-Bakerloo Line (brown line) menuju ke Baker Street Station. 

Pimlico Tube Station
Di Baker Street aku sempat singgah di Madame Tussauds (bergambar kat luar je, hehehe..) dan selepas tu terus dinner di sebuah restoran Lebanon. For dinner, aku makan fish n chips sajer... hehe...yummieeee!!!
My dinner..yummieeee
Selesai dinner dan hari pun dah malam aku terus balik ke hostel semula untuk beristirehat. Hari pertama jalan2 di Kota London sungguh menggembirakan! Ia merupakan suatu pengalaman baru dalam lembaran hidup aku. Walaupun penat, tapi inilah jiwa dan semangat yang perlu ada pada seorang Backpacker. 

4 comments: